Selasa, 17 Mei 2011

RED VELVET CAKE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Red Velvet Cake



Hari ini cuti lagi....wesak. Akak sempat balik kg yg jauhnya 2jam perjalanan dari rumah akak ni...balik hari je..maknanya hari ni dari sarapan, makan tengahari dan malam ada tukang masak yang kena masak untuk kami..apa lagi tukang masak berbayar laaa...kat kedai makan...kalau nak masak sendiri alamat tak bergeraklah dari rumah....kenalah berkorban demi untuk balik kg halaman yang tak pernah dilupai.....Malam ni bolehlah akak share red velvet yang dibuat pada hari Khamis lepas. Ada tetamu sebenarnya bertandang ustazah2 dari Institut Tahfiz tempat anak akak belajar mengaji tu.. Apa lagi akak pun trylah kek velvet ni untuk pertama kalinya...selepas boleh dikatakan hampir semua bloggers dah cuba kek velvet ni... Kek velvet ni akak dah dapat infonya sejak tahun lepas lagi dari kawan akak MAMA VOQUE blogger yang jauh di selatan yang sekarang menyepi diri dari berblogging. Dan resepi yang akak buat ni ambil dari blog YATIE - Sinar Kehidupan. Resepi asal dari K.Zai. Apapun terimakasih kepada semua yang mencetuskan idea dan semangat untuk akak mencuba resepi ni termasuk rakan sejawat akak di tempat kerja...okeh jum layan ya.....




Bahan-Bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko Vochelle ( akak guna koko biasa)
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright - (akak guna 1 1/2 sudu makan je)
  • 1 cawan buttermilk - (kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh)
  • 1 sudu teh garam- (x letak)
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
  • 1 sudu makan cuka makan
CARA-CARA:
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  7. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
  • 500gram blueberry filling - (akak x letak)
KRIM:
  • 250 gram krim keju Phillidephia
  • 1/2 cawan krim putar
  • akak tambah sedikit gula icing
Caranya
  1. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
  2. *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Toping - Akak guna toping Strawberry yang dah siap untuk permukaan kek.