Selasa, 30 November 2010

~ Ayam Panggang Serai ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ayam Panggang Serai

Pagi2 tadi round2 blog nak cari idea ..ni terjumpa kat blog HANA yang sangat rajin tuu...dapat lah idea nak masak ayam ni haa...akak memang suka sangat kalau ada teknik masak yang main campak2 je...jimat masa dan tenaga tapi hasilnya hemmm...memang sodapppp...terimakasih lah pada Hana yang sentiasa up to dated....akak pun terajinlah juge nak buat ayam panggang ni..tapi akak tak masuk oven. Bagi akak masuk oven lama la...Akak guna pan steel je..lebih cepat masak tak smpai 30 minit...pan tu tebal dan panas..kecilkan je api..tutup...memang masak..smpai kentang dan carrot tu lembut yang amat...kalau nak tengok resepi asal ..jejak blog Hana ya...lengkap sangat dah.. ni akak bubuh resepi kat bawah..dah akak ubah sikit2 bahan tu dan ada pulak yang tercicir tak masukkan...apa yang akak taip ni ikut versi akak lah ya...yang lengkapnya Hana punya...


Rujukan:hanamemories
Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam
*2 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*2 cam halia
*2 batang serai
1 st lada hitam
2 camb kicap manis
1 camb madu
2 labu bawang besar
1 batang carrot
3 biji kentang
garam halus
butter
Langkah-langkah membuat:
  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Campurkan dengan lada hitam, garam, madu dan kicap manis.
  3. Lumurkan ke ayam hingga rata.
  4. Karrot dipotong 4 tapi bawang dan kentang hanya dibuang kulit.
  5. Gaulkan sekali dengan bahan-bahan perap tadi.
  6. Perap ayam ni semalaman atau paling kurang 3 jam sebelum dimasak.
  7. Masukkan ke dalam pan / ketuhar dan bakar.
  8. Masukkan butter dicelah2 ayam dan bakar sehingga masak.




Catatan:
Untuk resepi lengkap sila rujuk resepi asal ya. Ini versi akak ....ok selamat mencuba




Ahad, 28 November 2010

~Soft Marble Cake~

Assalamulaikum & Salam Sejahtera
Soft marble Cake

Kek butter ni tekniknya lain sikit dari butter kek yang biasa dibuat..kalau tak silap pernah cuba sekali dengan perasa oren. Lama dah tapi baru2 ni terjumpa semula resepi ni di blog geng2 kita ni tapi akak mintak maaflah puas dah akak jejaki blog sape tak jumpa lagi....Mula2 jumpa dulu, terus C & P masuk waiting list tapi terlupa pulak nak copy pemilik blognya...apapun akak cuba jejak kemudian..kepada yg empunya resepi terimakasih bebanyak ya..kepada peminat butter kek rasanya ini adalah antara teknik kek butter yang lembut dan sedap je kat anak tekak ni....memang boleh dicuba ni ...tak menyesal punya ...Kek ni dibuat semalam untuk dibawa balik kg untuk dijamu pada adik beradik yang dah berkumpul di sana kerana ada kenduri dua pupu kami ...alhamdullilah kejap je licin ....itu bukti kek ni sodap ...maksud akak teknik kek ni memang ok untuk dicuba..okeh..jum tinjau resepi ni....


Bahan-bahan :
Bahan A:
300 gram butter
280 gram tepung gandum
1 camb susu tepung
1 camt baking powder
Bahan B:
5 telur A
1 camb ovalette
250 gram gula halus
30 glisterin
20 gram air
1 camb pes coklat emulco
1 camt strawberry paste
Langkah-langkah membuat :
  • Putar butter hingga licin dan pekat
  • Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang lain masukkan gula halus dan ovellete. Putar rata.
  • Masukkan telur 5 biji telur serentak dan putar hingga pekat.
  • Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan telur dan pukul hingga sebati.
  • Masukkan glisterin dan air ( ganti whipping cream) ke dalam adunan. Pukul.
  • Bahagi adunan 3 warna dan rasa. Coklat emulco, strawberry dan kosong .
  • Masukkan adunan selapis demi selapis ke dalam petitin yang telah dilenser dan dialas kertas surih.
  • Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit awal dengan suhu 170 C.
  • Masak selama 35-45 minit dan apbila kek diuji keluar bersih, itu menandakan kek sudah masak.
  • Keluarkan dari petitin dan sejukkan di atas redai kek.







