Selesai sudah sesi berbuka dan tarawikh...syukur dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Petang tadi, akak masak gulai telur..rasanya tahun 2010 ni baru teringat nak gulai telur..kebetulan ada telur angsa kat umah...angsa kepunyaan anak bongsuku Ahmad..Kalau nak gulai telur memang lebih elok guna telur itik dari ayam sebab lebih pejal dan tak mudah terbarai dalam gulai kita tu..... Memang besar telur angsa ni...hanya 2 biji je habis tadi..tinggallah 1 biji untuk sahur nanti..itupun belum tentu habis ..almaklumlah..Kali ni gulai telur akak bubuh pucuk ubi muda ..betul2 yang muda tau sebab masih lembut ..mudah nak masak.. Kalau nak sedap lagi bubuh asam belimbing tapi manalah nak cari kalau tak ke pasar...pucuk ubi ni pun akk rembat je kat belakang umah tu..sedap juga..masak ikut rasa janji cukup asam garamnya...hmmmmm...sodap...dah lama tak menggulaikan..masak lomak cili api peberet akk..ak kira gulai apapun ..asal masak lomak memang boleh buat akk bertambah sepinggan lagi..okeh jum layan resepi di bawah..ini versi akak ya..
Masak lemak cili api telur & pucuk ubi
BAHAN - BAHAN :
3 biji telur itik 20 ulas cili api 1 biji kelapa 1 cm kunyit hidup 1 helai daun kunyit 1 ikat pucuk ubi muda 1 camt faram 3 keping asam keping
Langkah-langkah membuat :
Tumbuk cili dan kunyit hingga lumat.
Perah kelapa dapatkan santan yang pekat
Masukkan bahan tumbuk dan asam keping ke dalam periuk.
Masukkan santan dan jerang atas dapur.
Apabila menggelegak, perlahankan api.Masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur membeku dan kacau perlahan. Masukkan garam.
Masukkan daun ubi muda tadi dan biarkan atas dapur sehingga daun masak.
Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah..di samping itu juge bulan inilah juga ibu2 dan isteri2 akan memasak resepi kegemaran keluarga..kalau hari lain tak sempat nak buat tapi bulan Ramadhan aura buat kuih yang lama ditinggalkan akan datang automatik..ini lepat pisang style akk..sebenarnya kuih ni senang tapi akk pun seriau juge kalau tak menjadi...lepat2 pun kena tau cara melepat ....nanti akk bubuh resepi kemudian ek, kena keluar pulak ni ..ada hal pulak..nanti sambung lagi..jamu mata dulu...
Ni dah boleh bagi resepi..sebelum tu pengukus merah plastik sangat pratikal untuk kita kukus apa2 je dengan cepat..Akak kukus muffin, apam, pau dan juga ikan pun guna pengukus ni..berbaloi sebab cepat dan jimat gas.. ok jum layan bahan-bahan di bawah ni..
Bahan-bahan lepat pisang:
6 biji pisang masak
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1/2 paket santan serbuk
1/4 camt garam halus
daun pisang secukupnya
Langkah-langkah membuat:
Lenyek pisang dengan gula sampai sebati.
Masukkan santan serbuk. Kalau santan cair guna yang pekat.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Daun pisang dipotong dan dilayur dengan api gas.
Panaskan kukusan .
Sudukan adunan pisang tadi ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.
Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 20 minit.
Sejukkan dahulu sebelum dimakan. Enak juga dimakan suam.
Senangkan nak buat lepat. Hanya kalau guna santan air pastikan tidak lembik sangat. Susah pulak nak bungkus dan apam tu pula lembut sangat. Guna api yang kuat semasa mengukus..selamat mencuba..kalau tak sedap buat lagii...wassalam..
Syukur kita dilimpah rezeki berbuka puasa..petang tadi akak berbuka dengan pari masak asam kari. Pernah ternampak di umah MAT GEBU satu ketika...tapi sejujurnya akak tak sempat salin resepinya..Yang ini akak main bantai je la bahannya..serupa dengan masak asam biasa tapi kutambah kari sikit sebab tu tajuknya masak asam kari..oklah tu..selalunya masak asam tak pernah bubuh kari..kali ni akak try kelainan sikit..ikut rasa hati akak je ni bahan-bahannya..boleh tahan juge rasanya
kalau tak sedap..tak masuk blog hihi.okeh jum tengok..layan..
