Sabtu, 27 Ogos 2011

~ Almond London ~

Assalamualaikum semua

Almond London ialah biskut wajib dibuat selain tat nenas, cornflakes madu dan choclote chips. Untuk cookies ini akak tetap pilih resepi yang telah digunakan lama dulu... dan biskut ini juga yang telah mengheret akak menjual biskut raya terutamanya almond london. Tetapi dua tiga tahun kebelakangan ni akak tak larat dah nak ambil tempahan...untuk buat sendiri pun tercungap-cungap ...dan masa yang ada pun banyak sangat hal nak diuruskan. Ini pun sempat buat dua adunan sahaja tetapi sesi mencelup coklat akak serah 100% kat anak dara yang sorang tu. Resepi ni diperolehi lama dulu selepas akak masuk kelas cookies. Tetamu yang datang mesti tanya resepi ni dan akak pernah entry tahun lepas tengok the best almond londonml member yang cuba resepi ni pun cakap memang sedap almond ni dan ada yang dah pun menjual almond london ...alhamdullillah.. Meh kita tengok sekali lagi resepi almond london ....

Bahan-bahan :

bahan A :
Butter - 250 gram
tepung susu - 50gm
Gula halus - 130 gm

Bahan B :
Telur kuning - 40 gm
serbuk badam - 180 gram ( guna 100 gram shj)
Tepung gandum - 410gm
Emplex - 1 sk
Butter vanilla - 1 sk

Bahan C:
Coklat masakan 400-500gm
Hyfat - 20 gm (koko butter)
papercup no 1
Badam cincang - hiasan
Badam biji - 100gm - 150gm (bakar)

Langkah-langkah membuat :

  • Pukul bahan A hingga sebati - jangan lama sgt nanti adunan kembang..
  • Masukkan kuning telur, butter vanilla - pukul sebati.
  • Campurkan serbuk badam ( bakar dulu 10m). Gaul sebati.
  • Masukkan tepung dan emples yang telah diayak sedikit2 ke dalam adunan A. Jadikan doh.
  • Balut doh dengan 1 biji badam dan buat hingga selesai.
  • Bakar lebih kurang 15 minit-20 minit. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler dan campur Hyfat ( untuk kilatan )
  • Celup biskut ke dalam coklat dan masukkan dalam papercup.
  • Tabur badam cincang. Siap.


Akak dah try macam2 versi almond london ada yang guna bahan tambahan seprti tepung jagung, tepung beras dan kastard. Ok jugalah tapi penggunaan serbuk badam ke dalam adunan doh biskut menyebabkan biskut ni mempunyai rasa yang tersendiri...rangup dan harum..Tak caya cubalah...berbaloi..jumpa lagi...