Rabu, 1 Jun 2011

LASAGNA

LASAGNA


Assalamualaikum dan salam bahagia....lega yang amat akak dapat meneruskan blog masak ni...hampir 1 minggu akak mati akal sebab blog tak boleh nak masuk ke dashboard....ngeri akak bayangkan blog ni akan lingkup ...apalagi akak pun guna tali hayat ke talian kawan akak SHAS /blogger antik ( Perak )...Shas bagi tip supaya tukar address blog dari Yahoo kepada Gmail... Hari ni dari pagi sampai petang akak try & error...siksanya sebab akak ni memang cetek bebenor tentang dunia IT ni..tapi syukurlah akhirnya berjaya juga tukarkannya...terimakasih Shas dan juga AZLINA (blogger deco) tempat akak buat rujukan.... walau apapun...akak masih cemas kiranya lepas ni blog buat hal lagi... Okeh nak kongsi Lasagna yang akak buat minggu lepas ni...pernah buat lasagna sebelum ni tapi resepi yang ini simple dan murah belanjanya ..... kepada yang minat makan lasagna boleh cuba resepi ni...kena rajin sikit...terimakasih pada UMMI . Ummi akak copypaste je resepi tu...asalnya dari Za Jurnal Rasa.. terimakasih kepada kalian...adalah akak ubah sikit..contoh kuantiti daging tu dilebihkan untuk lebih sedap ....jum layan resepi di bawah......



Bahan-bahan:-
5-7 keping lasagna (akak guna jenama San Remo) ( Akak guna 11/2 kotak )
Bahan Sos tomato:-
  • 2 ulas bawang putih-ketuk
  • 1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
  • 4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu
  • 100 gram tomato puree ( Lebihkan )
  • 200 gram daging cincang ( Akak tambah hingga 500 gram )
  • ½ biji lobak merah-disagat halus
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sudu teh italian herbs
  • ½ sudu besar garam
    1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula ( tak guna)

Bahan Sos Putih:-

  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit serbuk lada hitam

Untuk topping:-

  • Keju mozzarella secukupnya
Cara-cara:-

Untuk sos tomato:-
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.
  2. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.
  3. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.

Untuk sos putih:-

  1. Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.
  2. Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.

Cara menyediakan:-

  1. Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
  2. Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
  3. Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
  4. Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.

Catatan: Lebih baik direbus dahulu lasagna separuh masak untuk memudahkan pembakaran . Semasa merebus , masukkan minyak untuk mengelakkan melekat.


Lasagna sebelum dibakar....

Jumaat, 20 Mei 2011

SAYUR CAMPUR TAHU JEPUN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sayur campur tahu jepun

Bercerita topik sayur, memang kurang diminati bukan sahaja kanak-kanak bahkan orang dewasa pun tak minat nak sayur sbb dah terbiasa dari kecil tak makan. Dalam rumah akak penggemar sayur hanya boss kat umah ni..memang makan sayur berdaun pagi petang..yg pasti RM1 sayur hijau pagi sekali, petang sekali...alahai akak ni sampai naik jemu masak sayur berdaun sebab boss besar tak makan sayur lain kecuali berdaun hijau... tapi selera akak ni nak juge la berubah rase..maka pagi tadi akak pun masak lah sayur campur sotong dan tahu jepun ni..boleh tahan rasenya dan tak sangka anakku sidebab tu makan dengan penuh semangat semua isi sayur tu ...agaknya menarik dimatanya...tapi sayur kangkung tetap kugoreng untuk bossku itu....sebab sayur campur ni memang tak dimakannya pun...dipandang mata saja...... Untuk makluman tahu jepun memang sedap ..... i likeeeee... anak akak makan sebab akak cakap itu ialah isi ayam...terpaksalah bohong sunat untuk kebaikannya...hihihi...ada ke bohong sunat??




Bahan-bahan:

6 kuntum brokoli
6 batang baby carrot
6 keping kacang peas
3 ekor sotong
2 batang tahu Jepun
4 ulas bawang putih
2 sb minyak masak
1 sb lada ulah
1 st garam halus

langkah-langkah membuat:

1. Cuci dan toskan semua sayuran dan juga sotong. Potong mengikut kesukaan sendiri.
2. Panaskan minyak banyak dan goreng tahu jepun dahulu. Setelah agak garing angkat. Toskan.
3. Panaskan minyak sedikit dan tumiskan bawang putih hingga naik baunya.
4. Masukkan carrot tadi sebentar dan diikuti dengan sotong. Masakkan sekejap.
5. Masukkan brokoli dan kacang peas. Goreng sebentar dan tambah tahu jepun .
6. Bubuh garam halus dan kacau rata. Taburkan lada sulah. Goreng rata dan angkat. Hidangkan.


