Khamis, 18 Februari 2010

Gulai Jantung

~ Makan jantung berulam hati ~
Pepatah Melayu yang menggambarkan seseorang yang sedang merana dan sedang berduka
Jantung dibelah enam
Gulai jantung sejenis masakan kampung ..mungkin sekarang ramai orang kita yang tidak reti nak makan gulai jantung apatah lagi menggulai jantung ..bukan salah sesiapa ..masa berlalu , begitu juga cara hidup kita berbeza..Tapi disebabkan dah sinonim dengan gulai masak lemak cili api ..akak suka makan gulai jantung ni..Ini ialah jantung pisang batu..lembut je..
~Resepi Gulai Jantung~
jantung pisang 1 biji
cili api 13 butir
kunyit hidup 1cm
kelapa masak 1 biji

Tumbuk lumat cili api dan kunyit..tumbuk jangan tak tumbuk..lagi sedap masakan


Jantung pisang dibelah 6 memanjang, masukkan ciliapi tumbuk , asam keping dan santan pekat yang diperah sendiri - elakkan diblend..pasti masakan kita lebih enak..tak caya ..cuba buat.


.

Masakkan atas api yang besar dulu, menggelegak gulai kacau dan kecilkan api..masakkan perlahan . Rasa garam dan asamnya..rasa dah ok , boleh angkat ..



Ini gulai jantung pisang ..Tak perlu campur ramuan lain..tapi kalau nak campur ikan bilis lagi sedap pedas2 lemak ...okeh selamat mencuba ya..simple masakan ni tapi membuka selera ..sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan masin goreng..



8 ulasan:

  1. salam nor..alahai sedapnya masakan ni..selalu tenguk masakan nor mmg menyelerakan..pandai nor masak,akk ni org kmpg mmg suka masakan kmpg tapi anak2 skrg ada yg tak gemar pula ye.

    BalasPadam
  2. salam nor,
    kak memang suka masakan kampung.Bak kata atonlah..anak-anak pulak tak suka.kalau teringin beli aja kat kedai makan.

    BalasPadam
  3. salam kak aton,

    saya tak pandai sgt masak kak..hentam je janji ada rasa masin,masam,manis, pedas & lemak2 gitu2 kalau bersantan..masak2 kg paling saya suka..anak2 saya pun gitu kak..hanya masak lemak cili api ayam yg tak tolak..macam anak omputih pulak x nak mkn gulai jantung..ada juga yg suka kak...

    BalasPadam
  4. salam kak yon,

    saya pun mmg suka masakan kg..dah tua2 ni lagilah pulak ...kadang2 anak ni saya guna kuasa veto..mesti makan hahahaha..tapi dah besar ni x leh lah buat mcm ni...kalau beli kak saya tak suka sgt kak sebab tak menepati citarasa kadang2 tu..tgk tempat juge . ada yg sedap..ok cuba masak ya

    BalasPadam
  5. Salam Kak Nor

    kak....saya suka tgok cara akak memasak ada skil. pd saya masakan kg lebih saya minat kerana ia memerlukan kesabaran yg cukup tinggi. Bagi kita org2 melayu masakan lama kita panggil maskan kg dan bagi org barat masakan mrk juga rumit kalau yg lama2 ni.So teruskan akak dgn masakan lama2 dan tradisional ni

    BalasPadam
  6. kak lupa nak kasi tau masakan gulai jantung pisang ni makanan kegeraman ank ppuan saya

    BalasPadam
  7. AABESTFOOD.BLOGSPOT.COM
    Bagi yang berminat masakan barat, boleh menggunakan rempah ayam panggang serbaguna dari kami, rempah ini boleh dipelbagaikan masakan seperti,ayam panggang,chickenchop,ayam percik dan menggoreng.

    BalasPadam
  8. zura,

    memang masakkan lama ni kena ada skil..t.kash sebab zura suka..bukan semua org suka masakan lama .tapi akak suka yg lama sebab semua ada kenangan sendiri..semua ni pun utk generasi kini..bagus la anak zura suka makan masakan lama..syabas...


    okeh ayam panggang..akak suka juaga masakan barat..anak2 apalagi.,..nanti akak link blog u ni..tq masuk sini...

    BalasPadam