Rabu, 25 Ogos 2010

ABUK-ABUK ..

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
Selepas terliur tgk kat Yat Maria abuk-abuknya post lepas...akk pun tak nak ketinggalan buat abuk-abuk..tambah peberet akk ni..sepanjang Ramadhan dah 3 kuih dari sago mata ikan yang dibuat..semuanya akk makan sendiri ..dan pas2 kat orang keliling..anak2 yang ada kat umah tak pandai makan dan tak nak langsung mencuba..kalau yg suka tak de kat rumah pulak...hai lain anak ..lain selera..walhal mak diorang ni sorang je. okelah akak perturunkan langkah demi langkah cara membuat ..bukannya apa senang anak dara ku sorang tu nanti buat kuih ni satu hari nanti..dan juga nak berkongsi ngan kekawan semua di luar sana tu..mungkin ada yg pandai tapi ramai juga yang tak pandai buat kuih ni...ok jum tengok ya...senang je..

Cara-cara membungkus Abuk-Abuk


1

2


3



Bahan-bahan :
1 mangkuk sago
1 mangkuk kelapa muda
2 ketul gula kabung
2 sb gula pasir
1 camt garam halus
daun pisang secukupnya
langkah-langkah membuatnya:
  • Layur daun pisang dan potong 4 segi .
  • Basuh sago, rendamkan sekejap dan toskan.
  • Gula kabung dicincang halus dan campur gula pasir.
  • Campurkan sago dan kelapa muda tadi. Tambah garam.
  • Buat kelongsong seperti dalam gambar di atas.
  • Masukkan campuran sago tadi di bawah sekali
  • Masukkan pula campuran gula dan tutup semula dengan sago.
  • Semat kelongsong dengan lidi tajam seperti dalam gambar.
  • Kukus selama 25-30 minit.
  • Angkat. Makan panas atau sejuk..dua2 sedap..

SELAMAT MENCUBA KUIH MELAYU
DILUPA JANGAN,DIBUANG JANGAN
KALAU DIINGAT HATIKU SAYU
RAMADHAN TIBA, BARU DIMAKAN !

Selasa, 24 Ogos 2010

DAGING KICAP BERKENTANG

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

Daging kicap bergantang
Tumis bawang putih dan kentang..
Suka makan daging? Anak-anak mesti suka ..okeh ini resepi senang dan cepat..tak yah blend2 bahan pun..Potong2 campak je..jangan pening2 sbb bulan Ramadhan kita penat ..tenaga luar dalam keluar....ini resepi lahir dari perasaan malas pada hari tu tapi ok juge ...laju je makan nampak anak2 ku itu..okeh jum layan...


Masukkan daging, bawang dan air


Tutup pan lagi cepat masak

BAHAN-BAHAN :

1/2 kilo daging
4 biji kentang
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
1 camt lada hitam
2 batang lada besar hijau dan merah
12 camb minyak masak
1 camt garam
2 sb kicap pekat
1 sb kicap manis
1 cawan air
langkah-langkah membuat:
  • Bersihkan dan potong daging lebar2 .
  • Potong bawang 4 bahagian. Titik bawang putih.
  • Belah kentang 4 bahagian.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan kentang tadi. Goreng sekejap.
  • Masukkan bawang besar tadi. Kemudian masukkan daging pula.
  • Masukkan air dan lada hitam. Masakkan hingga daging dan kentang masak.
  • Masukkan garam dan lada tadi. kacau dan angkat.

Untuk resepi ni, guna daging batang pinang. Cepat masak. kentang tak yah buang kulit. Potong besar. Tutup semasa memasak. Hidangan ini cepat disediakan dan cepat masak..sesuai untuk berbuka puasa ...cuba ok jangan tak cuba...

