Sabtu, 30 Oktober 2010

~Kambing Masak Beriani~ Langkah-langkah Memasak

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera
N3 sebelum ni tentang bahan-bahan untuk memasak nasi beriani kambing..belum lagi langkah memasaknya sebab kena masak dulu kambing beriani ni sebelum memasak nasinya. Tapi akk betul2 terlupa nak snap gambar kambing beriani yang dah siap masak, nasib baik ada pic kat atas ni nampak jelas lauk kambing atas nasi tu..oklah jugakan..kepada kekawan yang berminat nak share jum kita jenguk langkah-langkah memasak kambing beriani ni..
Pic 1
Panaskan minyak sapi dan tumis rempah penumis b.cengkih, pelaga,bunga lawang dan kulit kayu manis

Pic 2
Masukkan bawang besar hiris, bawang putih, halia dan cili hijau


dan buah tomato . Kacau hingga layu.



Pic 3
Masukkan rempah beriani dan serbuk cili kalau suka pedas sedikit.



Pic 4
Masukkan bawang besar, cili hijau , daun pudina dan daun ketumbar yang telah dikisar.




Pic 5
Masukkan buah tomato kisar, yogurt, gula kabung..



Bahan-bahan Memasak Kambing Beriani

Bahan A (Penumis)
1 kilo daging kambing - direbus masak dan buangkan air rebusan.
5 sb minyak sapi
2 sb minyak masak
1 btg klkayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
6 kuntum bunga lawang
Bahan B (mayang)
3 buku bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
6 tangkai cili hijau
2 biji buah tomato
Bahan C (rempah)
1 peket rempah Beriani Babas
1 peket serbuk cili
Bahan D(Kisar )
10 biji buah tomato
10 batang cili hijau
5 buku bawang besar
secekak daun ketumbar
secekak daun pudina
Bahan E (yogurt)
1 tin susu cair
1 biji limau nipis - perah kedlm susu. biarkan 20m.
Bahan F (goreng dan tumbuk halus)
10 biji badam
10 biji gajus
15 biji lada hitam
1 keping gula melaka
Langkah-Langkah memasak :-
  • Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis seperti dalam gambar
  • Masukkan bahan B yang telah dimayang . Masak hingga layu dan wangi
  • Masukkan pula bahan C dan masakkan.
  • Masukkan bahan D dan kacau biar serata.
  • Kemudian masukkan yourt, gula kabung, badam, gajus, lada hitam dan garam
  • Akhir sekali masukkan daging kambing yang telah direbus tadi dan masakkan hingga pekat.
  • Angkat setelah lauk hampir kering dan rasa garam.
  • Siap untuk dimasak semula bersama Nasi Beriani .
Akak hanya dpt tunjukkan gambar yang sempat diambil. Daging Kambing yang telah dimasak terlepas pandang untuk diambil gambarnya hanya yg ada kat atas tu je.. Apapun akak harap sesiapa yang membaca faham langkah2 yang ditunjukkan..Kambing boleh diganti dengan Ayam yang dipotong besar dan juga daging lembu. Nampak bahan banyak tapi sebenarnya senang je proses memasaknya hanya cerewet semasa menyediakan bahan-bahan. Kepada Teratai, terimakasih kerana mendorong akk N3 cepat kambing beriani ni..nanti bersambung pula dengan langkah-langkah memasak Nasi Beriani kambing...jumpa lagi..selamat malam..mata dah terkulai ni...jumpa esok .Insyaallah..







Khamis, 28 Oktober 2010

~ Nasi Beriani Gam Kambing ~

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
******
~ Nasi Beriani Kambing ~
Semalam akk telah belajar satu resepi yang memang tak pernah akak buat tapi suka makan..sebut je nasi beriani rasa macam sedap sangat..alkesah, boss kami ni memang pandai masak..dengan sukarela mengajar kami cari nak membuat nasi beriani gam style Johor...apa lagi macam orang mengantok disorong bantal.. Untuk N3 ni akak letak dulu bahan -bahan untuk memasak nasi tu nanti..lepas tu cara buat beriani kambing dan akhirnya cara memasak nasi beriani ni pulak..kena buat satu2 sebab akak sendiri boleh keliru sebab penggunaan bahan yang banyak dan juga banyak langkah untuk menyedikakan bahan-bahan..patutlah sepinggan smpai berbelas ringgit..dah buat sendiri baru tau...jum tengok bahan-bahan untuk menyediakan nasi tu dulu...
Susu cair, kacang peas, lada besar hijau dan merah, kismis , gajus , badam dan bawang merah dan putih goreng - ini untuk dimasukkan berselang seli dengan beriani kambing semasa hendak memasak nasi.


Pic 1


Pic 2


daun pandan, halia, batang ketumbar, kulit limau purut, kulit kayu manis, bunga cengkih buah pala,bunga lawang, pelaga dan lada hitam - bahan ini untuk direbus bersama beras berasmathi.






Bukan buah pinang ya... buah pala kering. Ini isinya. Dalam bentuk biji dan kulitnya keras. Kena pecahkan dulu kulit dan potong macam ni . Baunya wangi macam buah pala segar.



Bahan-bahan di atas untuk menyediakan nasi briani. Mula-mula beras tu kena rebus bersama bahan-bahan Pic 2 sampai separuh masak. Ditapis buang air dan herba2 tu , baru dimasak semula bersama bahan Pic 1 dan kamibing beriani. Nanti akan dimasukkan dalam N3 seterusnya cara memasak Kambing Beriani...tunggguuuu..........





Rabu, 27 Oktober 2010

~ Puff Sardin ~

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
Dan akhir.......
Puff Sardin
Setelah berbulan2 jadi penghuni setia dalam fridge tu, akhirnya Pastry Kawan ni dibakar juga pada hari minggu yang lepas..itupun setelah tiada apa-apa untuk dibekalkan kepada anak daraku yang nak balik ke asrama di Pekan. Kesian juga tengok balik jauh2 tapi tak ada makanan yang dititip disebabkan emaknya sibuk tak menentu ni...Walaupun anak dara sorang ni tak demand ..tapi tak sampai hati juga..terpandang kan pastry yang telah lama dibeli (tapi expirednya tahun 2012) ada tin sardin..hentam je la asalkan siap sebelum 10 pagi..Sebab nak cepat sardin tu pun tak yah dimasak...Bertuahlah anak zaman sekarang ni..dulu2 masa akak duduk asrama tak ada apa pun yang dibekal bila balik asrama..paling-paling sambal bilis kering...anak2 zaman ni kalau tak sebeban bawak balik..tak sah...layan aje lah ..jum tengok resepi yang amat simple ni dan tak sempat nak buat cantik-cantik, janji siap dimasak...




Bahan-bahan :
2 bungkus Pastry Kawan
1 tin sardin besar
2 labu bawang besar
1 st lada hitam
1/2 st gram halus
2 sb sos cili
1 sb jus limau nipis

langkah-langkah membuat:

1. Hancurkan isi sardin. Ketepikan kuah sardin .

2. Potong dadu bawang besar dan campurkan semua bahan diatas. Gaul sebati .

3. Ambil sekeping pastry dan bubuh inti sardin di atasnya. Lipat dua. Kelar dengan pisau.

4. Sapu dengan kuning telur.

4. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 20 minit. Angkat setelah kuning keemasan.



Ahad, 24 Oktober 2010

~ Chocolate Chips Cookies ~

~ Assalamualaikum & salam sejahtera ~
~~~~~~~~
Chocolate Chip Cookies

Petang tadi cuba cookies ni untuk rakan setugas yang akan menyambut Deepavali. Kawan akak ni memang menempah biskut menjelang perayaan ni..walaupun akak ni bukannya pakar biskut pun tapi tetap juga nak minta akak buat sampaikan apa biskut pun tak ape..tapi akak selalu pastikan basic biskut coklat lah sebab anak-anaknya suka sesangat.. Untuk kukis ni , akak jumpa kat blog Kak Wan http://citarasawan.blogspotl/. Terimakasih kepada Kak Wan atas resepi ni... antara resepi kukis yang sedap dan berbaloi membuatnya.. jum tengok resepi di bawah ni...



Bahan -bahan :


Bahan A:

250 gram butter
150 gram gula perang
50 gram gula castor
1 kuning telur
Bahan B:
350 gram tepung gandum
2 sb koko
1/2 st soda bikarbonat
1 st baking powder
1 st emplex
1 st esen vanilla


Bahan C:

90 gram badam cincang
80 gram choclate chips



langkah-langkah membuat:



1. Putar butter dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan kuning telur dan vanilla

3. Ayak tepung, koko dan bahan penaik.

3. Masukkan bahan C dan gaul rata.

4. Kemudian semua bahan tadi dimasukkan ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit.

5. Gaul hingga sebati.

6. Jika adunan lembik, biarkan sebentar. Bentukkan dengan sudu ke dalam loyang pembakar.

7. Hias dengan choclate chip

8. Bakar dengan suhu 170 selama 15-20 minit.

9. Setelah keluar oven, sejukkan kukis di atas redai kuih.



Akak tak masukkan emplex sebab tak de stok..namun masih rangupppp..masuk lagilah baik..


Selamat mencuba !

Sabtu, 23 Oktober 2010

~ Sicilian Orange Cake ~

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
Sicilian Orange Cake
Sejak kebelakangan ni , kek orange ni memang menggoda kalbu untuk dicuba, ramai bloggers yang dah membakingnya ...last sekali akk tengok kat blog AYU yang jauh di Singapore tu ..baunya dah sampai ke hidung akk ni hehehee...petang semalam beli limau sunkist..tanamkan semangat nak wat kek ni..mula memutar butter and gula..tiba2 ada tetamu bertandang..stopkan..layan tetamu dulu..Malam lepas pukul 9.30 sambung putar hingga gebus betullah..agaknya dah terlebih putar , kek ni dah jadi macam sponge kek la pulak . Tapi baunya tu betullah kata Ayu, umah akak ni dah macam bakery..bau harum semerbak.. Di bakar dalam acuan yang yang berbeza..tengok je la kat bawah ni..tak secantik seperti diharapkan ..tapi tak pe lah yang penting sedap dimakan.. terimakasih kepada semua bloggers yang memang boleh mencetuskan semangat untuk terus mencuba resepi2 baru...jum tengok resepi di bawah ya...

Bahan-bahan :
250 gram butter
2oo gram gula castor
4 biji telur medium
1 biji kulit orange
250 gram self raising flour
85 ml juice orange
Langkah-langkah membuatnya:
  1. Putar butter (suhu bilik) dengan castor hingga gebu.
  2. masukkan telur dan putar hingga sebati .( masukkan sebiji-biji)
  3. Masukkan kulit orange yang telah disagat dan putar rata.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan juice orange tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam adunan yang telah dilenser dan bakar dengan suhu 180 selama 25-30 minit.
  6. Cucuk dengan lidi dan sekiranya lidi itu bersih , kek boleh diangkat dan sejukkan di atas redai.
Icing Glaze :
125 gram icing sugar
5 tbsp orange juice.


Kek sicilian dalam pinggan lama - terimakasih Blogger Mama Voque -


Resepi asal kek ini ada icing orange tu tapi akak tak buat sebab bagi akk kek ni dah cukup manis. Resepi kat atas tu pun akak dah ubah sikit - timbangan gulanya itu asalnya 250 gram. Okeh, selamat mencuba...

Isnin, 18 Oktober 2010

~ Kari Kepala Ikan Haruan Tasik ~

Assalamualikum
~Kari Kepala Ikan~
Pernah dengar dan tahu ke ikan haruan tasik ni? Bukan hidup di tasik tapi laut..tidak semahal ikan tenggiri tapi enaknya hampir macam isi ikan tenggiri tu..Akak ada seorang rakan setugas yang hobinya pergi memancing ke laut dalam..pada sabtu lepas macam biasa rakan akk ni (pangkat adik2) pergi join ngan geng2 yang lain memancing di Kemaman , Terengganu.. Macam biasa disebabkan beliau ni bujang trang tang2..selalulah bawak ikan pelik2 minta dimasakkan dan dimakan bersama..kali ni kami dikejutkan dengan tangkapannya Ikan Haruan Tasik..tapi hidup dilaut.. besarnya tengok kat bawah tu..puas menyiangnya weh...tapi memang sedap dimasak kari sebab akak pernah makan sekali dalam jamuan ...memang best.. Disebabkan ikan ni boleh makan 20 orang makan bahan-bahan rencah nak memasaknya pun memanglah banyak..caya tak caya kos bahan-bahan nak memasaknya tu pun hampir 30 hinggit...tapi dapat dalam seperiuk besar dan jadi rezeki kamilah hari ni makan beramai2 dan boleh pulak ditapau balik untuk makan malam ni....Resepi di bawah ni akak rujuk juga kat http://hanieliza.blogspot.com/ Hanya akak ubahsuai sikit masa memasak tu sebab dah tak ingat langkah-langkah kak liza tu..hanya bahan je yang melekat dalam kepala ni...jum layan ( resepi ni akak dah jadikan untuk 1 kepala ikan je ) Terimakasih pada kak liza ya...
Bahan-bahan :
1 ketul kepala ikan (besar)
2 bungkus serbuk kari babas
2 biji terung bulat
8 batang bendir
4 biji tomato
1 cawan air asam
2 cawan santan pekat
4 biji bawang besar
minyak
garam
Bahan tumis:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sb halba
2 tangkai daun kari
Langkah-langkah memasak:
  1. Cuci bersih kepala ikan dengan air asam.
  2. Mesin bawang merah, putih dan halia.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah kari, daun kari dan halba. Kecilkan api. Masakkan rempah hingga terbit minyak. Masukkan bawang besar yang telah dibelah 4.
  5. Masukkan air asam dan masakkan sekejap. Masukkan santan tadi.
  6. Masukkan kepala ikan dan tomato. Biarkan dengan api perlahan sehingga hampir masak.
  7. Masukkan terung bulat yang dibelah 4. Biarkan terung empuk dan akhir sekali masukkan bendi.
  8. Rasa garam dan setelah bendi lembut tutup api.
  9. Hidangkan bersama nasi dan roti.


ikan Haruan Tasik sebelum disiang...

~ Goreng Pisang Rangup ~

~ ASSALAMUALAIKUM ~
Pisang goreng ke goreng pisang ? Apa2 je laa..yang penting bila makan goreng pisang mesti nak yang rangup , manis dan tidak berminyak..meh nak kongsi versi goreng pisang ni..salah satu cara menggoreng pisang guna tepung gandum dan minyak panas...adunan mesti pekat dan memang pisang ni tidak berminyak dan rangup..


Bahan-bahan :
1 sikat pisang nipah
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air sejuk
1 senduk minyak panas
1 st garam
1/2 st kunyit serbuk
minyak menggoreng
Langkah-langkah membuat:
  1. Pisang dibelah tiga.
  2. Panaskan minyak menggoreng.
  3. Masukkan tepung, air, garam dan kunyit. Bancuh biar sebati.
  4. Masukkan sesenduk minyak yang telah dipanaskan tadi.
  5. Bancuh hingga menjadi adunan yang pekat.
