SALAM SEMUA
Kerabu...kerabu..kerabu...senang nak buat tapi tak buat-buat juge..baru-baru ni hari koperasi minta kami buat jualan makanan berat...wajib lagi. Banyak jugalah menu yang dirancang. Kerabu ni salah satu jualan gerai kami. Geng kami ni ada darah keturunan Jawa ..kerabu ni salah satu masakan yang selalu dibuat semasa kendurikendara rumah orang tuanya..kira2 resepi Jawalah ni kut..tapi memang besttttt..membuka selera dan rasa segar makan kerabu..sayuran yang digunakan untuk kerabu ni tidak di celur...basuh bersih2 dan toskan..krup..krup.krup ...masa makan dengan nasi panas..mesti cuba tau..memang sodap...selain dari kerabu ni ada kerabu yang kami sediakan untuk jualan...memanglah licin jualan kami..tapi jangan ditanya untung sebab memang betul2 buluh kasap punya niaga..nasib baik modal dapat balik..kami boleh sengih sebab makanan habis ...okeh layannnn resepi di bawah ...
KERABU TAUGEH & KACANG BOTOL
Bahan A:
1 mangkuk taugeh halus (buang ekor)
1 mangkuk kacang kelisa ( kacang botol)
Bahan B :
1 mangkuk kelapa parut
Bahan C:
10-15 biji cili api merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
½ cawan anak udang / ikan bilis
½ cawan air asam jawa
1 camt gram halus
1 camt gula halus
Langkah-langkah membuat:
1.Buang ekor taugeh potong halus kacang kelisa. Ketepikan.Tak perlu celur.
2.Masukkan bahan C ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati.
3.Rasa garam dan asam sesedap rasa.
4.Panaskan kuali dan masukkan bahan C.
1 mangkuk taugeh halus (buang ekor)
1 mangkuk kacang kelisa ( kacang botol)
Bahan B :
1 mangkuk kelapa parut
Bahan C:
10-15 biji cili api merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
½ cawan anak udang / ikan bilis
½ cawan air asam jawa
1 camt gram halus
1 camt gula halus
Langkah-langkah membuat:
1.Buang ekor taugeh potong halus kacang kelisa. Ketepikan.Tak perlu celur.
2.Masukkan bahan C ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati.
3.Rasa garam dan asam sesedap rasa.
4.Panaskan kuali dan masukkan bahan C.
5.Goreng tanpa minyak sehingga agak kering (jangan terlalu kering..biar lembap2
6.Angkat dan campurkan taugeh dan kacang kelisa. Gaul rata.
6.Angkat dan campurkan taugeh dan kacang kelisa. Gaul rata.
Catatan : kalau suka boleh masuk belacan. Bahan C tu boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Boleh digunakan untuk buat kerabu guna sayur lain seperti jantung pisang, pucuk paku , pucuk ubi dan kacang panjang . Semua sayuran ini dicelur terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan