Khamis, 13 Mei 2010

APAM PISANG COKLAT

Assalamualaikum


~ APAM PISANG COKLAT ~





Apam lagi..sebenarnya apam ni awal pagi lepas subuh pegi godek sebab tak de apa nak buat breakfast anak ku sorang tu...dah pisang pun ada..godek2 je la..resepi diambil dari Mak Lang Azie yang rajin tu...hanya pisang yang akk guna ni pisang nipah yang ditanam belakang rumah...Pisang nipah ni atau sesetengah tempat panggil pisang abu kalau masak manis dan gebu ..dah beberapa kali buat muffin pun sedap ..tak perlulah beli pisang berangan , emas atau raja yang boleh tahan juge regenya kat pasar sini..Bagi akak kalau masak tidak perlu nak susah-susah ...asal bahan tu munasabah nak guna, hentam je laaa....asalkan menjadi..tak gitu kekawan...







Apam ni bukan gelap sebarang gelap ni..makan sekali terus nak 2 kali ...akak suke sebab rasenya yang gebu dan mengenyangkan. Anak makan pagi 3,bawak bekal 4 biji..Maknya lagilah pulak bawak bekal satu tupperware besar sebab kalau tinggal kat rumah sapelah yang nak makan lagi ...Lebih baik bawak ke tempat keje ...ok cuba tau sebab senang je ni...kembang hidung ni bila tngok apam elok je mengembang dalam kukusan ...hehehe ..layanzz




Bahan-bahan Apam Pisang Coklat


Bahan A:


  • 2 cawan tepung gandum & 2sb koko
    1 sudu kecil soda bikarbona
    1 sudu kecil baking powder

Bahan B:

  • 1 cawan pisang masak ( 4 biji)
  • 1 cawan minyak masak ( myk jagung)
  • 2 biji telur gred A
  • 11/2 cawan gula perang ( akk guna gula pasir)

Langkah membuat :

  1. Ayak semua bahan-bahan A dua kali.
  2. Lenyekkan pisang dan campur dengan telur dan gula.
  3. Masukkan minyak tadi dan gaul sekata
  4. Masukkan bahan A tadi dan gaulkan rata.
  5. Masukkan dalam acuan yang telah dipanaskan dalam kukusan terlebih dahulu.
  6. Kukus selama 20 - 25 minit hingga kembang dan masak.


Nota:

Masukkan sikit susu segar sekiranya adunan kental ( tambah minyak pun ok)

Tutup tudung pengukus dengan kain dapur untuk mengelakkan wap jatuh atas apam.

Api besar semasa mengukus, apam akan naik dengan cantik.

















4 ulasan:

  1. salam kak nor,
    wah....! saya suka pisang, lebih2 ada coklat. hihihi. ni saya dah terliur, alamatnya beli stok pisang dah ni...hihii

    BalasPadam
  2. salam nurindah,
    akak pun suke pisang , kalau buat pengat paling bess....senang je apam ni..lelap mata pun jadiikkkk

    BalasPadam
  3. wahh..kak nor mengapam je nih...cantik tersenyum. saya plak kena sumpahan apam..buat dah 2,3 kali tak pernah tersenyum.tak tau la mana silapnya..fobia apam!!

    BalasPadam
  4. izah, bikin lagi apam smpai tersenyum okeh...baru kita puas hatii....

    BalasPadam