Khamis, 13 Mei 2010

APAM MEKAR


Salam semua ..semoga kita ceria macam apam mekar ni..sebab akk suke sgt tengok rupa apam ni dalam dapur ummi ~ Home Sweet Home ~ tu..akak pun try laa..ikut je resepi yg diberi..menjadikk le ..elok sgt kembangnya dan terbelah gitu..cukuplah tu..minum ngan kopi panas2 sedaplah ni.....kak terus masuk dlm acuan apam tak guna mangkuk kertas...teringat pulak apam kat pasar malam kaum cina jual tu 2 kali ganda lagi besarnya dan gerammm je akk nak tanya bubuh ape dalam apam tu sampai kembang macam nak rak dalam mangkuk kertas depa..Apam ni memang tak puas dipandang..mekar macam anak dara sedang kembang !


Apam Mekar



Bahan-bahan membuat apam mekar :



250 gm gula castor
2 biji telor A
1 sk esen anilla
200 ml susu segar
300 ml tepung gandum
1 sk ovellete
warna hijau & merah


Langkah-langkah membuat:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu\
  2. Masukkan esen vanilla.Pukul lagi
  3. Masukkan tepung, susu segar dan ovellete.
  4. Pukul lagi hingga kembang
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  6. bubuh warna merah, hijau dan kosong
  7. Masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan
  8. Letak tiga warna selangseli
  9. Kukus selama 15-20 minit dengan api yang kuat
  10. Angkat selepas apam merekah seperti dalam gambar

Bagi akak apam ni makan panas-panas sebab kalau dah sejuk ketat juge leher nak menelannya..apapun cuba dulu....bai-bai jumpe lagi...wassalam.



6 ulasan:

  1. salam kak,
    memang tak jemu memandang apam mekar ni. tambah2 warnanya yg beraneka. kalu saya buat apam jadi macam ni, senyum saya dari pagi ke malam...hihihi

    BalasPadam
  2. wahhhhhh....
    kak ni bukan mekar lagi kak...dah kembang setaman. Ada org panggil ni sebaai apam msia.... Satu lagi buat apam ni dulu2 org tua2 panggil apam senyum. Guna nasi yg dibuat ragi simpan 2 hari dan eno.... ingat tak.

    BalasPadam
  3. salam nurindah,

    memang tak jemu mata memandang sbb warna2 lembutnya itu..kalau nur buat mmg jadi punya hanya pastikan pukul adunan hingga gebu...akak rasa bubuh air soda lagi gebusss

    BalasPadam
  4. salam mamaFaMi,

    mekasihhh sudi kedappur akak ni... akak selalu curi2 ke dapur mamafami ni sbb best...apa ni akak raselah bubuh soda lagi gebusss la..betul tak mamafami...

    BalasPadam
  5. salam zura,
    bukan kembang setaman lagi ni..dengan hidung akak ni pun dah kembang macam apam ni..hahahaa. Apam yg guna nasi dan eno tu akak selalu makan kecik2 dulu..lebih kurang rupanya macam apam ni tapi rase beza sgt ..akak lebih suke apam nasi tuu....

    BalasPadam