Selasa, 10 Ogos 2010

AYAM MASAK ASAM



SALAM RAMADHAN ALMUBARAK ....hari pertama puasa untuk tahun 2010..harap kita semua dapat menjalani ibadat dengan sempurna..seperti biasa menu nak masak jadi tajuk hangat sepanjang bulan puasa. Kalau tak ramai boleh beli je..macam2 ditawarkan kat pasar ramadhan....hanya hulur je kepala agung tu ..tak yah pening2 macam2 dapat..Tapi kalau dah ramai dalam keluarga fikir 10 kali juge nak membeli...beli tapi kena masak juge sebab habis masa berbuka..waktu sahur nak makan apa pulak ...macamni lah meh kita masak selagi terdaya suami suka sebab duit tak banyak keluar , tenaga bini je yang keluar hihi...Jm cuba ayam masak asam ni..mudah nak buat dan sodap pulak..sebab pedas2 masam...Pernah entry sebelum ni tapi versi tu guna lada kering..yang ni semalam akak guna lada api, so warnanya tu jadi kuning pucat pulak..tapi faham2 je lah guna cili api...berdesup pedasnya tapi sodap bagi akaklah..jum layan !


Ayam Asam


Bahan - bahan
:

1 ekor ayam - potong 14
20 biji cili api
1 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 cm halia muda
1 sb asam jawa
2 batang serai
1 cekak daun kesum
6 biji terung asam (x de pun tak pe)
garam secukup rasa


langkah-langkah membuat:


  • Ayam dibersihkan dengan tepung untuk menghilang hanyir ayam
  • Tumbuk kunyit dan cili hingga lumat. Guna blend pun boleh.
  • Titik serai, lengkuas dan halia.
  • Buat air asam dari 1 sb asam jawa tadi .
  • Gaulkan ayam, bahan tumbuk dan bahan titik di dalam periuk.
  • Bubuh air asam dan tambah air menutupi ayam .
  • Jerangkan atas dapur dengan api yang perlahan. Biarkan merenih .
  • Masukkan garam dan daun kesum. Angkat setelah cukup masak dan rasa.

Bila kita jerang di atas api yang prlahan, minyak ayam akan keluar dan lada akan masak elok. Sebab tu jangan risau guna cili tak sakit perut makan kecuali lada tak masak...okeh selamat mencuba dan merasa.....bai2..SELAMAT BERBUKA PUASA ...