Catatan:
Gliserin dan air boleh ditukar dengan susu cair atau whipping cream.

Jumaat, 26 November 2010

IKAN KACANG BERKICAP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
ikan kacang berkicap
Akak suka makan segala jenis kacang tapi isi umah tak suka makan. Nak masak untuk makan sorang tak berbaloi...apa lagi masaklah ikan berkacang ..2 dalam 1..sape tak nak makan kacang tinggalkan je..memang akak boleh habiskan semua kacang 2 tu... sebelum terus cite ikan berkacang ni...akak nak cite sikit kat sini tentang blog kak ni..Sebenarnya akak ada satu lagi blog satunostalgia cite2 lain dari masak2 ni...dan dah lama berabuk..tadi akak masuk tengok terkejut dan tergelak lah pulak...sebab geng2 memasak ni dah termasuk ke blog satu nostalgia tu dan tinggal jejak lagi...Pada DrInahar Ali, Hana,Yat Maria dan Anim mungkin dah tersilap masuk....ini pun atas kecuaian akak kut.. Apapun pada rakan2 semua terimakasih kerana ingat nak bertanya khabar walaupun tersesat tapi masih boleh dijejakikan....terimakasih banyak2 pada rakan2 semua yang sentiasa dalam ingatan ! Sambung balik cite ikan kacang berkicap ni..simple je... dan cincai punya masak ni... tapi jangan bubuh air..tekstur akan berubah kalau bubuh air...pening2 nak masak apa..masak ni je ..sodapppp..

Bahan-bahan :
4 ekor ikan selar papan
6 ulas bawang merah
6 ulas cili merah
4 batang kacang panjang
1 labu bawang besar
2 keping asam
garam
kunyit
minyak
Langkah-langkah memasak :
  • Goreng ikan dengan kunyit garam. Ketepikan
  • Tumbuk cili api dan bawang merah
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Goreng hingga wangi.
  • Masukkan garam halus, asam keping dan kacang panjang. Goreng sekejap.
  • Masukkan kicap manis pekat.
  • Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dibelah lapan.
  • Kacau sebentar dan angkat.
  • Hidang dengan nasi panas.


Rabu, 24 November 2010

~JELATAH ~ pembuka selera

Assalamualaikum & salam sejahtera
Jelatah
Walaupun mudah nak menyediakan jelatah ni sebagai pengiring hidangan tapi boleh kira dengan jari berapa kali buat dalam setahun..semalam tertengok Chef Ismail menyediakan jelatah dalam rancangannya ' Ala-ala kampung' terus terliur nak buat sebab nampak macam mudah sangat dalam masa tak sampai 10 minit dah siap. Kebetulan semalam petang pergi beli barang dapur ternampak nenas yang dah dipotong siap dijual RMO.6O sen je..rembat je lah, senang tak payah susah2 kupas kulit nenas dan banyak pulak...tak elok bazir2..buat sekali hidang je....ni makan malam tadi dengan ikan tongkol tu..sedap tau sesekali makan ...pada yang tak pernah bolehlah cuba..gerenti menjadi nih...okeh tinjau2 bahan2nya tu ya....selamat mencubaaa..

Bahan-bahan :
Bahan A:
1 potong nenas besar
1 batang timun kecil
1 labu bawang besar
1 cili merah besar
4 ulas cili padi
Bahan B:
3 sudu besar cuka
2 sudu besar jus limau nipis/lemon/kasturi
3 camb gula pasir
1 camt garam halus

Langkah-langkah membuat:

  • Potong nipis nenas dan timun menyerong
  • Potong bulat bawang besar
  • Potong serong lada merah besar
  • Potong halus cili api.
  • Campurkan kesemua bahan A di atas.
  • Campurkan semua bahan B dan kacu hingga sebati.
  • Curahkan ke dalam bahan A dan gaul sebati.
  • Sejukkan di dalam peti sebelum dimakan.



