Selasa, 31 Ogos 2010

PIZZA OH PIZZA


SALAM RAMADHAN ALMUBARAK


Awal Ramadhan lagi Ahmad nak makan pizza..tangguh2 akhirnya semalam hajatnya tercapai..itupun dengan permintaan anak saudara yang singgah berbuka dari Kelantan ke KL.apa nak kata siap telepon mintak MakLang buat pizza..Ku gagah jugak la sebab si kecik2 ni semua kemaruk makan pizza .. dari pegi beli pizza kat bandar tu lebih buat sendiri..puas makan..walaupun pizza ni akk humban je apa yang ada dalam peti..nasib baik bahan2 lebihan buat pizza ada dalam peti...tunggu masa je nak dimasak..jimat lagi belanja sebab tak yah keluar modal dah nak beli mozarela , daging, sosej tu..semuanya naik kematu keras ngan airbatu..semalam selamat..hanya akk beli nenas dan lada benggala untuk melengkapkan pizza ni..tak bubuh kang ..nanti komplen pulak dari sikecik tu.. pizza ni akk buat sos pizza daging ..Nanti masukkan resepi ya..le ni tak sempat..banyak benda nak dibuat ni...nanti ek..


Pizza dari oven..

Bahan-bahan :

A. Roti Pizza

1/2 kilo tepung roti
1 sb yis kering
1/2 cawan air suam
1/4 camt garam halus
2 sb minyak zaitun

B. Sos Pizza

1/2 kilo daging (dicincang)
2 labu bawang besar (dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
1/2 tin tomato puree
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
1 camb lada hitam
1 camt paprika
minyak untuk menumis


C. Topping Pizza

4 batang sosej black pepper
1 biji tomato
1 labu bawang besar
1/2 biji lada benggala hijau
1 tin kecil nenas kiub
mozarella

Langkah-langkah :

1. Campurkan semua bahan roti pizza kecuali minyak zaitun. Uli hingga sebati. Masukkan minyak zaitun dan uli lagi hingga licin adunan itu. Rehatkan sementara membuat sos pizza.

2. Membuat sos pizza. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan daging cincang. Masukkan bawang besar. Goreng sebentar. Masukkan pula bahan sos dan tomato puri. Tambah air jika perlu. Masukkan lada hitam dan paprika. Masakkan hingga sos pekat.

3. Uli tepung dan tumbuk2 buang angin. Bahagi kepada 2 bahagian untuk 2 dulang. Ratakan adunan roti ini dan sapu sos pizza tadi hingga menutupi permukaan roti itu. Susun sosej yang dipotong2 . Tabur mozarella. Tabur pula nenas, lada benggala dan bawang. Sagat Mozarella lagi permukaan atas. Bakar dengan suhu 180 celcius selama 20-25 minit. Hampir masak , keluarkan dan sagat lagi baki mozarella. Hidang panas2-panas .

Pizza ni dihidang sekali dengan Mashed Patota With Gravy. Nanti akk masukkan kemudian ya....selamat berpuasa...