IKAN PARI MASAK ASAM KARI
Bahan-bahan :
1/2 kilo ikan pari
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai
1 senduk lada bor
10 batang lada kering
1 camb serbuk kari
1 camb asam jawa
2 biji tomato
6 batang bendir
3 camb minyak
Langkah membuat :
Cuci bersih ikan pari dengan limau nipis.
Blend bawang2 dan lada kering.
Titik lengkuas, halia dan serai.
Panaskan minyak , tumiskan bawang hingga naik bau.
Masukkan lada blend dan rempah dan masakkan hingga pecah minyak.
Masukkan air asam dan biarkan sebentar. Tambah air
Masukkan ikan pari dan tomato.
Masukkan bendir dan garam.
Perlahankan api dan rasa garam asamnya.
Setelah kuah pekat ,angkat dan hidangkan bersama nasi panas..
Pada kekawan yang menu wajibnya makan nasi waktu sahur macam akak sekeluarga, ni nak kongsi sayur anak kailan & cendawan yang dimasak untuk sahur pagi tadi.. Nak kata sup tak juga tapi berair sikitlah sebab cendawan tu kan...Sebenarnya dah masak sayur ni waktu berbuka semalam , dah licin ...maka dengan paksa rela masak semula sebab stok cendawan & sayur mmg ada..Pada penggemar cendawan ..sedap tau ..masuk bakul angkat sendirilah nampaknya ni..jum tengok resepinya kat bawah .
Bahan-bahan:
1 ikat anak kailan
6 kuntum cendawan
4 ulas bawang putih
1 batang lada merah
1 sm minyak jagung
1 sk lada sulah.
Langkah-langkah membuat :
Cuci anak kailan & cendawan hingga bersih.
Cincang bawang putih dan hiris lada.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cendawan dan sedikit air. Masukkan lada sulah
Masukkan sayur kailan dan bubuh garam. pastikan sayur masak dan angkat.
Salam semua..mata mengantuk waktu2 begini..almaklum badan dan otak perlukan rehat . Ni akak nak share resepi Spagethi yang akk dapat dari UMMI . Tapi ngape tak serupa pulak rupa spagethi ni ngan UMMI.. ye lah mana nak sama ngan tokey asal ek..apapun sedap ..selalunya akk guna sos spageti tapi kali ni tidak..jum tengok resepi di bawah ..Kalau nak detail pegi umah Ummi ya..Home Sweet Home ok..terimakasih ummi.
Bahan-bahan :
1/2 paket spagethi
3 batang sosej lada hitam
1 labu bawang besar dadau
2 ulas bawang putih
1/2 lada benggala hijau / hijau
1/2 cendawan butang
2 biji tomato dadu
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sk oregano
1/2 sk lada hitam kasar
1 sk pasley
3 sb minyak zaitun
keju parmesan ( x bubuh )
air, garam dan gula ikut keperluan
Langkah-langkah membuat:
Rebus spagethi .Masukkan minyak zaitun sedikit.
Potong dadu bawang besar, b.putih, tomato dan lada2.
Hiris cendawan dan sosej.
Tumis bawang putih, masukkan bawang besar. Masukkan tomato.
Masukkan sosej dan cendawan butang dan oregano. Masakkan.
Bila berbuka puasa , akk mesti makan nasi dan lauk..dah terbiasa dari kecik sampai dah tua ni..tambah my beloved husband tu tak reti nak makan apa2 juadah kecuali nasi dan lauk waktu berbuka. Walau bagaimanapun selera anak tak akan sama dengan selera kita ..Ahmad anakku yang belum baligh tu selera dia pelik sikit ..kalau boleh nak makan juadah lain selain nasi. Waktu sahur , ayahnya dah wajibkan makan nasi..so makanlah waktu berbuka.. Ini pun juadah 2 hari lepas mee goreng basah..buat 1 bungkus je.. lebih separuh sapu dek Ahmad . Yang lebihnya dapat kat abangnya..itupun yang lain2 tak ade kat umah..meh kita layann..
mee goreng basah
Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning
6 keping daging hiris
1 ekor sotong kecil
4 ulas bawang putih
1 sb lada kisar
1 batang lada hijau/merah
2 helai sayur kobis
1 sm tepung jagung
2 sb minyak
1/2 cawan air
1 sb sos cili, tomato dan sos tiram
langkah-langkah membuat :
Cuci bahan-bahan dan toskan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dititik.
Masukkan lada kisar dan masukkan daging. Masakan sebentar
Masukkan sotong dan sedikit air . Biarkan sebentar
Bila daging & sotong dah masak, masukkan 3 sos tadi .
Hari genap 1 minggu kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan pada tahun 2010 . Masa bergerak pantas, tidak sedetik menunggu kita...sedar tak sedar usia semakin bertambah, kerja dan amalan semakin tertunggak..Untuk bulan puasa ni baru dapat entry 2 kali. Pada rakan blogger Mak Lang, akak dah ambik award titipan itu tapi simpan dulu ya..terharu masih ada yang ingat. Begitu juga resepi2 yang nak kongsi sudah2nya tertunggak lagi. . Okeh kali ni akak nak kongsi air minuman untuk berbuka puasa 2 hari lepas. Jus Oren dan susu.. Senang nak buat dan anak2 suka . Elok juga sediakan air minuman yang berkhasiat macam ni selepas berpuasa sepanjang hari. Lebih baik dibuat sendiri dari dibeli untuk menjamin khasiat dan kebersihannya. Lagi pun senang yang amat..
Bahan-bahan :
4 sb jus oren /sunquick
1 tin susu cair / susu segar
2 sb gula pasir (ikut rasa )
air 1 litre
Langkah-langkah membuat:
Masukkan jus oren, susu dan gula pasir dalam blender.
Blender hingga bahan sebati.
Masukkan ke dalam jug air dan bubuh air batu.
Senangkan . Akak guna jus oren cosway siap dah ada gula. Hanya tambahkan sikit lagi je. Semasa hendak minum baru dibubuh air batu di dalam gelas minuman. Lazat dan boleh dicuba besok ya. Jumpa lagi..banyak tugasan tertangguh yang perlu dibereskan..bai2..
SALAM semua, hari ni menu masakan untuk ramadhan ke 5. Simple dan mudah je..teringin nak bakar ikan. Pergi pasar jumpa pari..rembat je .Tapi dulu pari murah amat tapi sekarang sekilo dah RM17 ..Pari ni berat. 2 keping hampir 1 kilo dah.Ikan ni baru lepas dibakar..jam menunjunjukkan pukul 6.15..sempat lagi n3 ni..mlam lagi tak sempat..esok dah tertunggak..cepat2..air asam tak buat lagi ni..okeh jum layan kekawan semua, ikan pari terbakar..
ikan pari bakar
Bahan-bahan :
2 keping ikan pari
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
8 tangkai lada kering
2 batang serai garam
daun kesum
daun pisang
Langkah-langkah membuat:
Pari dicuci dengan air asam limau. Rendamkan sebentar.
Kisar semua bahan-bahan rempah di atas kecuali daun kesum dan daun pisang.
Gaulkan ikan pari dengan bahan-bahan yang dikisar dan biarkan selama 1/2 jam.
Letak ikan di atas daun pisang (x de x pe) dan bungkus .
Bakar dalam kuali non stick, stainless steel (bubuh minyak sikit) atau dalam oven.
Siapkan air asamnya.
Bahan air asam:
4 batang lada besar
4 ulas cili api
1 biji tomato
1 cawan air asam
1camt garam
2 camt gula
Kisar semua bahan dan hidang bersama ikan bakar. Sorry gambar tak snap lagi sebab air asam tak kisar lagi. tunggu asam jawa balik dari kedai...okeh kesuntukan masa pulak dah ni..slmt berbuka puasa .moga puasa kita diberkatiNya pad hari ni..assalamualaikum.
Salam semua ..nak masak apa lagi ari ni..tak yah masak banyak2 sebab pembaziran mesti berlaku lebih dari hari biasa. Kesian tengok makanan berlebihan..yang kalau disimpan tak akan disentuh lagi untuk sesi berbuka keesokanya. Lagi kasihan pada kita2 yang memasak...dah lah menahan rasa dan penat memasak untuk keluarga, makanan tidak dihabiskan ...nak marah tak boleh ...sape suruh masak. Tahun ni akak berazam masak 1 jenis hidangan ayam atau ikan , 1 jenis sayur dan pembasuh mulut...itupun kalau perlu. Hanya air berbuka tu yang paling dipandang dek anak2..okeh, jum tengok resepi sayur campur ni senang je..
