Selasa, 17 Ogos 2010

MEE GORENG BASAH

SALAM RAMADHAN
Bila berbuka puasa , akk mesti makan nasi dan lauk..dah terbiasa dari kecik sampai dah tua ni..tambah my beloved husband tu tak reti nak makan apa2 juadah kecuali nasi dan lauk waktu berbuka. Walau bagaimanapun selera anak tak akan sama dengan selera kita ..Ahmad anakku yang belum baligh tu selera dia pelik sikit ..kalau boleh nak makan juadah lain selain nasi. Waktu sahur , ayahnya dah wajibkan makan nasi..so makanlah waktu berbuka.. Ini pun juadah 2 hari lepas mee goreng basah..buat 1 bungkus je.. lebih separuh sapu dek Ahmad . Yang lebihnya dapat kat abangnya..itupun yang lain2 tak ade kat umah..meh kita layann..

mee goreng basah
Bahan-bahan :
  • 1 bungkus mee kuning
  • 6 keping daging hiris
  • 1 ekor sotong kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sb lada kisar
  • 1 batang lada hijau/merah
  • 2 helai sayur kobis
  • 1 sm tepung jagung
  • 2 sb minyak
  • 1/2 cawan air
  • 1 sb sos cili, tomato dan sos tiram

langkah-langkah membuat :

  1. Cuci bahan-bahan dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dititik.
  3. Masukkan lada kisar dan masukkan daging. Masakan sebentar
  4. Masukkan sotong dan sedikit air . Biarkan sebentar
  5. Bila daging & sotong dah masak, masukkan 3 sos tadi .
  6. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh air.
  7. Masukkan mee kuning. kacau rata.
  8. Masukkan lada besar dan sayur kobis . Gaul rata.
  9. Angkat dan makan dengan jeruk cili.



AIR OREN BERSUSU

SALAM RAMADHAN BUAT PENGUNJUNG
Hari genap 1 minggu kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan pada tahun 2010 . Masa bergerak pantas, tidak sedetik menunggu kita...sedar tak sedar usia semakin bertambah, kerja dan amalan semakin tertunggak..Untuk bulan puasa ni baru dapat entry 2 kali. Pada rakan blogger Mak Lang, akak dah ambik award titipan itu tapi simpan dulu ya..terharu masih ada yang ingat. Begitu juga resepi2 yang nak kongsi sudah2nya tertunggak lagi. . Okeh kali ni akak nak kongsi air minuman untuk berbuka puasa 2 hari lepas. Jus Oren dan susu.. Senang nak buat dan anak2 suka . Elok juga sediakan air minuman yang berkhasiat macam ni selepas berpuasa sepanjang hari. Lebih baik dibuat sendiri dari dibeli untuk menjamin khasiat dan kebersihannya. Lagi pun senang yang amat..



Bahan-bahan :
4 sb jus oren /sunquick
1 tin susu cair / susu segar
2 sb gula pasir (ikut rasa )
air 1 litre
Langkah-langkah membuat:
  • Masukkan jus oren, susu dan gula pasir dalam blender.
  • Blender hingga bahan sebati.
  • Masukkan ke dalam jug air dan bubuh air batu.
Senangkan . Akak guna jus oren cosway siap dah ada gula. Hanya tambahkan sikit lagi je. Semasa hendak minum baru dibubuh air batu di dalam gelas minuman. Lazat dan boleh dicuba besok ya. Jumpa lagi..banyak tugasan tertangguh yang perlu dibereskan..bai2..