  6. Celup pisang dan goreng dalam minyak tadi. Kecilkan api.
  7. Balik2kan pisang tadi dan angkat.
  8. Siap untuk dihidangkan.

~ Udang Masak Lemak cili Api & Tomato ~

~ Assalamualaikum ~
Masam Lemak Udang & Tomato
Suka makan udang ? Bagi akak udang ni kalau masak lemak cili api dengan apa2 je memang sedap sebab manisnya tu keluar dalam kuah santannya tu..pernah entry dulu udang dengan rebung. Kali ni udang dengan tomato...lagi manis. Kalau masak lemak udang ni , campak je semuanya dalam periuk sebab udang tidak mengambil masa yang lama untuk dimasakkan berbanding dengan ikan dll tu...Udang ni cepat di masak dan sedap dimakan...eh..eh.. teringat pula iklan Maggi dulu2...cepat dimasak sedap dimakan..ada ke lagi iklan ni skg ek? Tak pasti sebab jarang duduk dpn tv..okeh jum tengok langkah demi langkah gulai udang ni...

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk tanah ni..periuk lain tak de hal ...

Masukkan santan pekat dan jerang atas dapur.
Bahan-bahan :
500 gm udang sederhana besar
15 biji cili api
2 cm kunyit hidup
2 keping asam gelugor
4 biji tomato
1 camt garam kasar
1 biji kelapa
Langkah-langkah membuat:
  1. Bersihkan udang dan toskan.
  2. Tumbuk cili dan kunyit hingga hancur.
  3. Bersihkan tomato dan belah 4
  4. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  5. Perah kelapa dengan air yang sedikit-sedikit untuk mendapatkan santan pekat ke dalam periuk tadi.
  6. Letak periuk atas dapur dan biarkan gulai menggelegak.
  7. Perlahankan api, kacau gulai tadi biar sebati dan masukkan garam.
  8. Biarkan sebentar hingga masak dan rasa asam garamnya. Tutup api.

Catatan:
kalau menggulai masak lemak cili, tidak perlu mengacau selalu semasa memasak. Hanya perlu dikacau semasa gulai itu menggelegak dan terus perlahankan api sementara gulai itu masak. Rasa asam garam dan tutup api.



Ahad, 17 Oktober 2010

~ PUDING BERSUSU LAICI & BUAH CAMPUR ~

~ ASSALAMUALAIKUM ~
~ puding susu laici & mixfruits ~

Apa khabar kekawan yang sudi ke mari...kunjungan kalian dihargai, wlaupun masa tak cukup2 dalam sehari tapi cuba juge mencuri2 untuk update blog supaya tidak terus sunyi dan juga untuk rujukan diri ni juge...ok2 tiada apa yang special tapi nak share juga dessert yang simple ni..bukannya apa, boleh dibuat dalam keadaan terdesak apabila menerima tetamu yang tiba2 nak sampai keumah..tak perlu masak apa2..beli je dan balik umah campurkan je. Puding ni banyak versi dan ini salah satu versi yang paling cepat siap dan boleh terus hidang..sesuai untuk tetamu yang datang mengejut dan tuan umah kesuntukan masa pulak untuk menyediakan dessert untuk dijamu ..apa kata cuba versi ini pula......

Bahan-bahan:

2 tin buah laici

2 tin buah campur,

2 tin susu cair

ice ketul.

Langkah-langkah membuat:

Campurkan kesemua bahan di atas. Termasuk air buah tadi. Kacau dan sejukan . Hidang dengan ice ketul.

......Selamat mencuba dan menikmatinya dessert yang amat simple ni...


Isnin, 11 Oktober 2010

~ KERABU SOTONG ~

~ ASSALAMUALAIKUM ~

KERABU SOTONG

Salam semua. Hari ni nak kongsi kerabu sotong yang disediakan untuk nasi lamuni tu. Kerabu ni sedap. Akak dapat idea ni masa tolong kawan akak masak lauk pengantin minggu lepas. Kawan akak tu bagi idea nak potong sotong tu ..biasanya akak potong kecik2 tu.. Kawan akak ni spesis Mat Gebu tau ..tu yang akak respect walaupun bab2 menghias tak berapa tapi resepi dia ni kira ok juge..okeh yang ini akak modified sikit .. akak tambah tokok sikit bagi meriah..okeh tengok resepi di bawah ni..




