Memaparkan catatan dengan label muffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muffin. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2011

CHOC CHIP MUFFIN

Assalamualaikum


Muffin ni akak buat untuk anak yang sedang dalam bus ke Dungun malam ni jam 10 p.m. Balik belajar semula selepas cuti seminggu..ini atas permintaanya sendiri kerana kebetulan semasa dia baru sampai seminggu lepas, muffin ni baru masak...katanya sedap melekat2 kat tekaknya semasa dia makan...petang tadi akak gagah jugalah menggodek untuknya walaupun badan ni penat tahap gaban. Muffin ni lebih kurang muffin2 choc chip yang lain juga..tapi sejujurnya ingat2 lupa kat mane akak tersalin resepi ni...rasa2nya dari resepi Nigella... tak pelah nanti kalau jumpa akak link semula...tengok resepi dulu.




Bahan Kering:
13/4 cawan tepung gandum
2 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
2 sb serbuk koko
3/4 gula castor
3/4 choc chip + 1/4 untuk tabur atas
Bahan Basah:
1 cawan susu segar
1/3 cawan minyak sayur + 2 st minyak
1 telur A
1 st vanilla

Langkah -langkah membuat:

Campurkan bahan-bahan kering dan gaul rata. Di dalam mangkuk lain campurkan pula minyak. susu, telur dan vanilla Kacau. Masukkan ke dalam bahan kering tadi dan kacau sebati menggunakan whisk sahaja. Sudukan ke dalam cup muffin dan tabur choc chip di atasnya. Bakar dengan suhu 180 C selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan. Biarkan semalaman, muffin lebih nampak menarik .


Tekstur muffin ni lembap didalamnya sebab kandungan choc chip. Semasa mengacau dengan whisk, jangan lama sangat. Asal sebati cukup untuk memastikan kegebuan muffin !

Rabu, 16 Mac 2011

Double Choc Muffin



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita...lama tul akak ni pancit..hehee.. sampai tak reti dah nak tulis apa ni...ditambah pulak ngan komputer error ni..hancussss... apapun akak nak sharing ni muffin yang sodap ni...buatnya dah 1 minggu lebeh..baru nak entry ni...resepi ni kekawan semua boleh rujuk kat UMMI - Home Sweet Home - Pada UMMI , akak copy paste ok..tak sempat nak taip semula ....terimakasih pada UMMI sharing muffin ni. Sebab yogurt tu agaknya muffin naik membukit...tapi i likeeee...Muffin naik membukit ni bagi akak sempurna sekali...okeh...kekawan cuba ya..mesti jadi punya...tengok resepi UMMI ni...


Double Choc Muffin

Double Choc Muffin
Bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula perang (resepi asal gula kastor, so kurang manis sikit)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 100 gm mentega, dicairkan
  • 1 biji telor
  • 3/4 cawan yogurt plain
  • 1/2 cawan susu coklat (resepi asal susu putih)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan choc chips (*ummi out of stock, letak choc rice je)


    1. Cara Membuat:-
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian masukkan gula.
  3. Pukul telor dan esen vanila, masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
  4. Kaup balik dan pusing satu arah menggunakan garfu (*ummi guna whisker) sehingga tepung serata dengan bahan cecair. (jangan kacau terlalu lama, cukup setakat bercampur je)
  5. Kemudian masukkan choc chips dan kacau rata.
  6. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilenser/cawan kertas.
  7. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi penguji keluar bersih.



    Selamat Mencuba...jumpa kita lagi...bai2...muahhh...

Jumaat, 4 Mac 2011

Muffin Strawberry


Bertemu kembali kita semua...Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Cooking Time yang sentiasa diingati... walaupun akak dah hampir tak berkesempatan nak berblogging tapi rakan2 alam maya masih diingati...Keadaan sekeliling dan tuntutan rutin harian yang tak bernoktah ni salah satu sebab akak tak de peluang nak mengadap blog sendiri...namun memasak & baking masih seperti biasa dan cintaku tak pernah pudar hehehe...so pagi sabtu yang hening ni akak nak kongsi muffin yang akak buat 2 hari lepas. resepi ni dari siapa lagi kalau tidak dari MAT GEBU yang semua pengunjung blog masakan dan kenal ..kepada Mat sendiri akak ingin menzahirkan terimakasih tak terhingga kepada dik Mat ni sebab Mat sebenarnya blogger yang telah mencetuskan semangat akak untuk menyediakan blog masakan sendiri selepas menjadi pengunjung setia blog masakannya beberapa lama. . Terus terang blog masakan pertama akak rujuk blog Mat lah...sekali lagi terimakasih ya Mat.. tak kisahlah Mat baca ke tak ni hehehee...ok Mat, akak minta izin copypaste resepi yang sedap ni memang sodappp!.







BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega berkualiti tinggi
170 gram gula halus @ kastor
4 biji telur gred A350 gram tepung gandum*
20 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
160 ml susu segar (mat guna susu sejat)
1 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem strawberry tanpa gula jenama "SMUCKERS")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur stau persatu dan terus memutar hingga gebu, jarak waktu antara satu biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan putar rata.
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan sudukan 1/2 camca teh jem strawberry di tengah2nya. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnyaa...



