Rabu, 5 Mei 2010
SiLabu
Selasa, 4 Mei 2010
~ Award ~

JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK....
1. Masak Lemak Cili Api
2. Rendang Daging / Ayam
3. Sambal Udang
PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT....
1. Puding Koktel
2. Puding Sagu Bersantan
3. Peach Mirror Puding
JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA....
1. Tat nenas
2. Biskut Makmur
3. Almond London
Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak....
1. Zura ~ Warisan Iskandar Puteri
2. Ina ~ Inahar's Cooking Time
3.Yatie ~ Sinar Kehidupanku
Isnin, 3 Mei 2010
Peach Mirror Pudding
- Campurkan semua bahan-bahan di atas, kacau dan jerangkan. Eloknya tepung custard dibancuh dengan susu dahulu sebelum dicampurkan dalam bahan tersebut untuk mengelakkan bergentel.
- Kacau hingga pekat selama 10 minit.
- Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibilas terlebih dahulu.
- Sejukkan hingga beku dan susun buah peach di atasnya.
Bahan-bahan lapisan atas :
650 ml air + jus peach kalau ada lebih.60 gm gula ( akak guna 30 gm je )25 gm instant jelly ( akak guna 90gm jelly nona-1paket) dan pewarna kuning.
Langkah membuat:
- Masakkan semuanya di atas api hingga mendidih.
- Masukkan perlahan-lahan di atas lapisan bawah dan peach tadi perlahan-lahan.
- Sejukkan di dalam peti.
- Puding ni memang menggunakan sudu bila nak makan.
Selamat mencuba, jelly tu memang tak mengeras macam agar-agar ..macam cermin je ..patutllah dipanggil Peach Mirror Puding..memang sesuai untuk hidangan pengantin.. cantik di pandang , sedap juga...bolehlah dicuba ya...bai2 jumpe lagi !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ahad, 2 Mei 2010
~ Roti Telur Bersalad ~
- Hancurkan telur rebus dengan garpu dan campurkan lada sulah dan garam halus
- sapu sedikit butter ke atas kepingan roti ( kalau tak ade pun ok )
- Susun daun salad atas roti
- Bubuh telur hancur tadi dan ratakan.
- Susun kepingan timun dan karrot atas sekali.
- Letak mayonis dan sos cili .
- Tutup dengan roti semula .
- Sedia untuk dimakan.
Rabu, 28 April 2010
Singgang Tenggiri
~ Singgang ~
- Bersihkan ikan dan masukkan ke dalam periuk. Bubuh air menutupi ikan tadi.
- Masukkan bawang2 yang telah dihiris
- Masukkan juge lada merah yang dibelah 2, kepingan lengkuas, serai yang dititik dan asam keping.
- Jerangkan periuk di atas api dengan api yang perlahan. Biarkan ia menggelegak.
- Tambah geram dan biarkan sebentar sehingga rasa garam, asam dan pedas sekata..
- Angkat hidang panas-panas.
Nota :Lengkuas memainkan peranan utama dalam masakan singgang...bau dan rasanya ada kelainan..cubalah ya..
Selasa, 27 April 2010
Award ~ Tulip ~ E-na Zarina @ LOVELY KITCHEN

Isnin, 26 April 2010
Award ~Mawar Merah~
Kalaulah dapat sejambak depan mata macam ni mesti akak senyum 24 jam melayan perasaan..terbau-bau dek akak keharuman mawar merah ni..aduhai AZATIE terimakasih atas kesudian memberi sejambak ros yang harum semerbak ni..lewat sikit nak kongsi dengan kalian semua.. simpan lama juga dalam gobok akak tu baru nak tayang kat sini ..Terimakasih ya dik atas ingatan ikhlas ni...lainkali bagi lagi ya..sesiapa yang nak kenal Azatie ni sila belayar ke sini ok ...http://azatiesayang.blogspot.com/ boleh pi tengok kuih lapis coklatnya tu.....bilalah nak buat ni atie oii ....terasa2 dah kat tekak ni..hehehe...oklah jumpe lagi bye..bye...muahhhhJumaat, 23 April 2010
Pai Ayam
- Potong dadu butter.
- Masukkan ke dalam tepung yang telah ditambah garam
- Potong2 butter dalam tepung biar bersalut elok.
- Guna hujung jari untuk membuat serbuk roti.
- Masukkan airbatu dan gaul menjadi doh.
- Simpan dalam peti sejuk sementara membuat inti pai.
Bahan inti :
500 gm isi ayam dadu, 1 cawan bawang besar dadu, 2 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar lada hitam, 1 sudu teh garam halus, 1 sudu teh serbuk basil dan 1 sb butter untuk menumis.
Langkah membuat :
- Cairkan butter dan tumis bawang hingga wangi.
- Masukkan ayam dan biarkan sebentar.
- Masukkan pula kacang peas, lada hitam dan garam.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum dan garam.
- Angkat dan sejukkan.
Langkah membuat pai ayam:
- Torak kulit pai setebal 1 cm.
- Tekap dengan acuan foil . 2 keping. 1 untuk dasar acuan dan 1 lagi untuk penutup acuan.
- Letakkan sekeping kulit pai dalam acuan dan isi inti pai.
- Tutup semula dengan sekeping kulit pai. Sapu kuning telur.
- Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 C.
- Setelah berbau wangi dan kuning keemasan , angkat.
- Siap untuk dimakan..panas2 lagilah sedap....
Selasa, 20 April 2010
nestum & oat cookies
Konsep biskut ni macam buat choclate chips tapi c.chips dah licin kena makan dek anak tembam tu.tak yahlah bubuh..sedap juga..
Nestum & Oat Cookies
BAHAN A
250gm butter
100gm marjerin
250gm gula perang
BAHAN B
2 telur
2 sb coklat emulco
1 sb esen vanilla
BAHAN C
175gm oat
230gm nestum
400gm tepung gandum
1 st baking powder
Langkah-langkah membuat:
- Putar bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan A dan putar sekejap - Masukkan pula bahan C dan gaul dengan rata.
- Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar.
- Bakar dengan suhu 180 C selama 15 minit – 20 minit.
Nota:
- Panaskan oven 15 minit sebelum membakar biskut.
- Alas dulang pembakar dengan kertas surih untuk warna cookies sekata
- Guna butter atau marjerin sepenuhnya pun tak ape..
Ahad, 18 April 2010
muffin
~ SALAM SEMUA ~
BANANA CHOC MUFFIN
- Masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar. Tekan pengisar 2 kali je dah sebati.
- Masukkan semua bahan B pula dan tekan pengisar 2 kali . Siap untuk dimasukkan ke dalam acuan muffin
- Sudukan adunan 3/4 ke dalam acuan muffin . Tabur dengan choc chip / choc rice untuk hiasan
- Bakar dengan suhu 180 selama 20 minit.
- Cucuk dengan lidi dan pastikan lidi itu bersih menandakan cukup masak.
Rabu, 7 April 2010
Pai Kentang
- Cairkan marjerin dan tumis bawang2 hinggga wangi.
Masukkan ayam , karrot dan masakkan. - Masukkan tomato, garam dan lada hitam. Kacau dan angkat
Rebus kentang dengan garam.
Lenyek dengan butter dan susu segar. - Ambil separuh dari kentang lenyek dan ratakan dalam acuan.
- Masukkan inti ayam tadi di atasnya dan tutup semula dengan lebihan kentang.
- Tabur serbuk basil dan keju parut.
- Bakar denga suhu 180 selama 35 minit.
- Setelah masak, hidangkan bersama dengan sos cili.
Nota: Semua bahan untuk isi pai dipotong dadu.
Isnin, 22 Mac 2010
Masak lemak cili api Ikan & tomato
Bahan-bahan :
1 ekor ikan lemuduk ( ikan apa2 je asalkan ikan berisi)
15 - 20 biji cili api
2 cm kunyit hidup
1 biji kelapa masak
2 keping asam keping
3 biji buah tomato
1 camt garam
langkah-langkah membuat:
- Ikan dicuci bersih dan dipotong.
- Tumbuk kunyit sampai lumat, masukkan cili api sedikit2 dan tumbuk lagi sampai hancur
- Gaulkan cili tumbuk dan asam keping dengan ikan tadi.
- Bubuh air sedikit2 ke dalam kelapa parut dan ramas. Santan jadi pekat. Tapiskan.
- Masukkan santan pekat ke dalam ikan tadi.
- Jerang atas api yang besar hingga menggelegak.
- Kacau sekejap dan kecilkan api.
- Potong tomato kepada 4 bahagian dan bubuh ke dalam gulai ikan tadi.
- Masakkan dengan api perlahan.
- Rasa garam dan asam .
- Angkat gulai dan hidangkan dengan nasi putih.
Rabu, 17 Mac 2010
Ikan Patin Sungai Pahang
- Basuh ikan patin dengan asam jawa bersih-bersih dan toskan (potong)
- tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai lumat.
- gaulkan dengan ikan patin tadi bersama dengan tompayak masam hingga rata
- perap selama 1 jam atau lebih lagi sedap.
- masukkan timun taun yang telah dibuang kulit dan dipotong
- Masukkan air sehingga menutupi ikan patin.
- Masakkan di atas api besar dulu. menggelegak kacau sekejap.
- Perlahankan api , biarkan gulai merenih perlahan dan bubuh garam dan daun kesum
- Masakkan ikan hingga terasa asam dan garamnya.
- Hidangkan bersama nasi putih dan sayur kangkung .
- gulai mesti pedas dan masam. jangan takut bubuh lada api kerana gulai dimasak dengan cara api perlahan. Ini menyebabkan lada dimasak dengan cukup.Walaupun pedas tidak sakit perut.
- Jangan dikacau selalu menyebabkan ikan hancur. kacau sekali sekala saja apabila gulai mulai menggelegak.Kemudian perlahankan api sehingga masak.
- Lada dan kunyit ditumbuk lebih sedap.
Selasa, 16 Mac 2010
Award dari ~ INAHAR'S COOKING TIME! ~
Isnin, 15 Mac 2010
talapia kukus air asam
Ikan dilumur dengan garam dan bawang putih cincang. Kukus 5 minit (separuh masak)
1. Ikan dicuci dengan air asam. Dilumur dengan garam halus bawang putih yang dicincang.
2. Kukus ikan separuh masak lebih kurang 5 minit dahulu.
3. Sementara kukus ikan , campurkan air asam jawa, cili api yang diracik halus dan bawang besar yang dipotong bulat2.
4. Masakkan air asam ini dan campurkan garam dan gula. Angkat.
5. Curahkan ke atas ikan tadi dan kukus sekejap selama 5 minit lagi .
6. Angkat dan hidangkan panas2.
Khamis, 11 Mac 2010
tom yam ! Tom Yam!
l
Rabu, 10 Mac 2010
~ Sayur Campur Segera ~
- 8 kuntum bunga kobis
- 1 batang lobak merah
- 7 batang sayur peas
- 2 batang lada merah
- 8 ekor udang basah
- 5 ulas bawang putih
- sedikit kiub ayam 'knorr'
- 1 sudu besaar minyak sayur.
- 1 camt serbuk lada sulah/lada putih
Langkah -langkah membuat :
- Bersihkan udang dan sayur2an. Sayur tidak perlu potong kecil..Lobak potong memanjang.
- Cincang bawang putih .
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang yang telah digaul dengan lada sulah. Goreng udang separuh masak. Masukkan perasa ayam dan garam.
- Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Biarkan sebentar. Masukkan sedikit air.
- Masukkan pula sayur peas .
- Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sikit. Masukkan lada sulah dan angkat .
- Siappppp..jum makannnnnn....