Bahan-bahan :
1 paket kacang peas 1 batang carrot 5 kuntum bunga kobis 5 kuntum brokoli 1 paket pucuk jagung 1 batang lada besar merah 8 ekor udang sederhana 4 ulas bawang putih 2 sb tepung jagung 1 sudu makan lada sulah 1 camt garam 1 camb minyak jagung
langkah-langkah membuat:
Bersihkan sayur2an dan potong mengikut kesukaan.
Bersihkan udang dan lumur dengan garam dan lada sulah.
Cincang bawang putih hingga hancur .
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan udang dan gorenng sebentar.
Masukkan air 1 cawan.
Masukkan karrot, bunga kobis dan brokoli.Goreng sebentar
Masukkan kacang peas, lada merah dan pucuk jagung .
Masukkan lada sulah dan tepung jagung yang telah dibancuh air
Masakkan hingga pekat dan angkat.
Siap untuk hidangan berbuka..jangan terliur ye hihihi... Banyakkan makan sayur untuk kesihatan diri ..walaupun puas dah akk cakap ngan anak2 suruh lebihkan sayur tak de maknenya bagi diorang. Apapun jangan give-up dengan anak2 ni..selagi daya kenalah kita bercakap tanpa henti..gitulah kalau dah jadi emak...selamat mencuba..bai2..
SALAM RAMADHAN ALMUBARAK ....hari pertama puasa untuk tahun 2010..harap kita semua dapat menjalani ibadat dengan sempurna..seperti biasa menu nak masak jadi tajuk hangat sepanjang bulan puasa. Kalau tak ramai boleh beli je..macam2 ditawarkan kat pasar ramadhan....hanya hulur je kepala agung tu ..tak yah pening2 macam2 dapat..Tapi kalau dah ramai dalam keluarga fikir 10 kali juge nak membeli...beli tapi kena masak juge sebab habis masa berbuka..waktu sahur nak makan apa pulak ...macamni lah meh kita masak selagi terdaya suami suka sebab duit tak banyak keluar , tenaga bini je yang keluar hihi...Jm cuba ayam masak asam ni..mudah nak buat dan sodap pulak..sebab pedas2 masam...Pernah entry sebelum ni tapi versi tu guna lada kering..yang ni semalam akak guna lada api, so warnanya tu jadi kuning pucat pulak..tapi faham2 je lah guna cili api...berdesup pedasnya tapi sodap bagi akaklah..jum layan !
Ayam Asam
Bahan - bahan :
1 ekor ayam - potong 14 20 biji cili api 1 cm kunyit hidup 2 cm lengkuas 1 cm halia muda 1 sb asam jawa 2 batang serai 1 cekak daun kesum 6 biji terung asam (x de pun tak pe) garam secukup rasa
langkah-langkah membuat:
Ayam dibersihkan dengan tepung untuk menghilang hanyir ayam
Tumbuk kunyit dan cili hingga lumat. Guna blend pun boleh.
Titik serai, lengkuas dan halia.
Buat air asam dari 1 sb asam jawa tadi .
Gaulkan ayam, bahan tumbuk dan bahan titik di dalam periuk.
Bubuh air asam dan tambah air menutupi ayam .
Jerangkan atas dapur dengan api yang perlahan. Biarkan merenih .
Masukkan garam dan daun kesum. Angkat setelah cukup masak dan rasa.
Bila kita jerang di atas api yang prlahan, minyak ayam akan keluar dan lada akan masak elok. Sebab tu jangan risau guna cili tak sakit perut makan kecuali lada tak masak...okeh selamat mencuba dan merasa.....bai2..SELAMAT BERBUKA PUASA ...
Apa khabar rakan-rakan blog dan followers...dah nak expired blog ni, bukannya tak masak, tapi kamera buat hal pulak..maleh nak cite ..anggap je dugaan2 ni asam garam blog hehe..kepada yang masih sudi singgah di sini terimakasih pada kalian, akak pun dah lama tak kunjung blog2 members ni ..mulai ari ni kena bertugas semula melayari blog kekawan..pada yang tinggal komen terimaksih ya ..pada yang sudi nak mencuba resepi sangat akak hargai..Ini ada satu lagi resepi nak kongsi ngan kekawan semua. Rendang Nogori Sembilan...pernah makan ke rendah ni? Akak buat ni untuk makan2 sambil nak menyambut Ramadhan AlMubarak di tempat kerja. Kalau kecik2 dulu mak siap masak lomang dan rendang nyambut puasa.Ni dah duduk merantau kenalah masak sendiri..Kelainan rendang nogori ni hanya satu tak perlu ditumis dan yang penting mesti pedas..biar berdesing sampai ke telinga..Pedas bukan sebarang pedas..mesti sama naik dengan lemak santan dan ramuan lainnya...okeh jum tengok simple je bahan2nya:
Rendang & Pulut
Bahan-bahan:
21/2 kilo daging
3 biji kelapa
2 ringgit lada kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
6 batang serai
6 cm lengkuas
4 cm halia
2 cm kunyit
1 genggam ketumbar biji
2 senduk kerisik
Langkah membuat:
Potong daging 2 cm lebar dan 1/2 cm tebal
Basuh dan toskan air
Kelapa diambil santan. Guna blender untuk mendapatkan santan yang pekat dari 3 biji kelapa.(Sekali blend je )
Hiris semua bawang dan tumbuk serai, kunyit, halia dan lengkuas.
Blender lada kering yang telah direbus .
Masukkan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga menggelegak dan perlahankan api.
Apabila rendang makin pekat, masukkan kerisik, ketumbar yang telah ditumbuk dan garam.
Masakkan rendang hingga kering.
Sedap dimakan dengan lemang, pulut, ketupat dan nasi impit.
Rendang nogori ni kenalah masak lama..malam tadi akak letak atas dapur dari pukul 10 hingga 1 tghmalam..Pagi tadi bangun awal sambung lagi 1 jam untuk mengeringkannya..inipun kurang kering sebab tu kurang hitamnya.makin kering makin terselah kehitamanya..akak punya ni kurang kerisik gamaknya..tapi pedas dan lemaknya mencapai tahap piawaianlah hahaha..pada yang suka buat ya..dont wori gerenti jadi..kita jumpa lagi..selamat menyambut Ramadhan Almubarak..
Salam semua...moga pagi ni dimudahkan urusan kita semua. Entry pagi ni akak cerita sikit tentang krimwell dan untuk adik kita ni yang telah tinggal komen kat chatbox akak semlam peozlullaby
tanya tentang apa ke mende nya krimwell tu... selepas akak n3 ttg bttercream untuk toping kek span semalam.. Kepada peoz yang duduk kat Australia mungkin susah nak jumpa krimwell ni sebab ni keluaran sykt di Malaysia kecuali barang ni diekspot ke sana...apapun kandungan krimwell adalah seperti di bawah ni.
KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging): minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.
Manakala shortening ni ramai yang tau kan lelemak sayuran. Biasanya kalau kita buat shell untuk tat telur contohnya ia membantu untuk merangupkan / mengeraskan adunan . Sebab tu digunakan sekali dalam buttercream tu supaya adunan ni mudah dibentuk tak lembikliuk..Untuk pongetahuan kita semua mengikut kata Chef yang kawan akak pergi belajar ni..shortening ni susah nak hadam tergolong dalam lemak tepu..kesimpulannya tak berapa elok untuk sistem penghadaman kita ni..kalau boleh elak dari selalu guna ...untuk peoz kalau tak de shortening tak yah guna..tapi tak leh ganti ngan ovellette pulak..Kalau tak de krimwell ganti butter je..ok juge..okeh sesiapa yang nak kongsi lagi bolehlah kita berkongsi ...ok jumpe lagi....
Salam semua...seperti dijanjikan hari ni entry kek span dengan buttercream. Buttercream ini dapat dari kawan akak Nor Rahimah yang pergi berkursus di Keluang dengan Chef Rosli Kluang Bread. Kek span ni yang resepinya kat N3 sebelum ni....memang gebus ..tengok je kat bawah ni..Yang ini kek span dimasak dalam loyang besar dan dibelah tengah dan letak buttercream dan tabur serbuk koko. Kalau kita letak buah laici pun sOdap....
Cuba tengok resepi buttercream kat bawah ni, boleh juga menambah koleksi resepi yang ada....
Bahan - bahan :
225 gm creamwell 30 gm shortening 50 ml air 100 gm gula pasir 1 st vanilla
Langkah - langkah membuat :
Masakkan air dan gula hingga larut. Ketepikan.
Putar creamwell dan shortening hingga gebu.
Masukkan air gula tadi dan putar lagi hingga adunan menjadi gebu.
Siap untuk dihias pada cupcake dan cake besar.
