Jumaat, 26 Februari 2010

Roti Murtabak Goreng

Salam pagi sabtu ....harap sihat semuanya untuk meneruskan agenda hari ini........
Pagi sabtu ni makan apa? Ni nak kongsi satu resepi yang diperolehi dari seorang rakan sekerja ..Yushida ...saja nak interprame namanya kat sini..lain kali senang nak kongsi resepi dengannya..hehehee..ala bukannya apa satu penghargaan pada kekawan kita yang sudi berkongsi apa saje yang baik untuk kebaikan kita semua...betul tak.... Resepi ni menurut kawanku ini dipelajari dari keluarga neneknya yang satu masa dulu pernah jadi tukang masak di istana ......... .Makanan ini dihidang untuk minuman pagi..Tapi kalau tak pagi pun kita boleh masak untuk petang atau malam ...sesuai juga sebab kandunganya dah lengkap dengan semua zat makanan yang kita perlukan. Akak suka masak benda2 macam ni untuk anak2 sebab faktor sayur ..kalau dimasak gaya ni semua ditibainya ..kalau tak ..bergaduh suruh makan sayur...Kalau dulu masa kami kecik2 semua jenis sayur kami tibai..masalahnya budak sekarang tak taulah kenapa ..yang pasti bukan salah ibu mengandung.... Okl anjang pulak sesi bercerita ni, apa kata cuba je resepi ni ..senang sesangat ..humban je dalam kuali semuanya dan makan terus ..bawak bekal untuk anak ke sekolah pun ok ni ....tak payah beratur panjang di kantin...(marah pulak kantin sekola ni hehehe) ok kita cuba ya...





Resepi Roti Murtabak Goreng



5 keping roti putih
2 biji telur A
1 biji tomato
1 batang carrot (kecil)
2 helai daun salad
1 labu bawang besar
secubit garam halus
secubit lada sulah
1 sudubesar butter


langkah-langkah membuat:
  1. Cairkan butter, masukkan bawang dadu - goreng sampai harum.
  2. masukkan tomato dadu. Buang isi tomato . Goreng hingga masak tomato .
  3. pecahkan telur dan masukkan . Tambah garam dan lada sulah. Jangan tunggu lama terus masukkan roti yang telah dipotong kecil. 1 keping roti potong 6 ..
  4. kacau hingga roti disalut dengan telur.
  5. Akhir sekali masukkan lobak yang disagat memanjang dan salad yang dipotong kecil.
  6. Kacau2 dan angkat. Hidangkan bersama dengan sos cili kalau nak pedas lagi...



Perhatian :
Jangan lama kacau telur. Sudah pecahkan ke dalam kuali, masukkan garam dan lada sulah. Terus masukkan roti dan kacau. Kalau tidak roti tidak bersalat dengan telur..kurang ummphhh!



2 ulasan:

  1. salam kak nor... waaa da ader blog baru ek.... masak2 gitu..... hmmm roti murtabak goreng tu cam sedap jek... mmg x penah makan tu... leh cuba ni.....

    BalasPadam
  2. salam Amy,

    buat blog masak2 ni sebab akak ni memang dah ditakdirkan kena masak hari2..kalau tak masak mcm ada yg tak kena...wapun boring juga..so utk hilangkan boring dan tension..dah masak ambik gambo ..update je dlm blog..release tension juge..best dpt kongsi dgn kekawan semua..walhal akak ni bukannya pandai sgt masak..semua tgk resepi..

    BalasPadam