Assalamualaikum
Baru-baru ni sempena hari Koperasi Sekolah, kami memanggang ayam untuk jualan . Sambutan ke atas ayam panggang membuat kami kelamkabut..dahlah memanggang atas bara api..huhhhhh..tapi cukup menyeronokkan. Idea nak memanggang ayam ni kawan akak yang bagi YUSHIDA...resepi ayam ni beliau yang beri nama oriental sebab bahan-bahan yang digunakan herba lama dan juga baru...respon dari kekawan amat menggalakkan.. dan ramailah yang meminta resepi .....percuma je...tapi ayam panggang kenalah bayar hihihi....ini kali ke2 akak bakar untuk makan2 sebab bakar pada hari koperasi seketui pun tak merasa...tengok resepi. Sukatannya anggarkan saja.... Akak tak berkesempatan nak tulis sukatan..bila2 free akak update semula...
Bahan-bahan : Ayam , bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dikisar dan dicampurkan dengan rempah ayam dan lada serbuk. Gaul dengan ayam dan bubuh garam, madu ( gula perang), sos tiram, sos lada hitam dan sos barbaque . Perap semalaman. Panggang atas bara api atau bakar dalam oven atau dalam pan. Hidang bersama dengan sos lada hitam.
Untuk sos lada hitamnya itu , masakkan sedikit air hingga mendidih. Masukkan sos lada hitam dan sos barbaque , garam dan masakkan hingga mendidih. Masukkan lada hitam serbuk kasar dan tepung jagung. Masakkan hingga pekat. Rasa garam. Hidangkan dengan ayam panggang dan daun salad. Jangan lupa nasi panas...atau selera anak-anak dah tentu kentang putar..
assalamualaikum kak nor. sy dah lama tak buat ayam berempah mcm ni. tahun ni mcm belum beli ayam lagi kat sabah ni. tunggu balik kg baru beli. kurang yakin sikit nk beli ayam kt sini.
BalasPadamSALAM NUWAIRANI
BalasPadamterimakasih ke sini. kalau dah balik semenanjung bolehlah bakar ayam ye.....