Jumaat, 3 Jun 2011

JUS ~ DRAGON FRUIT & ICECREAM SODA~



JU BUAH NAGA & ICECREAM SODA

Yang buat kali ni disebabkan sianak Ahmad mendesak suruh beli juga semalam disupermarket....heran jugak kenapa beria2 sgt nak makan buah ni..compem dia tak akan suka . Rupa2nya dia terpengaruh tentang buah naga ni dalam buku yang dibacanya..buah naga ni mengandungi macam2 khasiat termasuk mengurangkan obesiti....wakaka rupa-rupanya dia nak makan sebab ke obesiti ni rupanya.... aduhai anakku kalau dah buat jus campur dengan icecream soda ni mana mungkin boleh mengurangkan obesiti..tak apelah boleh juga maknya share sebab jus ni memang sedap jika nak dibandingkan makan buah ini begitu sahaja...Resepi asal dari buku Chef Wan tapi akak tak ikut methodnya sebab cara akak nak cepat dan simple je...jum layan...



Bahan-bahan :

1 biji buah naga merah
2 sb gula pasir
2 cawan icecream soda
1/2 cawan air
ketulan air batu

Langkah-langkah membuat jus:

1. Buang kulit buah naga dan potong. Masukkan ke dalam blender.
2. Masukkan gula pasir tadi dan tambah air 1 cawan. Mesin sebati.
3. Masukkan ke dalam jug air dan bubuh ketulan ais. Tuangkan soda ke dalamnya.
5. Air akan terpisah menjadi dua lapisan dan warna.
6. Hidangkan....nyaman...



Sekali minum terus tinggal macam ni.....guna naga merah tapi jauh mahal dari naga putih.. senangkan. Boleh dibuat untuk hidangan berbuka puasa. Buah naga ni banyak khasiatnya . Bai2.