Muffin ni teksturnya halus dan gebus...enak ditekak akak ni....mungkin disebabkan teknik membuatnya seperti membuat kek ..kaedah putar.. Penggunaan baking powder yang agak banyak dari kebiasaan...20 gram tu banyak juge dari .. ditambah dengan rasa strawberry jem tu..memang ada kelainan dari muffin biasa.


Kepada peminat muffin, mesti cuba sebab enak dong..disebabkan akak guna bekas muffin yang besar ni..kenyang makan 1 mufffin ni...boleh guna juga acuan kecil sikit..okeh jumpa kita lagi dengan muffin seterusnya...sebab akak dah buat 3 jenis muffin dalam 2 hari ni...bau rumah pun dah bertukar bau kek...hahaha...jumpa lagi..salam sayang semua ..Assalamualaikum...

Rabu, 22 Disember 2010

KIWI MUFFIN


KIWI MUFFIN
Assalamualikum semua...nih nak kongsi semalam akak menggodek tepung muffin kiwi ni (instant). Tak pernah beli muffin instant tapi ada lah pulak kawan akak ni bagi tepung muffin sebab katanya dah berbulan simpan dalam petisejuknya tapi tak berkesempatan nak buat. Masalahnya tepung je yg dia bagi. Cara nak buat tak de pulak..berpeluh jugaklah akak nak mencari macamana nak adun instant muffin..bukannya tak nak try & error tapi takut tak jadi..tak berbaloi..lepas2 satu2 dapur akak skodeng..terjumpalah kat dapur ni..semua orang kenal sape pemilik nama ni..UMMI nasib baik Ummi ada sertakan sekali bahan-bahan nak dicampurkan dengan instant muffin ni...ni lah hasilnya..rasenya terover baked ni.. banyak juga dapat dengan tepung 500gram tu tapi sejujurnyalah akak tak berapa berkenan sebab manisss.... anak2 pun makan seketui dua..selebihnya reseki orang keliling...kepada Ummi terimakasih kerana menyelesaikan masalah akak walaupun sekadar resepi...okeh jum tengok apa bahan yang diperlukan tu......sebelum tu akak pernah buat guna fresh kiwi..tgk SINI .

Manisss...



Bahan-bahan:
500 gram tepung muffin kiwi instant
3 biji telur
140 gram minyak sayur (guna canola oil)
112 gram air kosong
Langkah-langkah membuat:
  • Satukan telur dan air., Kacau bagi sebati.
  • Masukkan tepung muffin dan kacau guna whisk saja.
  • Masukkan minyak canola tadi dan kacau bagi sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar dengan suhu 190 darjah.
  • Bila telah masak, angkat dan sejukkan atas redai.





Selasa, 23 November 2010

KIWI MUFFINS

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA
MUFFIN KIWI
Kenapa Kiwi hari ni? minggu lepas dapat beli buah kiwi rege runtuh...biasanya kalau beli 1 paket(6 biji) RM7.99 tapi kali ni dengan rege yang sama boleh dapat 2 paket...apa lagi tak sedar tangan menarik 2 paket sekali ...walahal dah tau buah ni tak dipandang sebelah matapun ..akk je yang makan sebab terpengaruh dengan kandungan zat yang terdapat dalam buah kiwi ni..(.rujuk bawah tu)Pagi ni pulak menggodek lah nak buat muffin sebab dah tak larat nak makan sorang-sorang ....tak pelah anak tak suka, bagi je kat sesapa janji habis dimakan...ni lah hasilnya...oklah juga rasa masam manis.Terpikat dengan blog stolenmomentcooking, terhasilah muffin kiwin ni pagi tadi... jum tengok resepi di bawah . Tapi resepi asal campur strawberry .akak ubah sikit resepi ni seperti di bawah. muffin ni gebus dan lembap..mengenyangkan..cuba duluuu yaaa...
Zat buah Kiwi:
Kiwi mengandungi antioksidan yang tinggi menentang kanser. 2 biji buah kiwi menyumbangkan 280% dari peratus vitaminc c yang diperlukan setiap hari. Selain itu mengandungi Vitamin A, fiber dan Omega 3 fatty acids.

Bahan-bahan :
1 cawan butter/marjerin
11/2 cawan gula castor
2 biji telur
2 st vanilla
4 cawan tepung serbaguna
4 camt baking powder
1 camt garam halus
1 cawan susu segar
4 biji buah kiwi
Langkah-langkah membuat:
  • Putar gula dan butter hingga berkrim.
  • Masukkan telur satu persatu, putar hingga sebati.
  • Masukkan vanilla dan putar lagi.
  • Ayak tepung bersama baking dan garam.
  • Masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis.
  • Akhir sekali kaup dan balikkan buah kiwi yang dipotong dadu.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin yang dilenser atau dalam cupcakes.
  • Bakar dengan suhu 180 celcius selama 25 minit.