Selamat mencuba....sotong boleh diganti dengan udang ....sedappppp...

Selasa, 17 Mei 2011

RED VELVET CAKE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Red Velvet Cake



Hari ini cuti lagi....wesak. Akak sempat balik kg yg jauhnya 2jam perjalanan dari rumah akak ni...balik hari je..maknanya hari ni dari sarapan, makan tengahari dan malam ada tukang masak yang kena masak untuk kami..apa lagi tukang masak berbayar laaa...kat kedai makan...kalau nak masak sendiri alamat tak bergeraklah dari rumah....kenalah berkorban demi untuk balik kg halaman yang tak pernah dilupai.....Malam ni bolehlah akak share red velvet yang dibuat pada hari Khamis lepas. Ada tetamu sebenarnya bertandang ustazah2 dari Institut Tahfiz tempat anak akak belajar mengaji tu.. Apa lagi akak pun trylah kek velvet ni untuk pertama kalinya...selepas boleh dikatakan hampir semua bloggers dah cuba kek velvet ni... Kek velvet ni akak dah dapat infonya sejak tahun lepas lagi dari kawan akak MAMA VOQUE blogger yang jauh di selatan yang sekarang menyepi diri dari berblogging. Dan resepi yang akak buat ni ambil dari blog YATIE - Sinar Kehidupan. Resepi asal dari K.Zai. Apapun terimakasih kepada semua yang mencetuskan idea dan semangat untuk akak mencuba resepi ni termasuk rakan sejawat akak di tempat kerja...okeh jum layan ya.....




Bahan-Bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko Vochelle ( akak guna koko biasa)
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright - (akak guna 1 1/2 sudu makan je)
  • 1 cawan buttermilk - (kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh)
  • 1 sudu teh garam- (x letak)
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
  • 1 sudu makan cuka makan
CARA-CARA:
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  7. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
  • 500gram blueberry filling - (akak x letak)
KRIM:
  • 250 gram krim keju Phillidephia
  • 1/2 cawan krim putar
  • akak tambah sedikit gula icing
Caranya
  1. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
  2. *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Toping - Akak guna toping Strawberry yang dah siap untuk permukaan kek.

Isnin, 16 Mei 2011

KUIH LOPES ASLI..

Lopes

Assalamualaikum dan selamat Hari Guru.....Akak nak tayang kuih lopes ni dari minggu lepas tapi terbantut kejap...ni kongsi kuih lopes yang dibuat oleh orang-orang dulu...Sebenarnya akak buat ni belajar dengan boss akak yang pernah ajar cara nak buat nasi beriani kambing dulu.. beliau telah sudi mengajar cara-cara nak bungkus kuih lopes dengan daun pisang dan rasa kenyal pulut tu berbeza dengan lopes yang ditanak semata...okeh kita tengok gambar di bawah ini dulu...kalau ada kesempatan akak nak upload video yang diambik semasa membungkus lopes tu...nampak je mudah tapi berpeluh jugelah nak membalut pulut dengan daun pisang ni.....jum tengok...hmmmmm..sedap u...



Lopes bentuk ketupat

Batang lopes

Pulut yang cukup kembang ..


Bahan-bahan :

1 kilo Pulut
Air daun pandan
1 st kapur makan
10 helai daun pisang lebar
10 utas tali plastik
1 keping gula melaka
3 sb gula pasir
1 kelapa parut muda
1 st garam halus


Langkah-langkah membuat:

1. Rendam pulut selama 1 jam dengan air daun pandan. Masakkan dengan sedikit air daun pandan separuh masak. Biarkan sejuk sebentar.
2. Layur daun pisang dan bentangkan daun pisang dan bubuh pulut di atasnya dan gulung sekiranya hendak membuat batang lopes. Untuk bentuk tiga segi bungkus macam ketupat palas.
3. Ikat kemas bungkusan daun pisang ini dan rebus semula di dalam air yang banyak sehingga pulut betul-betul kembang dan tidak berbiji .
4. Masakkan air gula kabung dan gula pasir dengan daun pandan dan sejukkan.
5. Setelah pulut masak buka balutan daun pisang dan gaul dengan kelapa yang telah dibubuh garam.
6. Hidangkan bersama dengan air gula melaka tadi.


Selamat mencuba kuih melayu lama ini......

