Rabu, 1 Disember 2010

Apam Mekar ~ Mekar Setaman ~


Assalamualaikum & salam sejahtera
APAM MEKAR

Apam lagi..ni apam mekar yang tak boleh nak menidakkan kemekaranya...ibarat bunga kembang setaman bila dah cukup 15 minit dikukus..ada yg tak sempat ...10 minit dah masak..tgk api kukusan tu. Apam ni hasil demo petang semalam...bukannya nak mendemo apam ni tapi demo kukusan yg akak selalu guna..yg bestnya bila buat demo macam ni..syok tgk kekawan respons bila tgk apam mekar ni mengembang bila dibuka penutup kukusan "...aumm..oo...ye la..kembangnya apam ni.." apa lagi ..akak pun tambah rancak le promote hihi...tapi dalam hati dah berkata2 sblm tu..."kalau tak kembanglah apam ni..habisss le aku ! " Tapi alhamdulillah..apam ni tetap sporting ...tak pernah tak mekar sejak akak buat dari dulu...cuba tgk sini mula2 bikin apam ni. Sumber yang akak dapat mula2 duu dari dapur siapa lagi..ni ummi . Memang ramai yang buat apam ni dah. Sifu apam ni Hanieliza cooking tu. Terimakasih ya pada bloggers yang hebat ni...t.kasih sekali lagi .. Okeh jum layan resepi mudah ni tapi sangat disukai oleh anak-anak kecil .



Bahan-bahan:
250 gram castor sugar
2 biji telur
1 sk vanilla
1 sk ovelette
300 gram tepung gandum
200 ml susu segar
pewarna makanan
langkah-langkah membuat:
  1. Putar gula, telur dan vanilla sehingga pekat dan kembang.
  2. Masukkan ovellete dan pukul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan susu segar selang seli dan putar sebati.
  4. Bahagi adunan dan warnakan ikut suka.
  5. Masukkan ke dalam acuan sesudu-sesudu
  6. Kukus selama 10 minit - 15 minit.
  7. Angkat dan makan panas-panas.


Catatan:
1. panaskan kukusan terlebih dahulu. Pastikan air betul2 panas sebelum adunan dikukus.
2. Bubuh adunan tigasuku acuan untuk mendapatkan mekar yang cantik dan tinggi.

6 ulasan:

  1. salam kak nor,
    mekarrrrnya apam tu!!!..cantiklah kak!!!

    BalasPadam
  2. tak di nafikan apamnya sungguh mekar..cantik dan menawan kalbu..hehe

    BalasPadam
  3. Salam Ayu,

    cantik ke..mekasih atas pujian ayu tu..kembang2 idu. kembang2 hidung akak ni ha dpt pujian..hehehe.. Kalau ayu buat pun mmg macam ni jadinya...

    BalasPadam
  4. salam anymz,
    hidung, telinga akk ni pun dah kembang macam apam ni hehheee..mekasih ya atas komen u tu..rasenya sesapa je buat mmg jadi macam ni..insyaallah..

    BalasPadam
  5. asssalamualaikum kak. nak tanya, kalau takde ovalette, nak ganti dengan apa ye? sini susah la nak cari ovalette yg halal.

    thanks :)

    p/s: i like ur blog. thanks for the recipe. i dapat ur blog dari link from TTM's blog.

    BalasPadam
  6. saya dah buat kenapa apam tak mekar...huhu..frust

    BalasPadam