Muffin Kiwi

Isnin, 24 Mei 2010

मुफ्फिन कुकुस कोक्लत





Salam semua...apa dah jadi..blog cooking akk ni dah fening..entah apa yang akak tertekan setting dah lari..tu tengok tajuk kat atas tu jadi tulisan tamil ke siam?? huhuhuuuuu..dah lah rabun , terus bute ni..apapun selagi boleh baca dan faham n3 akak ni layanlah ye...ini muffin kukus coklat. Inipun cilok resepi kat Mak Lang Corner tu...moist sesangat ..best sebab senang nak buat dan murah pulak bahan-bahannya tu..cuba le ..rugi tak cube. Kalau muffin tu mengembang dan pecah macam ni syok sendiri kita tengok..ok bai2..aduhai akak nak edit gambo pun tak boleh sebab yang keluar kat edit post ni semuanya nombor....sape2 yang sudi nak tolonggggg !!!!

MUFFIN COKLAT KUKUS


BAHAN A

2 cawan susu cair
1 cawan minyak sayur @ butter cair
13/4 cawan gula castor
1 biji telur


BAHAN B

250 gm tepung superfine @ gandum
50 gm serbuk koko
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 sb emulco


Cara Membuat:

1.Satukan semua bahan A, kacau guna whisker .
2.Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A
3.Kacau rata – tak perlu lama
4.Masukkan ke dalam acuan muffin dan kukus selama 10 minit.
5.Gunakan api besar dan tutup dengan penutup kukus supaya muffin selamat.

Khamis, 20 Mei 2010

MUFFIN CHEESE COKLAT

Muffin Cheese Coklat


Salam pagi Jumaat ..semoga kita dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan harian...Muffin Cheese Coklat resepi diambil dari Mak Lang . Sejenis muffin yang enak dan lazat..terutama penggemar coklat dan cheese . Mak Lang, akak suke muffin ni sebab menjadik rupa dan rasenya.Bagi akak kalau muffin tu tak merekah dan membumbung, tak syok tengok dan rase ada kekurangan kat mana2. Alhamdullilah muffin ni memuaskan hati.. Apa kata Mak Lang...okeh resepi di bawah ni..tak ada edit kat mana2 pun..mekasih , banyak resepi akk cilok tau mak Lang ! Jum tengok resepi ni..








MUFFIN CHEESE COKLAT


Bahan –bahan :

140 gm chocolate chip/ cooking coklat

100 gm cream cheese

80 gm butter

2 biji telur A

60 gm gula

100 gm tepung gandum

2 sk baking powder



Cara-cara :

  1. panaskan oven 180 c
  2. potong dadu 1cm creamcheese dan butter. Cairkan bersama choco chip dengan dengan kaedah double boiled. Bila dah cair, angkat dr api , masukkan telur dan kacau dengan whisk(creamcheese tinggal berketul pun tak ape)
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder dan masukkan ke dalam adunan dan kacau dengan whisk.
  5. Masukkan ke dalam bekas muffin dan bakar 20 minit.


Ahad, 18 April 2010

muffin

~ SALAM SEMUA ~

BANANA CHOC MUFFIN




Di antara cupcakes dan muffin mana pilihan hati? Kalau di lihat pada kandungan bahan muffin lebih baik untuk menjaga diet kerana bahan-bahan yang digunakan lebih rendah kandungan kalori..kurang penggunaan lemak dan juga telur.... tentu lebih padat dan mengenyangkan..ok seawal pagi tadi setelah lama tertunggak nak try muffin ni, gagahkan diri untuk terus membaking setelah sekian lama oven tak berbau ...tambahan bahan2 dah lama duduk dalam peti ais tuu. Kalau nak buat muffin kaedahnya lebih mudah dibandingkan membuat cupcakes..kali ni guna food-processor je..memang cepat ..tekan2 punat pengisar dah siap..hanya nak kena rajin pulak basuh lepas tu ( bab2 ni yg kena sab0 banyak2..) Resepi ni ambil dari ..http://maklangazie.blogspot.com/
Bahan-bahan :
Bahan A
170 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
130 gm gula ( akak guna gula pasir )
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam ( tak bubuh pun )
100 gm cooking coklat
Bahan B
2 biji telur ayam
75 ml minyak masak
100 ml susu segar
1 sudu teh vanilla
2 biji pisang ( akak bubuh lebih dari 2 )
Langkah-langkah:
  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar. Tekan pengisar 2 kali je dah sebati.
  2. Masukkan semua bahan B pula dan tekan pengisar 2 kali . Siap untuk dimasukkan ke dalam acuan muffin
  3. Sudukan adunan 3/4 ke dalam acuan muffin . Tabur dengan choc chip / choc rice untuk hiasan
  4. Bakar dengan suhu 180 selama 20 minit.
  5. Cucuk dengan lidi dan pastikan lidi itu bersih menandakan cukup masak.
Perhatian:

Panaskan oven terlebih dahulu sebelum menimbang dan membancuh adunan. Oven yang cukup panas elok untuk mengembangkan adunan muffin. Biasanya akak letak suhu 200 c selama 5 minit pertama semasa membakar muffin , kemudian turunkan suhu 180 c hingga muffin masak. Tapi bergantung juga kepada oven kita ...test dulu oven tu..selamat mencuba..