Assalamulaikum & Selamat Sejahtera
N3 sebelum ni tentang bahan-bahan untuk memasak nasi beriani kambing..belum lagi langkah memasaknya sebab kena masak dulu kambing beriani ni sebelum memasak nasinya. Tapi akk betul2 terlupa nak snap gambar kambing beriani yang dah siap masak, nasib baik ada pic kat atas ni nampak jelas lauk kambing atas nasi tu..oklah jugakan..kepada kekawan yang berminat nak share jum kita jenguk langkah-langkah memasak kambing beriani ni..
Pic 1
Pic 2
Masukkan bawang besar hiris, bawang putih, halia dan cili hijau
dan buah tomato . Kacau hingga layu.
Pic 3
Masukkan rempah beriani dan serbuk cili kalau suka pedas sedikit.
Pic 4
Masukkan bawang besar, cili hijau , daun pudina dan daun ketumbar yang telah dikisar.
Pic 5
dan buah tomato . Kacau hingga layu.
Pic 3
Masukkan rempah beriani dan serbuk cili kalau suka pedas sedikit.
Pic 4
Masukkan bawang besar, cili hijau , daun pudina dan daun ketumbar yang telah dikisar.
Pic 5
Masukkan buah tomato kisar, yogurt, gula kabung..
Bahan-bahan Memasak Kambing Beriani
Bahan A (Penumis)
1 kilo daging kambing - direbus masak dan buangkan air rebusan.
5 sb minyak sapi
2 sb minyak masak
1 btg klkayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
6 kuntum bunga lawang
Bahan B (mayang)
3 buku bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
6 tangkai cili hijau
2 biji buah tomato
Bahan C (rempah)
1 peket rempah Beriani Babas
1 peket serbuk cili
Bahan D(Kisar )
10 biji buah tomato
10 batang cili hijau
5 buku bawang besar
secekak daun ketumbar
secekak daun pudina
Bahan E (yogurt)
1 tin susu cair
1 biji limau nipis - perah kedlm susu. biarkan 20m.
Bahan F (goreng dan tumbuk halus)
10 biji badam
10 biji gajus
15 biji lada hitam
1 keping gula melaka
Langkah-Langkah memasak :-
- Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis seperti dalam gambar
- Masukkan bahan B yang telah dimayang . Masak hingga layu dan wangi
- Masukkan pula bahan C dan masakkan.
- Masukkan bahan D dan kacau biar serata.
- Kemudian masukkan yourt, gula kabung, badam, gajus, lada hitam dan garam
- Akhir sekali masukkan daging kambing yang telah direbus tadi dan masakkan hingga pekat.
- Angkat setelah lauk hampir kering dan rasa garam.
- Siap untuk dimasak semula bersama Nasi Beriani .
Akak hanya dpt tunjukkan gambar yang sempat diambil. Daging Kambing yang telah dimasak terlepas pandang untuk diambil gambarnya hanya yg ada kat atas tu je.. Apapun akak harap sesiapa yang membaca faham langkah2 yang ditunjukkan..Kambing boleh diganti dengan Ayam yang dipotong besar dan juga daging lembu. Nampak bahan banyak tapi sebenarnya senang je proses memasaknya hanya cerewet semasa menyediakan bahan-bahan. Kepada Teratai, terimakasih kerana mendorong akk N3 cepat kambing beriani ni..nanti bersambung pula dengan langkah-langkah memasak Nasi Beriani kambing...jumpa lagi..selamat malam..mata dah terkulai ni...jumpa esok .Insyaallah..
salam kak nor...sedapnya mutton beriani tu...my fav tu..nampak resepi akak ni menarik utk dicuba...thanks for sharing..:)
BalasPadamsalam nor...tahniah berjaya msk beriani mcm org Johor msk...sedap banget..
BalasPadamSalam
BalasPadamENDAU BERIYANI CATERERS
Rasailah keenakannya,kelainan rasanya yang hebat,pasti pasti dan pastinya yang terbaik.
terima kasih sbb berkongsi resipi ni..memang tertunggu2 sbb anak2 n suami suka makan nasi beriani!
BalasPadamThanks for stopping by blog. This briyani sound so good.
BalasPadamsalam nieza, cuba ya ..mesti jadi punya..pastu sharing ok..
BalasPadamsalam cuteoven, tq2..ni pertama kali cuba ni..seronok tak tau nak kata..betul sedap banget...
salam teratai, nanti cuba ya..jgn lupaaaaa..
hi sonia,
Thanks for stopping here..briyani ...sound so good, taste also good...hehehe...
salam
yogurt tu jenis ape ye.. mane nak cari? huhu
BalasPadam