Jelatah



Selasa, 23 November 2010

GULAI IKAN TONGKOL

Assalamualaikum & salam sejahtera
Gulai ikan tongkol
Ikan tongkol yang sedap yang jenis hitam ..lembut ..betul ke..itulah maklumat yang akak tau. Suka makan ikan ni sedap lemak tapi kureng pandai nak memasaknya tambah2 tongkol isinya keras..Hari ni cuba nak masak tongkol versi sendiri..asal tekak rasa sedap..masa makan tadi terasa sedap juge ye..bukan perasan ni tapi betul2 sedap ni..hihii.. sebab selama ni masak tak sedap tambah2 gulai yang ada kari ..kalau masak lemak cili api okay je..disebabkan sedap bolehlah kongsi sama2 dan juga untuk rujukan sendiri..almaklum mudah lupa sejak kepala ni dah berat dengan macam2 hal....jum tengok kat bawah ni...

campur tomato muda & lada hijau
Bahan-bahan :
Bahan A
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
6 keping asam
1 st garam kasar
Air untuk merebus
Bahan B:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 cm halia muda
1 biji tomato masak
2 sb lada kering kisar
3 sb rempah kari
2 biji tomato muda
4 batang lada hijau
1/2 biji kelapa parut
1 camt garam & gula
Langkah-langkah :
  • Rebus bahan A selama 20 minit. Perlahankan api semasa merebu
  • Bawang besar dipotong. Bawang putih, merah, halia,tomato masak dikisar.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu dan masukkan bahan yang dikisar.
  • Masukkan pula campuran lada kisar dan rempah kari dan masak hingga naik minyak.
  • Selepas itu, masukkan tomato dadu yang dipotong besar.
  • Kelapa diperah, ambil santan pekat dan masukkan ke dalam kuali.
  • Ambil bahan A yang telah siap direbus, curahkan semuanya ke dalam bahan di atas.
  • Masakkan gulai ni hingga pekat dengan api yang perlahan.
  • Rasa garam, gula dan asam.
  • Setelah gulai hampir pekat, bolehlah diangkat dan dihidang bersama nasi panas dan ulam2an.


Gulai ikan tongkol


KIWI MUFFINS

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA
MUFFIN KIWI
Kenapa Kiwi hari ni? minggu lepas dapat beli buah kiwi rege runtuh...biasanya kalau beli 1 paket(6 biji) RM7.99 tapi kali ni dengan rege yang sama boleh dapat 2 paket...apa lagi tak sedar tangan menarik 2 paket sekali ...walahal dah tau buah ni tak dipandang sebelah matapun ..akk je yang makan sebab terpengaruh dengan kandungan zat yang terdapat dalam buah kiwi ni..(.rujuk bawah tu)Pagi ni pulak menggodek lah nak buat muffin sebab dah tak larat nak makan sorang-sorang ....tak pelah anak tak suka, bagi je kat sesapa janji habis dimakan...ni lah hasilnya...oklah juga rasa masam manis.Terpikat dengan blog stolenmomentcooking, terhasilah muffin kiwin ni pagi tadi... jum tengok resepi di bawah . Tapi resepi asal campur strawberry .akak ubah sikit resepi ni seperti di bawah. muffin ni gebus dan lembap..mengenyangkan..cuba duluuu yaaa...
Zat buah Kiwi:
Kiwi mengandungi antioksidan yang tinggi menentang kanser. 2 biji buah kiwi menyumbangkan 280% dari peratus vitaminc c yang diperlukan setiap hari. Selain itu mengandungi Vitamin A, fiber dan Omega 3 fatty acids.

Bahan-bahan :
1 cawan butter/marjerin
11/2 cawan gula castor
2 biji telur
2 st vanilla
4 cawan tepung serbaguna
4 camt baking powder
1 camt garam halus
1 cawan susu segar
4 biji buah kiwi
Langkah-langkah membuat:
  • Putar gula dan butter hingga berkrim.
  • Masukkan telur satu persatu, putar hingga sebati.
  • Masukkan vanilla dan putar lagi.
  • Ayak tepung bersama baking dan garam.
  • Masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis.
  • Akhir sekali kaup dan balikkan buah kiwi yang dipotong dadu.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin yang dilenser atau dalam cupcakes.
  • Bakar dengan suhu 180 celcius selama 25 minit.