KERABU SOTONG
6 ekor sotong
Bahan cincang:
2 labu bawang besar (Holland)
8 ulas cili merah
4 urat kacang panjang
2 batang serai
2 biji tomato
1 ikat daun ketumbar
2 camb asam jawa
1 sb cuka
4 biji limau kasturi
1 st garam
1 st gula

Langkah-langkah membuat:

1. Bersihkan sotong. Masakkan air hingga menggelegak dan celurkan sotong hingga masak. Toskan dan gunting badan sotong jangan putus seperti dalam gambar.Sumbatkan kepalanya ke dalam badan. Susun dalam pinggan.
2. Bawang besar dipotong memanjang dan ketepikan.
3. Kacang panjang, serai,tomato, cili merah dan daun ketumbar dipotong halus.
4. Campurkan semua bahan yang dipotong halus bersama bawang besar tadi.
5. Masukkan air asam jawa, cuka, garam, gula dan perah limau kasturi. Rasa .
6. Curahkan semua bahan ini ke atas sotong tadi. Gaul rata . Siap untuk dihidang.

Sabtu, 9 Oktober 2010

NASI LAMUNI @ LAGUNI & LAUK

SALAM SEMUA
Berakhirnya Syawal semalam, Nasi Lamuni @ Laguni penutup jamuan raya. Kami berpakat memasak Nasi Lamuni ni setelah mendapat maklumat tentang khasiat daun Lamuni dari Boss kami ( perempuan). Kebetulan masing-masing bersama-sama menamatkan Puasa Enam dan pada hari Jumaat semalam membuat jamuan raya dengan menyediakan nasi Lamuni yang dimasak di tempat kerja dan memasak lauk-pauknya di rumah masing-masing. Daun Lamuni khasiatnya baik untuk wanita di samping menjadi daun penghalau nyamuk aedes. Bagi orang India pula dijadikan daun mandian semasa pantang. Resepi memasak daun Lamuni diajar oleh Boss kami yang sporting..Boss kami ni nak pencen tahun hadapan tapi kalau tengok dia ...tak caya u..macam 10 tahun lagi nak pencen..Lauk-pauknya terpulang pada selera masing-masing yang penting sambal tumis tu mesti ada la. Kami makan dengan rendang ayam, sambal udang, sambal tumis, kerabu sotong , telur asin , telur rebus dan sambal ayam..memang banyak tul lauk2nya...tapi berbaloi2...


Bahan-bahan :
5 cawan beras
5 cawan santan cair
5 ulas bawang merah
2 cm halia
2 genggam daun lamuni
1 camt garam halus
Langkah-langkah Membuat:
  • Basuh beras dan toskan.
  • Hiris bawang merah dan halia. Blend daun lamuni , ambil air 1/2 cawan.
  • Masukkan santan cair, air lamuni, bawang dan halia hiris serta garam ke dalam beras.
  • Masakkan macam nasi biasa.
  • Hidang dengan lauk-lauk terpilih.




Nasi Lamuni & Lauk

Catatan: Daun Lamuni bewarna purple, rasa kelat jika dimakan sebagai ulam. Tapi dimasak bersama nasi tak de rasa kelat. Boleh direbus daunnya untuk diminum. Mengikut kata Boss..perempuan yang makan ni awet muda..memang kami percaya sebab boss kami ni mmg jauh muda dari usia, manakan tidak pokok Lamuni ni didepan rumahnya saje...


Selasa, 5 Oktober 2010

IKAN SIAKAP MASAM MANIS


~ salam aidilfitri ~

Ikan Siakap Masam Manis

Ikan siakap ni rezeki minggu lepas..tapi baru ni dapat tayang..ini akak guna je bahan-bahan sedia ada..nak bubuh nama ikan apapun tak pe tapi rasa2nya sesuai masam manis kut seakan2 masak untuk 3 rasa juge..apapun yang penting sedap dan cepat...anak2 akk termasuk siayah tak pandai makan kepala ikan...siapa lagi kalau tak maknya yang sanggup segala...kalau masak ikan ni memang akak makan kepala sebab nak bagi makan kat anak-anak dagingnya..itulah ya..ibu sanggup berkorban apa je untuk anak-anak...walaupun kepala ikan..melalut nampaknya ni..pada kekawan semua jum cuba pulak resepi ni untuk makan malam ni...selamat mencuba !


