Selasa, 7 Jun 2011

Asam Pedas Rebus Ikan Patin

Assalamualaikum


Boss umah akak dah sound malam tadi ....dah naik muak makan ikan laut.....ishhhh...bersyukur masih ada ikan nak dimakan.....tapi betul juga boss kata sebab akak pun hampir ditimpa perasaan yang sama . So pagi tadi pergi pasar cari ikan sangkar sungai ..apa lagi Patin la yang banyak kat tempat kami ni..Patin dibela secara komersial di Sungai Pahang...bukan dibiar bebas tapi dikurung dalam sangkar di dalam sungai... sedap patin tidak hanyir dan tidak bau lumpur..akak tak boleh makan patin kolam sebab baunya yang kuat...eksyen la sebab duduk tepi sungai Pahang katakan....okeh selalunya akak masak asam tempoyak tapi hari ni tukar menu lah....masak asam rebus naik macam tu je....sedap tau...tapi dengan syarat asam dan pedasnya mesti terasa baru umphhhhhh...... tengok resepi.




Bahan-bahan :

1 ekor ikan patin
20 ulas cili api hijau dan merah
1 sb cili kering kisar
1 cam kunyit hidup
4 ulas bawang merah
6 keping asam gelugur
3 cam lengkuas
1 batang serai.
6 batang bendir
1 camt garam kasar


Langkah-langkah membuat:

1. Cuci patin dengan merendamnya sekejap di dalam air asam jawa atau limau nipis.
2. Cili api, kunyit hidup dan bawang merah dikisar hancur.
3. Titik serai dan lengkuas.
4. Masukkan ikan, bahan -bahan kisar, serai, lengkuas dan asam keping ke dalam periuk.
5. Masukkan air menutupi permukaan ikan.
6. Masakkan di atas api yang sederhana sehingga menggelegak.
7. Masukkan garam dan renihkan di atas api yang perlahan.
8. Masukkan bendir dan angkat setelah bendir lembut.
9. Hidang bersama nasi putih .




Catatan:

Asam pedas kena pedas dan masam. Jangan takut menggunakan ciliapi tetapi dengan syarat masukkan garam kemudian supaya ciliapi masak elok. Asam keping diperlukan dengan agak banyak...kalau dah terasa masam, pedas dan garam baru terangkat. Masakkan ni kalau bermalam lagi sedap......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan