Rabu, 14 Julai 2010

APA ITU KRIMWELL ?



Salam semua...moga pagi ni dimudahkan urusan kita semua. Entry pagi ni akak cerita sikit tentang krimwell dan untuk adik kita ni yang telah tinggal komen kat chatbox akak semlam

peozlullaby

tanya tentang apa ke mende nya krimwell tu... selepas akak n3 ttg bttercream untuk toping kek span semalam.. Kepada peoz yang duduk kat Australia mungkin susah nak jumpa krimwell ni sebab ni keluaran sykt di Malaysia kecuali barang ni diekspot ke sana...apapun kandungan krimwell adalah seperti di bawah ni.


KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging):

minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.


Dlm Bahasa Inggeris:
palm oil, palm kernel oil, palm fraction, sunflower oil, water & salt, permitted food conditioners, flavouring substances, preservatives & antioxidants.

Sumber ni akak perolehi dari

http://raiyanz.blogspot.com/2009/03/research-krimwell.html


Manakala shortening ni ramai yang tau kan lelemak sayuran. Biasanya kalau kita buat shell untuk tat telur contohnya ia membantu untuk merangupkan / mengeraskan adunan . Sebab tu digunakan sekali dalam buttercream tu supaya adunan ni mudah dibentuk tak lembikliuk..Untuk pongetahuan kita semua mengikut kata Chef yang kawan akak pergi belajar ni..shortening ni susah nak hadam tergolong dalam lemak tepu..kesimpulannya tak berapa elok untuk sistem penghadaman kita ni..kalau boleh elak dari selalu guna ...untuk peoz kalau tak de shortening tak yah guna..tapi tak leh ganti ngan ovellette pulak..Kalau tak de krimwell ganti butter je..ok juge..okeh sesiapa yang nak kongsi lagi bolehlah kita berkongsi ...ok jumpe lagi....


8 ulasan:

  1. hihihihihihiiiiiks

    terimekaseh kaknor untuk entry khas memperkenalkan krimwell kepada saye. kesiann saye taktahu krimwell tu ape, tapi nak buat kek. hehe.

    memang tak dapat laaaa nak cari kat aus kan krimwell cap lamsoon! butter cap john je ada. boleh gune butterr rupenye. yaayy! ok nanti saye try buatlah. kalau jadi, saye tunjuk gambar, kalau tak jadi, saye masuk perot diam2 je la.

    :))

    terime kaseh sekali lagi!
    peoz

    BalasPadam
  2. salam knor,
    kalau kat OZ ni, boleh guna solite. kedai brg kek je ada jual. pernah pakai la jugak dedulu..
    kalau takde mmg pakai butter je la

    BalasPadam
  3. salam..tq kaknor...
    yati memang guna krimwell je..tq info ni..ada gak customers yg teradvance...so senang nak jawab.lagipun kalau kita beli di tempat yg sellau pasti kita tau brand product yg dijualnya kan. tqvm

    BalasPadam
  4. Salam..tq for sharing..tercari2 apa itu krimwell...akhirnya jumpa gak kat sini..

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas penerangan krimwell...edok ler teman terpinga2 bila nengok resepi..

    BalasPadam
  6. Law nk wt cup cake x gune krimwell to blh x kak?

    BalasPadam
  7. Terima kasih sebab berkongsi info...kalau tak tertanya2 ape tu krimwell ...apa tu shortening. rupa2nya boleh diganti denan butter ye....kalau tak de krimwell...terima kasih bebanyak. Jasamu dikenang.

    BalasPadam
  8. kalau krimwell nak gamti ngan butter,,sukatam pon kn tukar ke...

    BalasPadam