Rabu, 22 Jun 2011

Otak-otak Tauhu Pok


Assalammualaikum

Salam semua. Baru berkesempatan nak update blog..terimakasih pada semua yang masih menjenguk ke sini walaupun blog ni sepi seminggu dua ni.. Kadang2 memang ada masa menjenguk blog dan merayau2 ke blog2 member tapi tak sempat nak bercerita diblog sendiri.. apapun hari ni akak telah mencuba resepi tahu. Akak jalan2 umah AYU nampak kat dapurnya tu otak2 taufu pok ni. Akak memang penggemar tahu, dari kecik lagi sampai sekarang tak jemu2. Satu sebab , minat sangat nak cuba resepi ni...ikut kata ayu, sumbernya dari Puan Rose. Kepada Puan Rose dan Ayu, terimakasih sharing this resepi. Pada Ayu, akak minta halal sebab copypaste je ni resepi...sebab tak sempat nak mengarang ni...apapun jum tengok resepinya..



Otak -Otak Tauhu Pok
Sources:-From Puan Ros@Sinaranmenu.blogspot.com


Bahan-bahannya
* 15 keping taufu pok(2 Paket)-(Ayu gunakan 1 packet dalam 10 keping)
* 1/2 packet tauhu lembut-(Ayu gunakan 1 tube)
* 200 grm minced chicken(boleh diganti dgn isi udang atau ikan)-(Ayu gantikan dengan isi udang dipotong dadu)
* 1 biji telur
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia-(Ayu gunakan 1 hiris nipis saja)
* 3 keping kecil potongan lengkuas-(Ayu gunakan 1 hiris nipis saja)
* 3 batang serai-(Ayu gunakan 2 batang serai)
* 1 biji cili merah (boleh masuk cili padi)-(Ayu gunakan cili padi dalam 20 biji..hehe)
* beberapa batang daun kesum(Sebanyak mana yg disukai dan ambil daunnya saja)
* Lebih kurang 100 ml santan pekat (P.Ros guna santan kotak)-(Ayu gunakan dalam 3-4 sudu makan)
* Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak masak dan tumis bahan * yang telah dimesin sampai terbit bau dan masukkan santan.Biarkan diatas apa sederhana sehingga mendidih.Masukkan juga garam dan gula secukup rasa .Angkat dan sejukkan.-(Ayu masukkan tauhu lembut, udang dan gaul, dah angkat baru gaul dengan telur)
2- Bila bahan rempah telah sejuk,masukkan tauhu lembut yang telah di lecek halus kedalamnya dan kacau rata.Masukkan pula minced chicken dan telur.kacau hingga semua bahan sebati.
3- Ambil sebiji tauhu dan gunting sedikit bahagian atasnya serta korek keluar sedikit bahagian dalam tauhu.Bahagian dalam tauhu yang bewarna putih boleh dicampur kedalam bahan inti tadi jika mahu.
4- Masukkan bahan inti kedalam lubang tauhu dengan mengunakan sudu kecil.masukkan dalm 2 1/2 ke 3 sudu dan ratakan bahagian atasnya.Letakkan sehelai daun kesum jika suka.
5- Panaskan kukusan dan kukus taufu pok selama lebih kurang 10 ke 15 minit.Angkat dan hidangkan semasa panas.




Selain dikukus, akak goreng tahu ni...boleh tahan juga sedapnya..lebih crispy. Tapi untuk jaga kesihatan eloklah dikukus..tapi ngape versi akak ni tak secantik depa punya...huhuhu...kenalah buat lagi ni...nak bagi cantik supaya sedap mata memandang, bukan sekadar sedap makan...hmmmm cuba ye terutama peminat tahu...memang sedappppp...

6 ulasan:

  1. Assalam kak nor, itu dia
    otak2 tauhu pok dah samapi ke dapur kak nor pula!!!..cantiklah kak nor, macam bunga ..otak2 ni kak!!!..apa yang tak cantiknya ..harap kena dgn selera knor & family ya..thank for trying juga ya kak nor..

    BalasPadam
  2. Kak Nor,
    dah lama mieza mencari resepi ni..suka sgt resepi ni..kat kantin ofis jual RM0.80 sebiji..nak sikit kak nor!!!!!

    BalasPadam
  3. Salam nor.dah habis ke otak2 tauhu tu.Sedapkan.terima kasuh sudi cuba.

    BalasPadam
  4. salam Ayu,

    setakat hari ni akak dah 3 kali buat...ada kukus ada goreng..yg macam bunga tu akak terbalikkan tahu tu sebab bergoreng...kalau ayu yg buat lagilah cantiknya..sama2 thanks ya...

    BalasPadam
  5. salam Mieza,

    buat je mieza, senang sangat lepas tu ubahsuai isinya tu...bayangkan 1 paket besar taufu fok tu boleh beli dgn RM3.50 je...dpt 20 biji lebih puas makan..buat pun senang je...berbaloi

    BalasPadam
  6. salam uan Ros,

    terimakasih kembali...kita mmg suka sangat makan tahu...apa je tahu...terimaksih ya rose . akak suka blog u tu sebab banyak tahu.....

    BalasPadam