Khamis, 4 Mac 2010

pedas2 sos...

~ Salam mesra kepada pengunjung dan follower ~
Ini bukan sos cili jenama Life ya..ini sos jenama Emak.. Dari kecik kami dah makan sos ni sebab satu faktor mak kami berniaga makan termasuk membuat tahu sumbat dan sosnya dimasak sendiri.. Punyalah lama kami makan hingga sampai tua , baru tahun ni belajar buat sos ni sebab dah jauh2 ni..kadang teringin sangat nak makan sos emak tapi apakan daya ...Ini yang mendorong nak buat sendiri . Suruh emak buat demo ..kalau tanya je resepi..sah2 tak buat punya...Bagi akak sos ni memang ummphhh..pedas2 masam & manisnya hingga sampai ke telinga ni tapi makan tak mau berhenti juga ...hingga menjilat jari....

Bahan- bahan:
RM1 - Cili kering
1sb - asam jawa
2 senduk - gula
2 camt -garam
15 ulas -bawang putih


Langkah-langkah :
  1. Lada kering direbus dan kisar halus
  2. Masukkan ke dalam periuk besar
  3. Campurkan bawang putih yang dimesin, gula dan asam jawa (gambar atas sekali)
  4. Tambahkan air hingga cair ( kadar yang banyak)
  5. Masakkan hingga menggelegak.
  6. Perlahankan api dan masakkan sos ini selama 2 jam
  7. Bila sos mula memekat masukkan garam.
  8. Sesuaikan rasa sos..pedas, masam,manis dan masin.
  9. Angkat.



Inilah rupa sos yang telah dimasak. Sebenarnya sukatannya bergantung kepada kita.. Anggaran je akak bagi tu. Lama memasaknya pun bergantung kepada sukatannya pula. Kalau banyak lamalah kita memasaknya..kalau sikit sebaliknya pula....ala pandai2lah ya...hanya satu kalau lada tak cukup masak alamat rasa pedas je..maknanya tak sedap.. Sos yang dimasak warnanya merah gelap dan pekat. Sos ni boleh bertahan lama ..kalau dalam peti boleh sampai 2-3 bulan. Tak dimakan lagilah lama bertahannya hihihihi. Kalau di luar pula boleh 3-4 hari.. Hanya kita panaskannya 2 hari sekali.. Inilah petua yang emak akak bagi.. Resepi ni amat mudah dan murah ..kalau rajin boleh buat bisnes sos ni. Sedap dimakan bersama tahu sumbat, kopok lekor, cucuk udang dan macam2lah..kecur dah air liuk ni ...jumpe lagi kita ...byeeeeee


2 ulasan:

  1. Salam kak Nor

    kak...saya akan cuba bua sos ini utk keluarga. Bestkan akak kalau semua ni kita tau buat sendiri. Lebih toyiban halal lagi suci....makan tanpa was2.

    BalasPadam
  2. ya zura..kan berbaloi2 kalau kita tahu nak masak apapun..tapi try and error lahkan..sekali tak jadi buat lagi...smpai jadi..

    BalasPadam