ASSALAMUALAIKUM
Harap semua sihat dan aman damai hari ni...jum nak kongsi satu resepi sponge kek yang memang gebuss..sebelum ni buat masuk dalam loyang besar , yang ni pulak masuk dalam cup muffin ni sebab nakhias dgn buttercream. Untuk makluman resepi ni dicedok dari buku resepi BAKING VARIETY oleh CHEF ALAN OOI. Kawan akak dapat dari member chinese ..disebabkan ada dwibahasa Chinese & English bolehlah dibuat rujukan..ini antara kek span yang gebuss..jum tengok bahan-bahannya..(simple je )
Bahan-bahan :
250 gm vanilla sponge mix
190 gm telur
80ml air
1 tsp vanilla
75 gm butter cair
Langkah membuat:
- Masukkan semua bahan kecuali butter cair ke dalam mangkuk adunan dan putar selam 6 minit hingga kembang dan gebu.
- Masukkan butter cair dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan ke dalam cup atau acuan yang besar 9" .
- Bakar selama 20 atau 30 minit bergantung kepada oven.
- Kalau guna cupcakes boleh hias dengan buttercream seperti dalam gambar tu..
Okeh , selepas ni akak akan entry sponge cake ni yang dimasak dalam bekas besar dan dan resepi buttercream yang digunakan ni..ok jumpa esok..insyaallah..selamat malam semua..bai2..
Salam kak, best juga kalau buat CC guna resepi kek sponge, biasa buat kek butter atau coklat je...
BalasPadamSALAM Wanierya,
BalasPadamCuba buat span kek ni sebab tak muak dan gebu. Sesuai juga untuk buat buahtangan majlis kahwin atau jamuan...kalau cc butter and coklat mmglah sedappp tapi kalau dah banyak2 banyak ongkosnya! !!
slm kenal kak nor..nak tanya sket..tak lekang kek span ni bila buat dlm bekas yg comel2 gini?
BalasPadamSALAM CT,
BalasPadamYG INI OK JE AKAK TENGOK ..PERNAH CUBA RESEPI LAIN TAPI LENGKANG JUGE..CUBALAH ..CUMA JAGA API DAN MASA..