Muffin Kiwi

Khamis, 4 November 2010

~ Devil's Food Chocolate Cake ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kawan akk tanya kenapa Devil?.....itu kena tanya empunya resepi..hehehee..akk dah lama list resepi ni untuk dicuba..cubaan pertama masa buat utk anakku AHMAD , nak sambut birthdaynya di sekolah pada 29.10.2010 yang lepas..Akk buatlah devil cake ni dlm acuan besar untuk dipotong dan dimakan bersama guru dan rakan-rakan sekelasnya..sebenarnya bukan senang juga nak melayannya bawak ke sekolah sekotak besar tu ....tapi mengenangkan tak pernah dibuat selama 4 tahun dia bersekolah rendah..utk pertama kalinya akk layan dengan bersyarat....exam akhir tahun mesti dlm tangan...kejam ke akk ni????kejam tak kejam ...perjanjian dah dibuat...so dengan niat akk ni nak bagi makan kekawan sekelasnya terhasil jugalah kek devil ni, malangnya tak de pulak kamera nak dirakam kek birthdaynya....apapun akk buat sekali lagi kek ni dan sempat dirakam tapi kali ni dalam bentuk cupcakes . Kepada AYU yang akk selalu intai2 resepinya tu.... cuba pi tengok memang bestnya blog ayu ni.. terimakasih atas sharing resepi ni yang katanya diambil dari AYU juga... Apapun akk dah tukar sukatan asas ni kepada 4x ganda dari sukatan asal....jum tengok..namun hasil yang kali ni kurang memuaskan sebab tak berapa cantikkkkkkkk...tapi rasanya tetap sedap.. hihihhi...







Bahan-bahan :


Bahan A
260 gram butter
11/2 cawan gula perang
1 cawan gula castor
4 biji telur A
1 st vanilla


Bahan B
4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
3 st soda bikarbonat
1st garam halus
1 cawan buttermilk - (1cawan susu tambah 1 sb cuka. Biarkan 20 minit)
2 cawan air suam



Langkah - langkah membuat:


  1. Panaskan oven 170C. Lenser peti tin. Alas bahagian bawah. Lenser.
  2. Ayak tepung, koko,soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
  3. Putar gula dan butter hingga kembang dan ringan.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
  5. Masukkan bahan kering dan bahan cecair tadi berselang seli hingga habis. Di akhiri dengan bahan kering.
  6. Masukkan dalam oven dan bakar selama 30-40 minit.
  7. Keluarkan dan hias dengan chocolate ganache dan cream cheese frosting.


Cream Cheese Frosting :

250 gramPhiladelphia Cheese

125 gram butter

1 cup icing sugar

Chocolate Ganache

250 gram dark choclote

200ml whippedcream




Untuk N3 ini akk tak guna cream cheese tapi toping ngan choclote toping je. Kek ni akak 'souviner'kan pada guru2 yang mengajar anak perempuan yang nak ambik SPM tahun ni. Walaupun anak akak dah pindah sekolah baru tapi anak akak siap pesan suruh bagi cikgucikgi yang pernah mengajarnya dulu dari F1 hingga F3 dan siap mintak doakannya berjaya dalam SPM di sekolah baru...akak sebagai ibunya layan ajalah asalkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk SPMnya...apalagi harapan seorang ibu selain kejayaan anak2nya...moga berjaya...Amin.

Selasa, 2 November 2010

Langkah Memasak Nasi Beriani Kambing ( entry ke 3)

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
Baru berkesempatan untuk N3 langkah-langkah memasak Nasi Beriani Daging Kambing ..N3 sebelum ini tentang memasak Lauk Kambing Beriani dan juga bahan-bahan untuk memasak Nasi Beriani tersebut. Sebelum memasak nasi beriani ni, lauk mesti disediakan dahulu untuk dimasakkan sekali dengan Nasi Beriani ni..Ambil masa juga untuk menyediakan nasi beriani ni tapi berbaloi2....Hari ni akk cuti, bolehlah meneruskan ekspedisi memasak nasi beriani ni hihihii....Akk tunjukkan pic langkah demi langkah untuk lebih mudah faham okay...Bahan-bahan lengkap last sekali..jum ikut akak...