Isnin, 9 Mei 2011

TALAM UBI * MAK





Selamat menyambut hari ibu...kepada ibu-ibu yang rajin mencuba kuih-kuih tradisi kita apa kata kita mencuba pulak kuih talam ubi..Kalau akak buat talam ubi , akak selalu guna versi mak akak punye..kuih mentalamnya memang best yang amat pada akak. Kuihnya lembut dan liat-liat sikit..atasnya pulak lembut dengan rase santan.. Kalau akak buat, selalunya mesti telepon mak dulu ...setiap kali nak buat telepon...sebab sukatannya main agak-agak je.. rasa-rasanya sukatan di bawah ni boleh dijadikan panduan..kuih ni akak buat dah lama jugak tak sempat nak share ...okeh kita layan di bawah ni....




BAHAN-BAHAN:

TALAM UBI

Bahan A – bahagian bawah

1 mangkuk ubi kayu parut

¾ mangkuk gula merah

½ mangkuk gula pasir

11/2 mangkuk air


Bahan B – bahagian atas

I mangkuk santan pekat

4 sudu besar tepung gandum

1 st garam halus


Langkah-langkah membuat:

1. Ubi yang telah diparut ditapiskan. Buang airnya dan ambil pati ubi yang tinggal.

2. Masakkan gula pasir dan gula merah hingga cair dan sejukkan.

2.Tapiskan ke dalam ubi yang telah ditoskan airnya tadi.

4. Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.

5. Kukus sehingga masak. Ubi yang telah dimasak, rupanya bertukar menjadi jernih.

6. untuk bahagian atasnya pula, campurkan santan, tepung dan garam. Kacau sebati.

7. Tapiskan ke atas ubi yang telah dikukus tadi. Gores permukaan ubi dengan garfu dahulu.

8. Kukuskan sehingga baahgian atasnya masak. Angkat dan sejukkan.



Prinsip memasak akak selagi tak jadi, selagi itulah mesti dicuba walaupun berulang kali... kalau dah berkali2 buat kita akan dapat kesan kesilapan dan kekurangnya di mana-mana.....okeh selamat mencubaa........




















Ahad, 24 April 2011

Mixed Fruits Pastry Cakes



Strawberry lagi ..nak menghabiskan stok strawberry CH. Betul kata Mat Gebu, CH punya strawberry memang masam...akak beli banyaklah jugak..tamak punya pasalkan..hehehe..Dalam pada tu nak habiskanya, akak terjumpa resepi ni kat blog nasi lemak lover yang sangat menarik dengan masakkanya yang lain dari kebiasaan...bagi akak la .. Betul kata beliau, kek ni tidak berlemak sangat dan tidak muak dimakan...cubalah ya.buahan2 tu bubuh je apa yang rase teringin...okh layan ...




..Sebelum dibakar..




Bahan-bahan :


200 gram butter

300 gram gula castor

100 gram sour cream / yogurt

6 telur ayam

1 tbsp lemon zest

400 gram tepung kek

2 tsp baking powder

Buah-buahan campur - strawberry, peach.kiwi dan sebagainya.




Langkah-lngkah membuat:


1. Panaskan oven 180 C

2. Gris peti tin yang dialas dengan kertas kek dengan butter.

3. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berkrm.

4. Masukkan yogurt atau sour cream ( akak guna natural yogurt)

5. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.

6. Kaup dan balikkan tepung kek ke dalam adunan.

7. Masukkan adunan ke dalam peti tin dan ratakan permukaannya.

8. Susun buah-buahan tadi d atas permukaannya dan jangan tekan buah ke dalam adunan.

9. Bakar selama 30-40 minit ke atas dan cucuk di tengah kek untuk memastikan kek masak.

10. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

11. Setelah sejuk, tabur gula icing di atas permukaan buah-buahan sekiranya telah sejuk.





Selepas dibakar...




Terimakasih pada SONIA ....tuan punye Nasi Lemak Lover

Selamat Mencuba........



Khamis, 21 April 2011

HESHEY'S "perfectly choclote" Cupcakes

Assalamualaikum Salam Sejahtera





Salam pagi jumaat....moga kita ceria hingga ke petang... malam semalam akak buat cake ni atas permintaan anak akak nak bawak pegi ke sekolah. Ni resepi akak ambik kat umah UMMI . Pernah akak buat sekali tahun lepas...lepas tu hilang resepi. Skodeng balik blog Ummi.. jumpa balik. Ikut kata Ummi sumbernya dari Mamafami. Terimakasih pada blogger yang famous ni..kek ni memang sedap sebab melekat2 rasa koko. Kek ni basah2...mungkin teknik membuatnya lain sikit dari kek2 coklat lain...cuba tengok resepi di bawah. Kek ni cepat dibuat cepat dimasak......jum layan...