Bahan cincang


IKAN SIAKAP MASAM MANIS


Bahan A:

1 ekor ikan siakap


Bahan B:

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 batang serai

Bahan C:

1 sb cili kisar

1 st asam jawa

2 sb sos tomato

2 sb sos cili

1 biji tomato

1 tangkai daun ketumbar

1 batang lada besar hijau

1 st garam halus

Minyak masak.



Langkah-langkah membuat :


  1. Cuci ikan dengan asam limau dan lumur dengan garam halus dan kunyit serbuk. Goreng dalam minyak banyak.
  2. Potong halus bahan A. Panaskan minyak 2 sb dan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air asam , sos2, garam dan gula. Masakkan sekejap .
  5. Masukkan tomato cincang dan akhir sekali daun ketumbar cincang. Tutup api.
  6. Curahkan atas ikan yang telah siap digoreng tadi. Siap untuk dimakan.







Isnin, 4 Oktober 2010

CUPCAKES ~ STRAWBERRY ~



~ SALAM AIDILFITRI ~





STRAWBERRY CUPCAKES

Cupcakes ni perasa strawberry.. Resepi ni senang , masukkan semua ke dalam bekas dan putar. Last sekali masukkan butter/ marjerin cair atau minyak sayur.. Untuk resepi ni akak dapat dari seorang kawan yang telah masuk kelas baking..asalnya dimasuk dalam peti tin besar. Akak yang pandai2 buat masuk dalam bekas muffin.. menjadi juga asalkan bahan dan tekniknya kena. jum kita cuba...




KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN :

250 gm tepung gandum
180 gm gula kastor
5 biji telur
1 camb ovellete
1 camt baking powder
50 gm air
1 camt strawberry
180 marjerin cair @ t : minyak biasa
Langkah-langkah membuat :

1. Pukul Semua bahan-bahan kecuali marjerin cair. Putar hingga pekat.
2. Masukkan minyak dan adun sebati sekejap sahaja.
3. Masukkan adunan ke dalam cupcakes dan baker .
4. Suhu 180 celcius selama 15 minit – 20 minit



Jumaat, 1 Oktober 2010

~ CUPCAKES CAPPUCINO ~ versi Maklang Azie

~ salam aidilfitri ~

cupcakes cappucino
Apa khabar semua..kali ni nak kongsi cup cakes perasa cuppicino.. memang gebus dan senang nak buat..resepi ni akk dapat dari http://maklangazie.blogspot.com/ Mak Lang, akk dah dah ubah sikit tepung naik sendiri tukar ke tepung gandum cap sauh. bukannya apa maklang , tak larat sebab projek ni untuk tempahan majlis kahwin anak boss.. Apapun jadi tetap jadi tapi mesti ikut teknik yang maklang bagi tu...kek ni gebus dan tak lekang dari cupnya tu..thank u daun keladi , lain kali akk cuba lagi ya ...




Bahan :
113 tpg naik sendiri - ayak
100g gula castor
90g butter
2 biji telur
1st membumbung b/powder - ayak
1-2st esen vanila
Cara:
Masuk semua bhn dlm bekas dan pukul dengan high speed...jangan terlebih pukul lak ye...bantat nanti tak tau.
Scoopkan setengah dlm ppcup dan bakar guna api bawah dulu, minit terakhir guna api atas bawah dengan suhu 170C, bakar <>12', ikut oven masing2.
Nota mklang :
Dah masak tu, angkat cepat dr casing dan letak didalam dulang, biarkan sejuk pastu cepat2 sapu bcream supaya bc tu dpt memegang pcup tu dari lekang...paham ke..hehehe..tak paham kena pahamkan jugaklah ye...

Catatan:
Resepi kat atas tu akk copypaste dari blog Mak Lang. Resepi yang akak buat tu guna tepung gandum cap sauh dan baking powder tu pun sukat ikut betul2 paras sudu teh ( tidak membumbung) dan bubuh perasa cappucino . Apapun teknik membuat tu akak ikut betul2 macam arahan Mak Lang...kalau pandai2 tukar tak jadi tanggung sendiri ek..hihi..betul tak Mak Lang...