Pic 1
Bahan-bahan untuk direbus untuk merebus beras beriani

Pic 2
Rebus bahan-bahan herba dengan air yang agak banyak dalam tempoh 45 minit untuk mendapatkan aroma herba. Selepas itu masukkan beras beriani, rebus hingga 3/4 masak. Kemudian tapis semua bahan yang direbus, buang air dan herba2. Toskan beras. Masukkan ke dalam periuk nasi.



Pic 3

Ratakan nasi 3/4 masak tadi. Bubuh daging kambing beriani dan susun ( yg telah dimasak terlebih dahulu..rujuk N3 sebelum ni )



Pic 4
Taburkan pula bahan-bahan tambahan seperti kismis, gajus, badam,kacang peas, daun ketumbar, pudina, lada besar hijau dan merah.




Pic 5
Tutup semula dengan nasi tadi dan tabur lagi dengan bahan-bahan seperti di atas. Jangan lupa bawang goreng merah dan putih. Buat langkah ini untuk dapatkan 3-4 lapisan nasi dan daging.



Pic 6

Lapisan atas sekali berupa seperti ini.


Pic 7
langkah terakhir masukkan minyak sapi yang telah dicairkan dan susu cair . Ratakan semasa mencurahkan di atas nasi. Tutup nasi dengan daun pisang dan letak atas dapur. Bubuh benda benda berat untuk mengelakkan wap nasi keluar. Masakkan selama 30 minit.





Bahan- bahan Nasi Beriani Kambing
A. Bahan Untuk Rebusan Nasi.
1 kilo beras basmathi
air ( tak perlu sukat )
5 helai daun pandan
6 cm halia- tumbuk kasar
2 biji limau purut-ambil kulit
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
15 biji bunga cengkih
30 biji lada hitam
15 biji buah pelaga
secekak akar /batang daun ketumbar
1 biji buah pala-tumbuk kasar
sedikit air ros
B. Bahan Untuk Ditabur Dalam Nasi
1/2 kilo daging kambing - telah dimasak.
1 tin kecil minyak sapi - cairkan
1 tin susu cair
1 ikat daun ketumbar
1 ikat daun pudina
10 ulas kecil bawang merah goreng
6 ulas bawang putih goreng.
pewarna kuning/koma2/safron
Langkah-langkah memasak Nasi Beriani:
langkah 1
  • masukkan semua bahan rebusan ke dalam periuk dan rebus selama 1 jam
  • Masukkan beras basmathi dan masak sehingga 3/4 masak.
  • Toskan beras.
  • Sediakan periuk untuk memasak nasi.

Langkah 2

  • Lapisan pertama-di dalam periuk , masukkan nasi yang ditos tadi dan ratakan.
  • Lapisan kedua - diikut dengan daging kambing yang telah dimasak, tabur kismis, buah gajus, badam daun ketumbar, pudina, pewarna kuning direnjis2,bawang goreng, cili hijau,merah,kacang peas dan kismis.
  • Ulang kembali lapisan pertama dan kedua tadi hingga habis.
  • Akhir sekali masukkan susu cair dan minyak sapi. Curah rata atas nasi.
  • Tutup dengan daun pisang dan letukkan lesung batu untuk mengelakkan wap keluar.
  • jangan lupa alas periuk dengan tutup periuk untuk mengelakkan nasi berkerak. kecilkan api dan biarkan sekurang-kurangnya 30 -45 minit.
  • Nasi yang telah dimasak, boleh dimakan dengan lauk kambing beriani yang selebihnya dan juga acar rampai.

Huhhhh...lega rasanya selepas selesai entry resepi nasi beriani ni..okeh kepada yang berminat sila rujuk entry sebelumnya untuk lebih faham. Sebenarnya tak susah mana pun tapi mesti dibuat dengan hati yang tenang dan juga minat yang mendalam..kalau tak bersedia...list dulu donggg...lain kali boleh dibikin...oh ya , kambing boleh diganti lembu atau ayam...selamat mencubaaaaaa..bai2...kena stop dah ni...jumpa lagi...