Bahan-bahan :



2 cawan gula castor

13/4 cawan tepung serbaguna

3/4 serbuk koko

11/2 st baking powder
12/2 st soda bikarbonat

1 st garam halus

2 telur ayam A

1 cawan susu segar ( ganti dengan susu coklat )

1/2 cawan minyak sayur

2 st vanilla

1 cawan air panas


Langkah-langkah membuat:

1. Panaskan oven 180 C
2. Campurkan tepung, koko, baking powder, soda dan garam. Ayak.
3. Masukkan telur, minyak dan susu . Putar dengan pemutar elektrik selama 2m
4. Masukkan air panas tadi dan putar lagi sekejap.
5. Masukkan adunan ke dlam acuan tin atau cupcakes. Hias dengan cklat rice.
7. Bakar selama 25-30 minit. Cucuk tengah kek untuk memastikan kek masak.





selamat memasak..........

Rabu, 13 April 2011

TAT STRAWBERRY

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Tatlet Strawberry



Kita tengok tat strawberry ni....shell yang sama digunakan untuk cheese tat sebelum ni. Rujuk resepi di bawah ya...Okeh untuk filling ni akak guna resepi dari sebuah resepi dari sebuah buku resepi Chef ..terlupa pulak namanya ...bukunya tu tak ada masa akak menaip ni..Tapi resepinya masih ingat lagi ni..jum tengok.




Resepi filling tat: ( Sumber: Chef Jimmy Chang )


Bahan-bahan:


400ml Susu penuh krim

4 biji kuning telur

80 gram icing sugar

2 sb tepung jagung ( Tambah sendiri )

2 sm vanilla


Langkah-langkah :


1. Panaskan susu dengan vanilla dengan api perlahan sehingga mendidih. Padamkan api dan tutup periuk 2-3 minit.

2. Pukul kuning telur dan gula icing dalam mangkuk hingga lembut berkrim.

3. Masak susu vanilla hingga mendidih sekali lagi. Tuangkan separuh ke dalam campuran telur tadi dan pukul hingga sebati. Tuangkan baki susu vanilla dan kacau sekata.

4.Panaskan adunan semula di atas api.Kacau dengan senduk kayu selama 1-2 minit dan keluarkan dari api. Jangan didihkan adunan .

5. Tapi adunan ke dalam mangkuk besi yang bersih. Sejukkan mangkuk di dalam mangkuk besar berisi ais. Gaul adunan hingga suhu itu. Sos ini semakin pekat. Untuk tambahkan perasa, masukkan isi durian atau lain-lain. Tahan selama 2 hari.



Hasil respon dari kekawan yang makan , filling ni memang sedap..bolehlah dicuba ya..selamat mencuba. Buah strawberry ni dibeli masa akak pegi Cameron Highland dulu..tak tau lah orang lain , bagi akak strawberry Cameron ni masam...ngape ek..tapi kalau dimakan macam ni oklah..makan saja2 je..nak abiskan sebiji pun aduhai....ok jumpa lagi ..wassalam.

Ahad, 10 April 2011

Blueberry Cheese Tat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blueberry Cheese Tat


Malam ni akak nak share tat yang dibikin 2-3 hari lepas..alkisah kawan sekerja akak mengidam nak makan cheese tat selepas tengok iklannya dalam katalog tupperware yang akak bagi....bukan tupperware yg dia nak..tapi cheese tat dlm tupperware tu yang dia teringin sangat..almaklum berbadan dua dan tunggu masa je lagi. Atas sebab tu lah akak gagahkan diri ni buat tat yang telah sekian lama tak diuli ni...Ada jugalah kawan lain yang menempah sama...banyaklah sikit adunan tat ni yang jadi ...akak pun tumpang sekaki. Kalau tidak , lambat lagilah gamaknya cheese tat ni masuk dalam oven kat umah akak ni..Sesiapa yang pernah buat tahulah nampak macam senang tapi leceh beb...kalau tak caya cuba buat sendiri tapi berbaloi2 sebab tak boleh disangkal, cheese tat memang sodapp...resepi yang akak guna ni dari dulu lagi, akak dapat dari Mak Lang Azie yang aktif buat kelas baking tu..sumber asal dari Alex Goh..memang sodapppppp....nyum....nyum...terasa2 kat tekak ni....jum layan resepi di bawah...




Bahan-bahan Sweet Pastry

Bahan A
200 gram butter
100 gram icing
1/4 st esen vanilla

Bahan B
Telur 1 biji

Bahan C
420 gram tepung gandum
1 sb susu tepung

Langkah membuatnya:

1. Putar bahan A hingga berkrim. Masukkan Bahan B, putar sebati. Masukkan Bahan C dan gaul sebati. Keluarkan doh ini dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk 1 jam.

