Isnin, 9 Mei 2011

TALAM UBI * MAK





Selamat menyambut hari ibu...kepada ibu-ibu yang rajin mencuba kuih-kuih tradisi kita apa kata kita mencuba pulak kuih talam ubi..Kalau akak buat talam ubi , akak selalu guna versi mak akak punye..kuih mentalamnya memang best yang amat pada akak. Kuihnya lembut dan liat-liat sikit..atasnya pulak lembut dengan rase santan.. Kalau akak buat, selalunya mesti telepon mak dulu ...setiap kali nak buat telepon...sebab sukatannya main agak-agak je.. rasa-rasanya sukatan di bawah ni boleh dijadikan panduan..kuih ni akak buat dah lama jugak tak sempat nak share ...okeh kita layan di bawah ni....




BAHAN-BAHAN:

TALAM UBI

Bahan A – bahagian bawah

1 mangkuk ubi kayu parut

¾ mangkuk gula merah

½ mangkuk gula pasir

11/2 mangkuk air


Bahan B – bahagian atas

I mangkuk santan pekat

4 sudu besar tepung gandum

1 st garam halus


Langkah-langkah membuat:

1. Ubi yang telah diparut ditapiskan. Buang airnya dan ambil pati ubi yang tinggal.

2. Masakkan gula pasir dan gula merah hingga cair dan sejukkan.

2.Tapiskan ke dalam ubi yang telah ditoskan airnya tadi.

4. Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.

5. Kukus sehingga masak. Ubi yang telah dimasak, rupanya bertukar menjadi jernih.

6. untuk bahagian atasnya pula, campurkan santan, tepung dan garam. Kacau sebati.

7. Tapiskan ke atas ubi yang telah dikukus tadi. Gores permukaan ubi dengan garfu dahulu.

8. Kukuskan sehingga baahgian atasnya masak. Angkat dan sejukkan.



Prinsip memasak akak selagi tak jadi, selagi itulah mesti dicuba walaupun berulang kali... kalau dah berkali2 buat kita akan dapat kesan kesilapan dan kekurangnya di mana-mana.....okeh selamat mencubaa........




















4 ulasan:

  1. sedap nyer...tertelan air liur kak nengok talam ubi nih!

    BalasPadam
  2. cantek talam ubi ni...
    mcm org dolu2 buat

    BalasPadam
  3. salam perkenalan.... sangat teruja dgn kuih talam ubi yg akak buat ni...satu hari nanti akan cuba buat.... moga nanti dpt berkongsi idea dalm masak memasak.... kalau sudi jemput ke blog sy yang masih mentah... jumeezaila.blogspot.com

    BalasPadam
  4. salam teratai...

    memag betull..inilah kuih yg peberet dan sedap..

    salamcuteoven,

    betul ...resepi mak akak ni...sbb tu kalau nak makan talam ubi..kena buat sendiri..

    salam jumee,
    t.ksh sudi ke blog akakni...insyaallah kerap2 dtgsini ya boleh kongsi2..

    BalasPadam