Jumaat, 24 September 2010

~ RENDANG DAGING NOGORI~

RENDANG DAGING NOGORI


Merendang lagi.....jamuan raya di tempat kerja ..kena masak rendang daging lagi sekali.. makan dengan lemang yang diorder. Kelemahan akk tak reti masak rendang lain selain rendang ni je yang boleh agak-agak je bahan-bahannya..Rendang2 lain tu kena tengok betul2 dan tekniknya baru berani nak cuba..Kali ni rendang ni akk pandai-pandai tambah biji ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Rempah biji ni di sangai dulu dan diblend bersama bawang2 dan bahan2 lain ..blend kering. Hanya satu akk tak boleh lari dari rendang pedas..tak pedas tak umphh...mula2 dulu rakan sekerja tak tahan pedas tapi dah pekena banyak kali...diorang pun dah pandai cakap tak syok tak pedas...dah terkena sumpahan rendang nogori lah tuu....pernah entry dulu sekali tapi yang ini ada penambahan biji2 rempah tu untuk dapatkan kelainan sikit...




BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
1cm kunyit hidup
3 cm halia
4 batang serai
3 senduk cili kering kisar
1 kilo santan pekat @
( 2biji kelapa kampung)
1 senduk kerisik
2 sb ketumbar
2 camt jintan putih
1 camt jintan manis


Langkah-Langkah Memasak :

  • Potong daging, bersihkan dan toskan.
  • Kupas bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit. Mesin dengan mesin kering hingga lumat.
  • Masukkan daging, bahan-bahan kisar dan rempah biji yang telah disangai dan ditumbuk.
  • Masukkan santan pekat dan masakkan atas dapur hingga masak.
  • Setelah pekat, masukkan kerisik dan kecilkan api.
  • Kacau hingga rendang menjadi kering.
  • Hidang dengan lemang dan nasi himpit.




Catatan: Untuk rendang yang pedas, bahan-bahan ramuannya mestilah seimbang dengan lada yang digunakan. Ini untuk seimbangkan rasa pedas dan lemak serta bahan-bahan lain. Untuk bahan - bahan kisar gunakan mesin kering atau chopper. Ini untuk mengelakkan banyak air kerana mengambil masa yang lama untuk mengeringkanya. Rendang ini tahan 3-4 hari di luar tanpa dipanaskan.



KAILAN TIRAM

~ SALAM AIDILFITRI ~
Kailan Tiram
Teringat masa makan di sebuah restoren di pusat membelibelah..restoren chicken rice..order sayur kailan ni..tgk suamiku tu makan berselera sangat...dia memang penggemar kailan..nak kata sedap sangat pun tak taulah sbb akk bukan penggemar kailan tapi rasenya masakkannya simple sangat..lepas kuamati2 rase2nya ni lah cara masakannya...dan rasa pun lebih kurang..memang senang yang amat...hari ini akk berbuka puasa ngan sayur kailan ni lah..beli seikat pun dah cukup untuk makan bertiga...tengok cara buatnya ya..namanya saja akk letak macam ni senang nak ingat...layannnn.

sayur selepas dicelur


Bahan-bahan :
1 ikat sayur kailan segar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 ulas cili merah siam
1 sb sos tiram
1/2 st garam halus
1 sb minyak sayur
1 st tepung jagung
4 sb air
Langkah-langkah memasak :
  • Sayur kailan direndam seketika dan panaskan air hingga menggelegak. Masukkan kailan dan biarkan sebentar . Angkat dan toskan. Susun dalam pinggan hidang.
  • Hiris bawang merah dan goreng . ketepikan bawang goreng ini.
  • Masukkan bawang putih yang dicincang dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan sos tiram.
  • Masukkan air dan garam.
  • Masakkan sekejap dan masukkan 1 st tepung jagung. Kacau biar rata.
  • Angkat dan curahkan ke atas sayur kailan tadi. Taburkan bawang yang telah digoreng dan hidang.

Catatan : Sayur kailan boleh direbus lama sedikit sebab sayur ni tak mudah layu macam sayur lain..