Khamis, 4 November 2010

~ Devil's Food Chocolate Cake ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kawan akk tanya kenapa Devil?.....itu kena tanya empunya resepi..hehehee..akk dah lama list resepi ni untuk dicuba..cubaan pertama masa buat utk anakku AHMAD , nak sambut birthdaynya di sekolah pada 29.10.2010 yang lepas..Akk buatlah devil cake ni dlm acuan besar untuk dipotong dan dimakan bersama guru dan rakan-rakan sekelasnya..sebenarnya bukan senang juga nak melayannya bawak ke sekolah sekotak besar tu ....tapi mengenangkan tak pernah dibuat selama 4 tahun dia bersekolah rendah..utk pertama kalinya akk layan dengan bersyarat....exam akhir tahun mesti dlm tangan...kejam ke akk ni????kejam tak kejam ...perjanjian dah dibuat...so dengan niat akk ni nak bagi makan kekawan sekelasnya terhasil jugalah kek devil ni, malangnya tak de pulak kamera nak dirakam kek birthdaynya....apapun akk buat sekali lagi kek ni dan sempat dirakam tapi kali ni dalam bentuk cupcakes . Kepada AYU yang akk selalu intai2 resepinya tu.... cuba pi tengok memang bestnya blog ayu ni.. terimakasih atas sharing resepi ni yang katanya diambil dari AYU juga... Apapun akk dah tukar sukatan asas ni kepada 4x ganda dari sukatan asal....jum tengok..namun hasil yang kali ni kurang memuaskan sebab tak berapa cantikkkkkkkk...tapi rasanya tetap sedap.. hihihhi...







Bahan-bahan :


Bahan A
260 gram butter
11/2 cawan gula perang
1 cawan gula castor
4 biji telur A
1 st vanilla


Bahan B
4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
3 st soda bikarbonat
1st garam halus
1 cawan buttermilk - (1cawan susu tambah 1 sb cuka. Biarkan 20 minit)
2 cawan air suam



Langkah - langkah membuat:


  1. Panaskan oven 170C. Lenser peti tin. Alas bahagian bawah. Lenser.
  2. Ayak tepung, koko,soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
  3. Putar gula dan butter hingga kembang dan ringan.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
  5. Masukkan bahan kering dan bahan cecair tadi berselang seli hingga habis. Di akhiri dengan bahan kering.
  6. Masukkan dalam oven dan bakar selama 30-40 minit.
  7. Keluarkan dan hias dengan chocolate ganache dan cream cheese frosting.


Cream Cheese Frosting :

250 gramPhiladelphia Cheese

125 gram butter

1 cup icing sugar

Chocolate Ganache

250 gram dark choclote

200ml whippedcream




Untuk N3 ini akk tak guna cream cheese tapi toping ngan choclote toping je. Kek ni akak 'souviner'kan pada guru2 yang mengajar anak perempuan yang nak ambik SPM tahun ni. Walaupun anak akak dah pindah sekolah baru tapi anak akak siap pesan suruh bagi cikgucikgi yang pernah mengajarnya dulu dari F1 hingga F3 dan siap mintak doakannya berjaya dalam SPM di sekolah baru...akak sebagai ibunya layan ajalah asalkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk SPMnya...apalagi harapan seorang ibu selain kejayaan anak2nya...moga berjaya...Amin.

5 ulasan:

  1. errkkkk. tgodanya kak... blh mintak brg seketul dua... :)

    BalasPadam
  2. salam moklong, godaan menggoda...buat je tak susah mana pun..kalau dekat bukan seketui dua..berketul2 pun bolehhhhhh

    BalasPadam
  3. lama dah tak tuang coklat ganache dlm cuppies ni.. tergoda.. rasa nak buat sesangat...

    BalasPadam
  4. wah,sedapnya kak nor..x sabar nk cuba..

    BalasPadam
  5. salam sari,

    dah buat lum coklat ganache tu...kalau nak buat mende2 ni mmg kena kuatkan azam dan tekad...kan..akk pun selalu je bertangguh2 kadng2 semangat je lebih buat tak juge hihi...

    salam shima,
    dah buat ke ..harap2 jadi le ye....

    BalasPadam