Isnin, 18 Oktober 2010

~ Udang Masak Lemak cili Api & Tomato ~

~ Assalamualaikum ~
Masam Lemak Udang & Tomato
Suka makan udang ? Bagi akak udang ni kalau masak lemak cili api dengan apa2 je memang sedap sebab manisnya tu keluar dalam kuah santannya tu..pernah entry dulu udang dengan rebung. Kali ni udang dengan tomato...lagi manis. Kalau masak lemak udang ni , campak je semuanya dalam periuk sebab udang tidak mengambil masa yang lama untuk dimasakkan berbanding dengan ikan dll tu...Udang ni cepat di masak dan sedap dimakan...eh..eh.. teringat pula iklan Maggi dulu2...cepat dimasak sedap dimakan..ada ke lagi iklan ni skg ek? Tak pasti sebab jarang duduk dpn tv..okeh jum tengok langkah demi langkah gulai udang ni...

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk tanah ni..periuk lain tak de hal ...

Masukkan santan pekat dan jerang atas dapur.
Bahan-bahan :
500 gm udang sederhana besar
15 biji cili api
2 cm kunyit hidup
2 keping asam gelugor
4 biji tomato
1 camt garam kasar
1 biji kelapa
Langkah-langkah membuat:
  1. Bersihkan udang dan toskan.
  2. Tumbuk cili dan kunyit hingga hancur.
  3. Bersihkan tomato dan belah 4
  4. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  5. Perah kelapa dengan air yang sedikit-sedikit untuk mendapatkan santan pekat ke dalam periuk tadi.
  6. Letak periuk atas dapur dan biarkan gulai menggelegak.
  7. Perlahankan api, kacau gulai tadi biar sebati dan masukkan garam.
  8. Biarkan sebentar hingga masak dan rasa asam garamnya. Tutup api.

Catatan:
kalau menggulai masak lemak cili, tidak perlu mengacau selalu semasa memasak. Hanya perlu dikacau semasa gulai itu menggelegak dan terus perlahankan api sementara gulai itu masak. Rasa asam garam dan tutup api.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan