Rabu, 23 Jun 2010

APAM BALIK





Fryer with glass cover

apam balik versi 1 - filling coklat chips..



inti jagung & kacang tanah

Salam semua, hari ni buat apam balik..semalam buat apam balik juga. Semalam buat apam balik guna resepi Hanieliza ..Hari ni guna resepi dari Inahar cooking bila nampak kat blognya ada apam balik pagi tadi. Bezanya hanya cecair yang digunakan . Versi semalam guna susu cair dan minyak , hari ni guna air sahaja.. Bezanya mungkin kegebuannya tu ...Bagi akak guna apa je bahan yang ada... rasa apam balik tetap ada...Cuba tengok resepi di bawah ....lepas tu buat le ye..boleh guna nonstick atau macam akak guna tu pan stainless steel tupperchef ...boleh aja sebab tak melekat..ok jumpa lagi kita ..bai-bai..


Resepi dari Inahar Cooking
RESEPI APAM BALIK(resipi asal ms oreo)
Bahan2:
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
  • Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • Jagung dalam tin
  • Gula halus
  • Marjerin
Cara2:
1.Gunakan mixer ..pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
3.Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.
4.Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
5.Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan / sainlessteel ) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
6.Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.
APAM BALIK - Hanieliza Cooking
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan B
  • 2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 biji telur
Bahan Ccoklat
  • Chocchips , jagung cream
Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidangkan.

5 ulasan:

  1. Salam kak nor.....


    kalau org tanya saya dlm byk2 kuih ... kuih apa yg saya suka buat.... saya akan jawab kuih apam balik. Tapi kuih apam balik saya yg tiada inti apa2 cuma taburkan secubit gula dipermukaannya. Dulu2 masa kecik kalau ikut mak pegi asar tentu kuih apam menjadi jajan saya. Apam balik tanpa inti. Setakat ini belum pernah buat apam balik dan akan cuba jugak suatu hari. Oh ya kak. saya da buat apam ice cream tapi langsung tak mekar....hahahahhaha

    BalasPadam
  2. salam zura, kalau zura suka apam balik...... akak guna pan tupperware tu..berbaloi beli ..apam icecream tu tak mekar ada sebab ..akak pun ada buat tak mekar juge last2. kalau tak guna cupcakes tu mmg tak mekar ..tak taulah kenapa...satu lagi kalau cair pun tak mekar juga ...cuba buat balik ...smpai mekar ..insyaallah....

    BalasPadam
  3. wah~sedapnye apom balik.dh lama abah sy xwat apom balik.nyum2.thumbs-up!!

    BalasPadam
  4. Salam kak nor...
    Sedapnya nampak apam balik tu... nak singgah ambik resepi ni ya kak nor... dah lama nak terai buat sendiri, selama ari ni duk asyik beli kat pasar malam je... TQ.. :)

    BalasPadam
  5. Salam perkenalan K.Nor..saje singgah tgk blog K.Nor..ingat nak mintak resepi apam balik nie..nampak mcm best jer....TQ...

    BalasPadam