Petua Ikan Rangup....krip..krip...
panaskan minyak banyak dan goreng seperti dalam gambar..semasa proses menggoreng tak perlu asyik nak terbalikkan ikan tu..nanti hancur isi2 ikan tu...
Selepas ikan masak elok, angkat dan curahkan sos yang telah dimasak. Sambil goreng ikan kita masaklah sos ikan ni. Sos ikan ni bergantung kepada kitalah apa2 versi pun boleh...Masa hidang taburkan bawang goreng sikit dan makan panas2 ...kejap je ikan dah tinggal kepalaaaa....Kalau nak cuba resepi sos yang dalam gambar atas ni silakan..simple je guna bahan yang ada ..Warna sos di atas ni merahnya sebab guna sos tomato dan sos cili gamaknya ..rasanya masam2 sedikit..
Bahan-bahan Sos
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 tangkai cili kering
2 sudu besar sos tomato - 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos plum ( tak de pun tak pe)
- 1 camt garam halus
- 1 camt gula
- 2 sudu besar minyak
Langkah-langkah membuatnya:
- Bawang merah dan bawang putih dikisar.
- Lada kering direbus dan dikisar.
- Panaskan minyak. Tumis bawang kisar hingga wangi.
- Masukkan lada kering kisar. Masakan hinggan terbit minyak.
- Masukkan sos tomato, sos cili dan sos plum.
- Masukkan sedikit air dan masakkan 1 minit.
- Masukkan garam dan gula.
- Biarkan sos masak sebentar.
- Angkat dan curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi.
Isnin, 8 Mac 2010
Salam pada semua pengunjung yang sangat dialu-alukan kerana sudi datang ke sini dan berkongsi dengan kita...hari ini goreng ayam crunchy...senang untuk dibuat dan memang menjadi kegemaran semua ..tak kira lapisan .resepi ini diambil dari buku resepi yang dihimpun dari kelas katering aliran vokasional..maknanya telah diuji keberkesannya. Untuk mengesahkannya akak masak ayam goreng ini ..memang crunchy..rangup dan tidak berminyak.....layannnnn...
· 1 ekor ayam di potong 14
· 2 batang serai
· 5 ulas bawang putih
· 8 ulas bawang merah
· 1 sudubesar cili serbuk
· 2 cawan tepung gandum
· 3 biji telur ayam
· 2 sudubesar susu UHT (kotak)
· 2 cawan serbuk roti / nestum
· Minyak untuk menggoreng
Langkah – langkah :
1. Serai, bawang putih,bawang merah dimesin hancur. Campurkan dengan cili serbuk.
2. Gaulkan bahan di atas dengan ayam tadi. Perap selama 30 minit.
3. Toskan ayam dan masukkan tepung ke dalam beg plastic . Campurkan ayam ke dalam tepung dan goncangkan hingga ayam bersalut dengan tepung.
4.Pukul telur dengan susu UHT, masukkan garam.
5. Masukkan ayam ke dalam bancuhan susu ini dan golekkan didalam nestum atau serbuk roti. Pastikan ayam bersalut elok.
6. Goreng ayam dalam minyak yang panas. Goreng hingga keemasan.
7. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.
Kalau dah masak tu, masa makan tu ingat2lah akak ni....hihihiikk..tak dapat makan dapat ingatan jadilaa...bye jumpe lagi ...
Ahad, 7 Mac 2010
sumbat tahu sumbat !!!
Entry hari ini sambungan kepada sos pedas sebelum ni..Sos ini biasa dimakan dengan tahu sumbat atau apa2 je yang kita teringin.. Tahu sumbat sangat sinonim dengan keluarga kami . Dari kecik hingga tua tahu menjadi kegemaran....Tahu ialah sumber protein tumbuhan yang boleh menggantikan protein haiwan. Rasanya tak perlulah letak resepi... semua orang tahu nak menyediakan tahu sumbat ni......
Sos di atas resepi ada di bawah ya. Jangan lupa cuba okeh....selamat makan tahu sumbat !!!!