~ SELAMAT BERBUKA PUASA ~






Isnin, 23 Ogos 2010

MASAK LEMAK CILI API TELUR & PUCUK UBI

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

Selesai sudah sesi berbuka dan tarawikh...syukur dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Petang tadi, akak masak gulai telur..rasanya tahun 2010 ni baru teringat nak gulai telur..kebetulan ada telur angsa kat umah...angsa kepunyaan anak bongsuku Ahmad..Kalau nak gulai telur memang lebih elok guna telur itik dari ayam sebab lebih pejal dan tak mudah terbarai dalam gulai kita tu..... Memang besar telur angsa ni...hanya 2 biji je habis tadi..tinggallah 1 biji untuk sahur nanti..itupun belum tentu habis ..almaklumlah..Kali ni gulai telur akak bubuh pucuk ubi muda ..betul2 yang muda tau sebab masih lembut ..mudah nak masak.. Kalau nak sedap lagi bubuh asam belimbing tapi manalah nak cari kalau tak ke pasar...pucuk ubi ni pun akk rembat je kat belakang umah tu..sedap juga..masak ikut rasa janji cukup asam garamnya...hmmmmm...sodap...dah lama tak menggulaikan..masak lomak cili api peberet akk..ak kira gulai apapun ..asal masak lomak memang boleh buat akk bertambah sepinggan lagi..okeh jum layan resepi di bawah..ini versi akak ya..

Masak lemak cili api telur & pucuk ubi


BAHAN - BAHAN :

3 biji telur itik
20 ulas cili api
1 biji kelapa
1 cm kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1 ikat pucuk ubi muda
1 camt faram
3 keping asam keping


Langkah-langkah membuat :

  1. Tumbuk cili dan kunyit hingga lumat.
  2. Perah kelapa dapatkan santan yang pekat
  3. Masukkan bahan tumbuk dan asam keping ke dalam periuk.
  4. Masukkan santan dan jerang atas dapur.
  5. Apabila menggelegak, perlahankan api.Masukkan telur satu persatu.
  6. Biarkan telur membeku dan kacau perlahan. Masukkan garam.
  7. Masukkan daun ubi muda tadi dan biarkan atas dapur sehingga daun masak.
  8. Rasa garam dan asam. Angkat.
  9. Hidang dengan ikan masin goreng dan nasi panas.

Jumaat, 20 Ogos 2010

LEPAT PISANG

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah..di samping itu juge bulan inilah juga ibu2 dan isteri2 akan memasak resepi kegemaran keluarga..kalau hari lain tak sempat nak buat tapi bulan Ramadhan aura buat kuih yang lama ditinggalkan akan datang automatik..ini lepat pisang style akk..sebenarnya kuih ni senang tapi akk pun seriau juge kalau tak menjadi...lepat2 pun kena tau cara melepat ....nanti akk bubuh resepi kemudian ek, kena keluar pulak ni ..ada hal pulak..nanti sambung lagi..jamu mata dulu...

Ni dah boleh bagi resepi..sebelum tu pengukus merah plastik sangat pratikal untuk kita kukus apa2 je dengan cepat..Akak kukus muffin, apam, pau dan juga ikan pun guna pengukus ni..berbaloi sebab cepat dan jimat gas.. ok jum layan bahan-bahan di bawah ni..
Bahan-bahan lepat pisang:
6 biji pisang masak
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1/2 paket santan serbuk
1/4 camt garam halus
daun pisang secukupnya
Langkah-langkah membuat:
  1. Lenyek pisang dengan gula sampai sebati.
  2. Masukkan santan serbuk. Kalau santan cair guna yang pekat.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Daun pisang dipotong dan dilayur dengan api gas.
  5. Panaskan kukusan .
  6. Sudukan adunan pisang tadi ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.
  7. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 20 minit.
  8. Sejukkan dahulu sebelum dimakan. Enak juga dimakan suam.
Senangkan nak buat lepat. Hanya kalau guna santan air pastikan tidak lembik sangat. Susah pulak nak bungkus dan apam tu pula lembut sangat. Guna api yang kuat semasa mengukus..selamat mencuba..kalau tak sedap buat lagii...wassalam..







LEPAT PISANG

PARI MASAK ASAM KARI

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
IKAN PARI MASAK ASAM KARI
Syukur kita dilimpah rezeki berbuka puasa..petang tadi akak berbuka dengan pari masak asam kari. Pernah ternampak di umah MAT GEBU satu ketika...tapi sejujurnya akak tak sempat salin resepinya..Yang ini akak main bantai je la bahannya..serupa dengan masak asam biasa tapi kutambah kari sikit sebab tu tajuknya masak asam kari..oklah tu..selalunya masak asam tak pernah bubuh kari..kali ni akak try kelainan sikit..ikut rasa hati akak je ni bahan-bahannya..boleh tahan juge rasanya
kalau tak sedap..tak masuk blog hihi.okeh jum tengok..layan..

IKAN PARI MASAK ASAM KARI
Bahan-bahan :
1/2 kilo ikan pari
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai
1 senduk lada bor
10 batang lada kering
1 camb serbuk kari
1 camb asam jawa
2 biji tomato
6 batang bendir
3 camb minyak
Langkah membuat :
  1. Cuci bersih ikan pari dengan limau nipis.
  2. Blend bawang2 dan lada kering.
  3. Titik lengkuas, halia dan serai.
  4. Panaskan minyak , tumiskan bawang hingga naik bau.
  5. Masukkan lada blend dan rempah dan masakkan hingga pecah minyak.
  6. Masukkan air asam dan biarkan sebentar. Tambah air
  7. Masukkan ikan pari dan tomato.
  8. Masukkan bendir dan garam.
  9. Perlahankan api dan rasa garam asamnya.
  10. Setelah kuah pekat ,angkat dan hidangkan bersama nasi panas..

Khamis, 19 Ogos 2010

Ramadan Datang _Tompi

SAYUR UNTUK BERSAHUR

SALAM RAMADHAN
SAYUR KAILAN & CENDAWAN
Pada kekawan yang menu wajibnya makan nasi waktu sahur macam akak sekeluarga, ni nak kongsi sayur anak kailan & cendawan yang dimasak untuk sahur pagi tadi.. Nak kata sup tak juga tapi berair sikitlah sebab cendawan tu kan...Sebenarnya dah masak sayur ni waktu berbuka semalam , dah licin ...maka dengan paksa rela masak semula sebab stok cendawan & sayur mmg ada..Pada penggemar cendawan ..sedap tau ..masuk bakul angkat sendirilah nampaknya ni..jum tengok resepinya kat bawah .



Bahan-bahan:
1 ikat anak kailan
6 kuntum cendawan
4 ulas bawang putih
1 batang lada merah
1 sm minyak jagung
1 sk lada sulah.
Langkah-langkah membuat :
  • Cuci anak kailan & cendawan hingga bersih.
  • Cincang bawang putih dan hiris lada.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cendawan dan sedikit air. Masukkan lada sulah
  • Masukkan sayur kailan dan bubuh garam. pastikan sayur masak dan angkat.
  • Makan panas-panas.

SELAMAT BERSAHUR


Rabu, 18 Ogos 2010

SPHAGETTI BLACK PEPPER SOSEJ


Salam semua..mata mengantuk waktu2 begini..almaklum badan dan otak perlukan rehat . Ni akak nak share resepi Spagethi yang akk dapat dari UMMI . Tapi ngape tak serupa pulak rupa spagethi ni ngan UMMI.. ye lah mana nak sama ngan tokey asal ek..apapun sedap ..selalunya akk guna sos spageti tapi kali ni tidak..jum tengok resepi di bawah ..Kalau nak detail pegi umah Ummi ya..Home Sweet Home ok..terimakasih ummi.



Bahan-bahan :
1/2 paket spagethi
3 batang sosej lada hitam
1 labu bawang besar dadau
2 ulas bawang putih
1/2 lada benggala hijau / hijau
1/2 cendawan butang
2 biji tomato dadu
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sk oregano
1/2 sk lada hitam kasar
1 sk pasley
3 sb minyak zaitun
keju parmesan ( x bubuh )
air, garam dan gula ikut keperluan
Langkah-langkah membuat:
  • Rebus spagethi .Masukkan minyak zaitun sedikit.
  • Potong dadu bawang besar, b.putih, tomato dan lada2.
  • Hiris cendawan dan sosej.
  • Tumis bawang putih, masukkan bawang besar. Masukkan tomato.
  • Masukkan sosej dan cendawan butang dan oregano. Masakkan.
  • Masuk sos2, air dan garam.
  • Masukkan spagethi dan gaul rata. Tabur pasley.
  • Angkat dan sagat keju parmesan di atasnya.

Selasa, 17 Ogos 2010

MEE GORENG BASAH

SALAM RAMADHAN
Bila berbuka puasa , akk mesti makan nasi dan lauk..dah terbiasa dari kecik sampai dah tua ni..tambah my beloved husband tu tak reti nak makan apa2 juadah kecuali nasi dan lauk waktu berbuka. Walau bagaimanapun selera anak tak akan sama dengan selera kita ..Ahmad anakku yang belum baligh tu selera dia pelik sikit ..kalau boleh nak makan juadah lain selain nasi. Waktu sahur , ayahnya dah wajibkan makan nasi..so makanlah waktu berbuka.. Ini pun juadah 2 hari lepas mee goreng basah..buat 1 bungkus je.. lebih separuh sapu dek Ahmad . Yang lebihnya dapat kat abangnya..itupun yang lain2 tak ade kat umah..meh kita layann..

mee goreng basah
Bahan-bahan :
  • 1 bungkus mee kuning
  • 6 keping daging hiris
  • 1 ekor sotong kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sb lada kisar
  • 1 batang lada hijau/merah
  • 2 helai sayur kobis
  • 1 sm tepung jagung
  • 2 sb minyak
  • 1/2 cawan air
  • 1 sb sos cili, tomato dan sos tiram

langkah-langkah membuat :

  1. Cuci bahan-bahan dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dititik.
  3. Masukkan lada kisar dan masukkan daging. Masakan sebentar
  4. Masukkan sotong dan sedikit air . Biarkan sebentar
  5. Bila daging & sotong dah masak, masukkan 3 sos tadi .
  6. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh air.
  7. Masukkan mee kuning. kacau rata.
  8. Masukkan lada besar dan sayur kobis . Gaul rata.
  9. Angkat dan makan dengan jeruk cili.



AIR OREN BERSUSU

SALAM RAMADHAN BUAT PENGUNJUNG
Hari genap 1 minggu kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan pada tahun 2010 . Masa bergerak pantas, tidak sedetik menunggu kita...sedar tak sedar usia semakin bertambah, kerja dan amalan semakin tertunggak..Untuk bulan puasa ni baru dapat entry 2 kali. Pada rakan blogger Mak Lang, akak dah ambik award titipan itu tapi simpan dulu ya..terharu masih ada yang ingat. Begitu juga resepi2 yang nak kongsi sudah2nya tertunggak lagi. . Okeh kali ni akak nak kongsi air minuman untuk berbuka puasa 2 hari lepas. Jus Oren dan susu.. Senang nak buat dan anak2 suka . Elok juga sediakan air minuman yang berkhasiat macam ni selepas berpuasa sepanjang hari. Lebih baik dibuat sendiri dari dibeli untuk menjamin khasiat dan kebersihannya. Lagi pun senang yang amat..



Bahan-bahan :
4 sb jus oren /sunquick
1 tin susu cair / susu segar
2 sb gula pasir (ikut rasa )
air 1 litre
Langkah-langkah membuat:
  • Masukkan jus oren, susu dan gula pasir dalam blender.
  • Blender hingga bahan sebati.
  • Masukkan ke dalam jug air dan bubuh air batu.
Senangkan . Akak guna jus oren cosway siap dah ada gula. Hanya tambahkan sikit lagi je. Semasa hendak minum baru dibubuh air batu di dalam gelas minuman. Lazat dan boleh dicuba besok ya. Jumpa lagi..banyak tugasan tertangguh yang perlu dibereskan..bai2..

Ahad, 15 Ogos 2010

IKAN PARI BAKAR

SALAM semua, hari ni menu masakan untuk ramadhan ke 5. Simple dan mudah je..teringin nak bakar ikan. Pergi pasar jumpa pari..rembat je .Tapi dulu pari murah amat tapi sekarang sekilo dah RM17 ..Pari ni berat. 2 keping hampir 1 kilo dah.Ikan ni baru lepas dibakar..jam menunjunjukkan pukul 6.15..sempat lagi n3 ni..mlam lagi tak sempat..esok dah tertunggak..cepat2..air asam tak buat lagi ni..okeh jum layan kekawan semua, ikan pari terbakar..

ikan pari bakar

Bahan-bahan :
  • 2 keping ikan pari
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 1 cm kunyit hidup
  • 8 tangkai lada kering
  • 2 batang serai
    garam
  • daun kesum
  • daun pisang

Langkah-langkah membuat:

  • Pari dicuci dengan air asam limau. Rendamkan sebentar.
  • Kisar semua bahan-bahan rempah di atas kecuali daun kesum dan daun pisang.
  • Gaulkan ikan pari dengan bahan-bahan yang dikisar dan biarkan selama 1/2 jam.
  • Letak ikan di atas daun pisang (x de x pe) dan bungkus .
  • Bakar dalam kuali non stick, stainless steel (bubuh minyak sikit) atau dalam oven.
  • Siapkan air asamnya.

Bahan air asam:

  • 4 batang lada besar
  • 4 ulas cili api
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan air asam
  • 1camt garam
  • 2 camt gula

Kisar semua bahan dan hidang bersama ikan bakar. Sorry gambar tak snap lagi sebab air asam tak kisar lagi. tunggu asam jawa balik dari kedai...okeh kesuntukan masa pulak dah ni..slmt berbuka puasa .moga puasa kita diberkatiNya pad hari ni..assalamualaikum.

Khamis, 12 Ogos 2010

SAYUR CAMPUR & UDANG

SAYUR CAMPUR & UDANG


Salam semua ..nak masak apa lagi ari ni..tak yah masak banyak2 sebab pembaziran mesti berlaku lebih dari hari biasa. Kesian tengok makanan berlebihan..yang kalau disimpan tak akan disentuh lagi untuk sesi berbuka keesokanya. Lagi kasihan pada kita2 yang memasak...dah lah menahan rasa dan penat memasak untuk keluarga, makanan tidak dihabiskan ...nak marah tak boleh ...sape suruh masak. Tahun ni akak berazam masak 1 jenis hidangan ayam atau ikan , 1 jenis sayur dan pembasuh mulut...itupun kalau perlu. Hanya air berbuka tu yang paling dipandang dek anak2..okeh, jum tengok resepi sayur campur ni senang je..



Bahan-bahan :

1 paket kacang peas
1 batang carrot
5 kuntum bunga kobis
5 kuntum brokoli
1 paket pucuk jagung
1 batang lada besar merah
8 ekor udang sederhana
4 ulas bawang putih
2 sb tepung jagung
1 sudu makan lada sulah
1 camt garam
1 camb minyak jagung

langkah-langkah membuat:

  • Bersihkan sayur2an dan potong mengikut kesukaan.
  • Bersihkan udang dan lumur dengan garam dan lada sulah.
  • Cincang bawang putih hingga hancur .
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan udang dan gorenng sebentar.
  • Masukkan air 1 cawan.
  • Masukkan karrot, bunga kobis dan brokoli.Goreng sebentar
  • Masukkan kacang peas, lada merah dan pucuk jagung .
  • Masukkan lada sulah dan tepung jagung yang telah dibancuh air
  • Masakkan hingga pekat dan angkat.



Siap untuk hidangan berbuka..jangan terliur ye hihihi... Banyakkan makan sayur untuk kesihatan diri ..walaupun puas dah akk cakap ngan anak2 suruh lebihkan sayur tak de maknenya bagi diorang. Apapun jangan give-up dengan anak2 ni..selagi daya kenalah kita bercakap tanpa henti..gitulah kalau dah jadi emak...selamat mencuba..bai2..

Selasa, 10 Ogos 2010

AYAM MASAK ASAM



SALAM RAMADHAN ALMUBARAK ....hari pertama puasa untuk tahun 2010..harap kita semua dapat menjalani ibadat dengan sempurna..seperti biasa menu nak masak jadi tajuk hangat sepanjang bulan puasa. Kalau tak ramai boleh beli je..macam2 ditawarkan kat pasar ramadhan....hanya hulur je kepala agung tu ..tak yah pening2 macam2 dapat..Tapi kalau dah ramai dalam keluarga fikir 10 kali juge nak membeli...beli tapi kena masak juge sebab habis masa berbuka..waktu sahur nak makan apa pulak ...macamni lah meh kita masak selagi terdaya suami suka sebab duit tak banyak keluar , tenaga bini je yang keluar hihi...Jm cuba ayam masak asam ni..mudah nak buat dan sodap pulak..sebab pedas2 masam...Pernah entry sebelum ni tapi versi tu guna lada kering..yang ni semalam akak guna lada api, so warnanya tu jadi kuning pucat pulak..tapi faham2 je lah guna cili api...berdesup pedasnya tapi sodap bagi akaklah..jum layan !


Ayam Asam


Bahan - bahan
:

1 ekor ayam - potong 14
20 biji cili api
1 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 cm halia muda
1 sb asam jawa
2 batang serai
1 cekak daun kesum
6 biji terung asam (x de pun tak pe)
garam secukup rasa


langkah-langkah membuat:


  • Ayam dibersihkan dengan tepung untuk menghilang hanyir ayam
  • Tumbuk kunyit dan cili hingga lumat. Guna blend pun boleh.
  • Titik serai, lengkuas dan halia.
  • Buat air asam dari 1 sb asam jawa tadi .
  • Gaulkan ayam, bahan tumbuk dan bahan titik di dalam periuk.
  • Bubuh air asam dan tambah air menutupi ayam .
  • Jerangkan atas dapur dengan api yang perlahan. Biarkan merenih .
  • Masukkan garam dan daun kesum. Angkat setelah cukup masak dan rasa.

Bila kita jerang di atas api yang prlahan, minyak ayam akan keluar dan lada akan masak elok. Sebab tu jangan risau guna cili tak sakit perut makan kecuali lada tak masak...okeh selamat mencuba dan merasa.....bai2..SELAMAT BERBUKA PUASA ...

Isnin, 9 Ogos 2010

Rendang Nogori

Salam semua
Apa khabar rakan-rakan blog dan followers...dah nak expired blog ni, bukannya tak masak, tapi kamera buat hal pulak..maleh nak cite ..anggap je dugaan2 ni asam garam blog hehe..kepada yang masih sudi singgah di sini terimakasih pada kalian, akak pun dah lama tak kunjung blog2 members ni ..mulai ari ni kena bertugas semula melayari blog kekawan..pada yang tinggal komen terimaksih ya ..pada yang sudi nak mencuba resepi sangat akak hargai..Ini ada satu lagi resepi nak kongsi ngan kekawan semua. Rendang Nogori Sembilan...pernah makan ke rendah ni? Akak buat ni untuk makan2 sambil nak menyambut Ramadhan AlMubarak di tempat kerja. Kalau kecik2 dulu mak siap masak lomang dan rendang nyambut puasa.Ni dah duduk merantau kenalah masak sendiri..Kelainan rendang nogori ni hanya satu tak perlu ditumis dan yang penting mesti pedas..biar berdesing sampai ke telinga..Pedas bukan sebarang pedas..mesti sama naik dengan lemak santan dan ramuan lainnya...okeh jum tengok simple je bahan2nya:

Rendang & Pulut
Bahan-bahan:
21/2 kilo daging
3 biji kelapa
2 ringgit lada kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
6 batang serai
6 cm lengkuas
4 cm halia
2 cm kunyit
1 genggam ketumbar biji
2 senduk kerisik
Langkah membuat:
  • Potong daging 2 cm lebar dan 1/2 cm tebal
  • Basuh dan toskan air
  • Kelapa diambil santan. Guna blender untuk mendapatkan santan yang pekat dari 3 biji kelapa.(Sekali blend je )
  • Hiris semua bawang dan tumbuk serai, kunyit, halia dan lengkuas.
  • Blender lada kering yang telah direbus .
  • Masukkan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga menggelegak dan perlahankan api.
  • Apabila rendang makin pekat, masukkan kerisik, ketumbar yang telah ditumbuk dan garam.
  • Masakkan rendang hingga kering.
  • Sedap dimakan dengan lemang, pulut, ketupat dan nasi impit.




Rendang nogori ni kenalah masak lama..malam tadi akak letak atas dapur dari pukul 10 hingga 1 tghmalam..Pagi tadi bangun awal sambung lagi 1 jam untuk mengeringkannya..inipun kurang kering sebab tu kurang hitamnya.makin kering makin terselah kehitamanya..akak punya ni kurang kerisik gamaknya..tapi pedas dan lemaknya mencapai tahap piawaianlah hahaha..pada yang suka buat ya..dont wori gerenti jadi..kita jumpa lagi..selamat menyambut Ramadhan Almubarak..

Rabu, 14 Julai 2010

APA ITU KRIMWELL ?



Salam semua...moga pagi ni dimudahkan urusan kita semua. Entry pagi ni akak cerita sikit tentang krimwell dan untuk adik kita ni yang telah tinggal komen kat chatbox akak semlam

peozlullaby

tanya tentang apa ke mende nya krimwell tu... selepas akak n3 ttg bttercream untuk toping kek span semalam.. Kepada peoz yang duduk kat Australia mungkin susah nak jumpa krimwell ni sebab ni keluaran sykt di Malaysia kecuali barang ni diekspot ke sana...apapun kandungan krimwell adalah seperti di bawah ni.


KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging):

minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.


Dlm Bahasa Inggeris:
palm oil, palm kernel oil, palm fraction, sunflower oil, water & salt, permitted food conditioners, flavouring substances, preservatives & antioxidants.

Sumber ni akak perolehi dari

http://raiyanz.blogspot.com/2009/03/research-krimwell.html


Manakala shortening ni ramai yang tau kan lelemak sayuran. Biasanya kalau kita buat shell untuk tat telur contohnya ia membantu untuk merangupkan / mengeraskan adunan . Sebab tu digunakan sekali dalam buttercream tu supaya adunan ni mudah dibentuk tak lembikliuk..Untuk pongetahuan kita semua mengikut kata Chef yang kawan akak pergi belajar ni..shortening ni susah nak hadam tergolong dalam lemak tepu..kesimpulannya tak berapa elok untuk sistem penghadaman kita ni..kalau boleh elak dari selalu guna ...untuk peoz kalau tak de shortening tak yah guna..tapi tak leh ganti ngan ovellette pulak..Kalau tak de krimwell ganti butter je..ok juge..okeh sesiapa yang nak kongsi lagi bolehlah kita berkongsi ...ok jumpe lagi....


Selasa, 13 Julai 2010

KEK SPAN & BUTTERCREAM



Salam semua...seperti dijanjikan hari ni entry kek span dengan buttercream. Buttercream ini dapat dari kawan akak Nor Rahimah yang pergi berkursus di Keluang dengan Chef Rosli Kluang Bread. Kek span ni yang resepinya kat N3 sebelum ni....memang gebus ..tengok je kat bawah ni..Yang ini kek span dimasak dalam loyang besar dan dibelah tengah dan letak buttercream dan tabur serbuk koko. Kalau kita letak buah laici pun sOdap....



Cuba tengok resepi buttercream kat bawah ni, boleh juga menambah koleksi resepi yang ada....


Bahan - bahan :

225 gm creamwell
30 gm shortening
50 ml air
100 gm gula pasir
1 st vanilla

Langkah - langkah membuat :

  • Masakkan air dan gula hingga larut. Ketepikan.
  • Putar creamwell dan shortening hingga gebu.
  • Masukkan air gula tadi dan putar lagi hingga adunan menjadi gebu.
  • Siap untuk dihias pada cupcake dan cake besar.
  • Boleh disimpan dalam peti untuk jangkamasa yang lama.
~ JUMPA LAGI ~

RESEPI ASAS KEK SPAN

ASSALAMUALAIKUM









Harap semua sihat dan aman damai hari ni...jum nak kongsi satu resepi sponge kek yang memang gebuss..sebelum ni buat masuk dalam loyang besar , yang ni pulak masuk dalam cup muffin ni sebab nakhias dgn buttercream. Untuk makluman resepi ni dicedok dari buku resepi BAKING VARIETY oleh CHEF ALAN OOI. Kawan akak dapat dari member chinese ..disebabkan ada dwibahasa Chinese & English bolehlah dibuat rujukan..ini antara kek span yang gebuss..jum tengok bahan-bahannya..(simple je )








Basic Method Of Sponge Mix Cake
Bahan-bahan :
250 gm vanilla sponge mix
190 gm telur
80ml air
1 tsp vanilla
75 gm butter cair
Langkah membuat:
  • Masukkan semua bahan kecuali butter cair ke dalam mangkuk adunan dan putar selam 6 minit hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan butter cair dan putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam cup atau acuan yang besar 9" .
  • Bakar selama 20 atau 30 minit bergantung kepada oven.
  • Kalau guna cupcakes boleh hias dengan buttercream seperti dalam gambar tu..
Okeh , selepas ni akak akan entry sponge cake ni yang dimasak dalam bekas besar dan dan resepi buttercream yang digunakan ni..ok jumpa esok..insyaallah..selamat malam semua..bai2..



Ahad, 11 Julai 2010

IKAN MASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM

Selalu buntu nak masak ikan untuk suruh anak makan..kalau boleh nak kurangkan ayam lebihkan ikan..masalahnya memilih pulak.Resepi ni akak main tibai je nak bagi rasa tu anak-anak suka..edit sikit sana sini..ok juga sebab dah kena makan sampai licin tu..kira ngamlah dengan selera diorang...yang penting akak senang nak masak dan mudah je bahan-bahannya tu..jum tengok apa yang akak dah campurkan dalam ikan ini....
Bahan - bahan :
3 keping/ekor ikan jenis berisi
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih2
2 cm halia
9 ulas lada kecil merah/hijau
1 batang serai (kalau suka)
1sb sos cili
1sb sos tomato
1sb sos tiram (kalau suka)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 sudu besar minyak
Langkah-langkah memasak:
  1. Ikan dilumur garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Hiris bawang2,serai,halia dan cili kecil.
  3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihiris .
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
  5. Masukan garam dan gula. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  6. Gaulkan dan angkat.Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris kalau ada.
  7. Hidangkan dengan nasi panas..

Selamat mencuba, masakan ni ringkas ..lebihkurang macam 3 rasa kata anakku..ye la tu sebab kalau makan tiga rasa kat kedai rasa lebihkurang je..akak tiru rasa masakan kedai tu la yang sebenarnya..hanya bezanya ikan order kat kedai tu sekor2..yang ni akak potong2 sebab senang nak makan...jumpa lagi....