Isnin, 31 Mei 2010

पुडिंग रोटी MARBLE



PUDING ROTI MARBLE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...blog ni masih sakit lagi..bukan suke2 nak tulis tamil ni..asal akak enter je keluar tulisan misteri ni..aduhai..dah cuba tgk setting tapi tak pass..susah nak entry baru. Tapi selagi boleh faham ok kan...okeh, pagi ni puding marble roti...tersangkut hati tengok puding kat Yat Maria ..cantik puding ni ..rasanya sesedap rupa.. Rasanya akak ni kena pindah blog baru kalau masih tak boleh diubati...apapun layan dulu ye ..






cantik tak...





Masukkan sesenduk demi sesenduk hingga habis. Adunan akan merebak secara automatik.




PUDING MARBLE ROTI
Bahan - bahan :

BAHAN A

4 Keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair


BAHAN B

1/2 cawan gula
2 sudubesar butter cair
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT:

1. Blend bahan A hingga sebati.
2. Masakkan bahan B hingga cair.
3. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B.
4. Masukkan butter cair dan kacau hingga pekat.
5. Bahagi warna kepada 2 atau 3 bahagian.
6. Masukkan koko kepada 1 bahagian dan masakkan sekejap di atas api
7. Masukkan ke dalam acuan sesenduk demi sesenduk dan sejukkan di dalam peti.


Puding ni lembut dan sesedap rasa. Cuba tau...berbaloi-baloi.....

4 ulasan:

  1. akakkkk

    cantiknyaaaaaaa> mseti cuba ni si adik suka mkn puding roti.....

    BalasPadam
  2. zura, mesti cuba senang sangat tapi menarik..kalau tak nak guna susu pekat pun ok lebihkan susu cair dan akak rase lebih sedap..guna agar2 stripe pun ok je...

    BalasPadam
  3. hi nor, this is definitely not tamil writings, dia more tu kaum kerabat sebelah utara india.

    btw will try your lovely puding, cukup menarik colornya,and i am sure the taste too.

    BalasPadam
  4. hi Sathiarani,

    yes, ni tulisan urdu ke hindustan , kawan India I cakap macam tu....try lah puding ni memang simple and sedap

    BalasPadam