2. Keluarkan doh pastri, gelek dan tekap dengan acuan tat. Masukkan ke dalam acuan tin dan bakar selama 20 minit dengan suhu 170 C. Pastikan letak 1/2 inci dari bawah ketuhar untuk mendapatkan pastri yang rangup.

3. Sudah masak , keluarkan dan sejukkan di atas redai.




Filling Tat

Bahan A
250 gram cheese cream
50 gram gula castor
25 gram mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 gram Whipping Cream ( ganti Full cream milk)

Bahan D
20 gram tepung gandum
Blueberry filling

Langkah membuat:

1. Putar bahan A hingga licin dan gebu. masukkan B. Tambah bbahan C dan putar lagi. Akhirnya masukkan bahan D.

2. Masukkan filling ini di dalam sarung dan pancitkan ke dalam mangkuk tat yang telah sejuk tadi. Hias dengan filling blueberry dan bakar semula selam 15-20 minit dengan suhu 170 C. Setelah masak angkat dan sejukkan di atas redai.



Siap untuk di makan. Walaupun cerewet untuk menghasilkan tat ini tetapi berbaloi masa memakannya.. Pastikan cheese cream berada di dalam suhu bilik sebelum memutarnya untuk mendapatkan hasil filling yang cantik..kepada kawan2 akak yang menempah Kham dan Fazy harap kalian puas hati ya..dan terimakasih....untuk makluman tat yang telah dibakar terlupa pulak nak dirakam..pic2 di atas semuanya sedang tunggu giliran nak masuk oven....dah siap bakar lebih kurang je ghupenya tu...okeh lah kita jumpa lagi...bai..bai...

Isnin, 4 April 2011

CLASSIC CUP CAKES

Assaamualaikum dan Salam Sejahtera




Classic Cupcakes



Classic cup cakes ni memang boleh dicuba sebab rasanya memang sedap...lembap dan lembut. Akak jumpa kat blog AYU ( Singapura ). Ayu , terimakasih ya sharing this receipe...akak selalu skodeng blog dia ni..macam2 kek ada..menarik ...cuba tgk sini..AYU . Okeh, layan je resepi di bawah ni...





Bahan-bahan:



170 gram butter

2 cawan gula castor ( 11/2 cwn kalau tak nak manis)

3 telur A

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar baking soda

85 gram serbuk koko 1

1/2 cawan susu segar

2 sudu teh vanilla



Langkah-langkah membuat :



    1.Pukul butter hingga lembut dan licin.


    2.Masukkan gula dan putar lagi hingga berkrim.


    3.Masukkan telur sebiji2 dan putar lagi hingga kembang.


    4.Tepung, koko dan soda bikarbionat di tapis .


    5.Masukkan tepung 1/3 dari bahan tepung ke dalam adunan butter dan pukul. 6.Masukkan 1/2 dari susu segar tadi dan pukul sebati.


    7.Ulang sampai habis bergilir-gilir bahan basah dan kering.Akhir sekali tepung.


    8.Sendukkan ke dalam cupcakes 3/4 penuh.


    9.Bakar dengan suhu 170 selama 25-30 minit.


    Selamat mencuba......







    Rabu, 30 Mac 2011

    Apam Yoghurt

    ~ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ~






    salam semua...hari ni Apam Yoghurt..kebetulan ternampak di easybakes. Tuannya Yat pada Yat terimakasih atas sharing resepi ni...Yoghurt memang dah ada dalam peti lebih dari seminggu..eloklah digodek sebelum tarikh luput..hasilnya macam ni lah.. Apam ni memang gebuss macam dlm gambar..hanya manis sikit. Kalau tak suka manis eloklah kurangkan gula..rasa apam ni lebih kurang apam icecream...pernah di buat dulu..sila rujuk sini . okeh layan ye...




    sebelum dikukus..boleh juga guna cup biasa yang lebar..





    Resepi:


    Bahan - bahan :

    2 cawan gula

    1 sudu teh ovellete

    2 cawan tepung gandum

    1 cawn yoghurt fresh

    2 biji telur

    1/2 sudu teh double baking powder

    1 sudu teh serbuk koko

    1 st choc paste



    Langkah membuat:

    Panaskan pengukus.


    Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan.


    Putar bahan hingga kembang dan naik.


    Bahagi adunan kepada 3.


    Warna 2 bahagian dan 1 bahagian masukkan serbuk koko dan masukkan coklat paste.


    Sendukkan ke dalam cup cakes dan kukus selama 15-20 minit.





    Selamat mencuba !