Memaparkan catatan dengan label Gulai Masak lemak cili api. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gulai Masak lemak cili api. Papar semua catatan

Isnin, 22 Februari 2010

Daun Maman. pahit ke?

Daun Maman...pahit-pahit buah kepayang..makin pahit makin kutelan...
Gulai Maman & Senangin

Maman segar

Sedap ke? soalan yang selalu ditanya kalau menggulai daun maman..bukan semua orang suka.....
Kenal ke daun maman..untuk mereka yang seusiaku .Maman bukan benda yang pelik, tapi untuk generasiku dan orang muda sekarang daun maman tak masuk dalam kamus makanan diaorang. Daun maman sejenis sayur kampung yang tumbuh di tanah yang berpasir dan gembur...Kalau masa kecilku , arwah wan akan menyemai benih maman selepas membakar kayukayan di kebun..Tumbuh subur tanpa dibaja. Maman boleh dibuat jeruk dan dimakan dengan bawang mentah dan nasi panas atau digulai seperti ini..dua2 ni sedap ......





Ikan senangin


Langkah 1

Bersihkan daun maman, tumbuk kunyit dan cili sampai ceruh (lumat) dan perah kelapa. Masa perah kelapa tinggalkan semangkuk kecil pati santan untuk dimasukkan akhir sekali nanti.







Langkah 2


Campurkan ikan, cilitumbuk, santan dan asam keping ke dalam periuk. Jerangkan sehingga menggelegak (seperti dalam gambar). Perlahankan api dan kacau perlahan-lahan sekejap dan biarkan gulai mendidih perlahan-lahan di atas dapur.





Langkah 3


Masukkan daun maman segar dan kacau sebentar . Tidak perlu dikacau kerap.Gulai tidak enak kalau asyik dikacau..boleh menyebabkan pecah minyak..



Langkah 5

Akhir sekali masukkan pati santan yang telah diasingkan tadi. Fungsi pati ini untuk mengimbangi semula rasa kuah tadi..semasa proses menggulai, santan telah menjadi cair disebabkan air ikan dan air maman tadi..Untuk mengembalikan pekat santan tadi perlu dimasukkan sedikit santan pekat akhir sekali.. dan jerang sekejap.Tutup api . Gulai akan menjadi lebih sedap.





Gulai lemak ciliapi



Senangin dan daun maman






Gulai dah siap untuk dimakan. Rajin mencuba sila copy je resepi di bawah..jumm.....





Gulai ikan senangin & maman
ikan senangin - 4 kepin
cili api - 15 ulas
kunyit hidup - 2cm
kelapa parut - 1 biji
asam keping - 3 keping
daun maman - 1 ikat



anda perlu mencuba gulai maman disebabkan khasiat yang terkandung dalam daun maman.. baik untuk kesihatan dan juga untuk kaum wanita....cuba jangan tak cuba !




Khamis, 18 Februari 2010

Gulai Jantung

~ Makan jantung berulam hati ~
Pepatah Melayu yang menggambarkan seseorang yang sedang merana dan sedang berduka
Jantung dibelah enam
Gulai jantung sejenis masakan kampung ..mungkin sekarang ramai orang kita yang tidak reti nak makan gulai jantung apatah lagi menggulai jantung ..bukan salah sesiapa ..masa berlalu , begitu juga cara hidup kita berbeza..Tapi disebabkan dah sinonim dengan gulai masak lemak cili api ..akak suka makan gulai jantung ni..Ini ialah jantung pisang batu..lembut je..
~Resepi Gulai Jantung~
jantung pisang 1 biji
cili api 13 butir
kunyit hidup 1cm
kelapa masak 1 biji

Tumbuk lumat cili api dan kunyit..tumbuk jangan tak tumbuk..lagi sedap masakan


Jantung pisang dibelah 6 memanjang, masukkan ciliapi tumbuk , asam keping dan santan pekat yang diperah sendiri - elakkan diblend..pasti masakan kita lebih enak..tak caya ..cuba buat.


.

Masakkan atas api yang besar dulu, menggelegak gulai kacau dan kecilkan api..masakkan perlahan . Rasa garam dan asamnya..rasa dah ok , boleh angkat ..



Ini gulai jantung pisang ..Tak perlu campur ramuan lain..tapi kalau nak campur ikan bilis lagi sedap pedas2 lemak ...okeh selamat mencuba ya..simple masakan ni tapi membuka selera ..sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan masin goreng..