Rabu, 3 Ogos 2011

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Hari ke 4 kita berpuasa. Macamana dengan hidangan berbuka. Jangan pening2 ya ..masak je macam biasa, hanya mungkin kena tambah sikit pencuci mulut kuih atau puding. Semalam akak akak buat puding laici untuk bekal anak balik belajar. Pernah buat tengok sini . Akak ubah suai sikit untuk jangan berdangdut sangat sebab nak potong2, senang nak agih2 kan dengan kekawannya. Cuba tengok resepi di bawah ni... Resepi asal dari Hanieliza Cooking. Terimakasih kak Liza sebab ini adalah puding peberet akak dan anak2 ..dahlah senang nak buat sedap pulak..sesiapa cuba mesti jadi punya..Insyaallah.


Bahan-Bahan:

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula ( kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 ting Laici (resepi asal 2 tin)

Langkah membuat:
1. Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula.
2. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan. Hampir beku, susun laici di atas permukaan puding.
4. Sejukkan di dalam peti.


Versi ni akak dah ubah sebab mudah potong dan pegang agar-agar ni. Tapi kalau nak makan dalam bekas kecil2, masukkan je 2 tin laici, lagilah sedaplah weh...makan dengan sudu. Cuba ya baru tau...