Boleh disimpan dalam peti untuk jangkamasa yang lama.
Harap semua sihat dan aman damai hari ni...jum nak kongsi satu resepi sponge kek yang memang gebuss..sebelum ni buat masuk dalam loyang besar , yang ni pulak masuk dalam cup muffin ni sebab nakhias dgn buttercream. Untuk makluman resepi ni dicedok dari buku resepi BAKING VARIETY oleh CHEF ALAN OOI. Kawan akak dapat dari member chinese ..disebabkan ada dwibahasa Chinese & English bolehlah dibuat rujukan..ini antara kek span yang gebuss..jum tengok bahan-bahannya..(simple je )
Basic Method Of Sponge Mix Cake
Bahan-bahan :
250 gm vanilla sponge mix
190 gm telur
80ml air
1 tsp vanilla
75 gm butter cair
Langkah membuat:
Masukkan semua bahan kecuali butter cair ke dalam mangkuk adunan dan putar selam 6 minit hingga kembang dan gebu.
Masukkan butter cair dan putar lagi hingga sebati.
Masukkan ke dalam cup atau acuan yang besar 9" .
Bakar selama 20 atau 30 minit bergantung kepada oven.
Kalau guna cupcakes boleh hias dengan buttercream seperti dalam gambar tu..
Okeh , selepas ni akak akan entry sponge cake ni yang dimasak dalam bekas besar dan dan resepi buttercream yang digunakan ni..ok jumpa esok..insyaallah..selamat malam semua..bai2..
Selalu buntu nak masak ikan untuk suruh anak makan..kalau boleh nak kurangkan ayam lebihkan ikan..masalahnya memilih pulak.Resepi ni akak main tibai je nak bagi rasa tu anak-anak suka..edit sikit sana sini..ok juga sebab dah kena makan sampai licin tu..kira ngamlah dengan selera diorang...yang penting akak senang nak masak dan mudah je bahan-bahannya tu..jum tengok apa yang akak dah campurkan dalam ikan ini....
Bahan - bahan :
3 keping/ekor ikan jenis berisi
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih2
2 cm halia
9 ulas lada kecil merah/hijau
1 batang serai (kalau suka)
1sb sos cili
1sb sos tomato
1sb sos tiram (kalau suka)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 sudu besar minyak
Langkah-langkah memasak:
Ikan dilumur garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Hiris bawang2,serai,halia dan cili kecil.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihiris .
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
Masukan garam dan gula. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Gaulkan dan angkat.Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris kalau ada.
Hidangkan dengan nasi panas..
Selamat mencuba, masakan ni ringkas ..lebihkurang macam 3 rasa kata anakku..ye la tu sebab kalau makan tiga rasa kat kedai rasa lebihkurang je..akak tiru rasa masakan kedai tu la yang sebenarnya..hanya bezanya ikan order kat kedai tu sekor2..yang ni akak potong2 sebab senang nak makan...jumpa lagi....
Kerabu...kerabu..kerabu...senang nak buat tapi tak buat-buat juge..baru-baru ni hari koperasi minta kami buat jualan makanan berat...wajib lagi. Banyak jugalah menu yang dirancang. Kerabu ni salah satu jualan gerai kami. Geng kami ni ada darah keturunan Jawa ..kerabu ni salah satu masakan yang selalu dibuat semasa kendurikendara rumah orang tuanya..kira2 resepi Jawalah ni kut..tapi memang besttttt..membuka selera dan rasa segar makan kerabu..sayuran yang digunakan untuk kerabu ni tidak di celur...basuh bersih2 dan toskan..krup..krup.krup ...masa makan dengan nasi panas..mesti cuba tau..memang sodap...selain dari kerabu ni ada kerabu yang kami sediakan untuk jualan...memanglah licin jualan kami..tapi jangan ditanya untung sebab memang betul2 buluh kasap punya niaga..nasib baik modal dapat balik..kami boleh sengih sebab makanan habis ...okeh layannnn resepi di bawah ...
Bahan C: 10-15 biji cili api merah 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 cm kunyit hidup ½ cawan anak udang / ikan bilis ½ cawan air asam jawa 1 camt gram halus 1 camt gula halus
Langkah-langkah membuat:
1.Buang ekor taugeh potong halus kacang kelisa. Ketepikan.Tak perlu celur. 2.Masukkan bahan C ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati. 3.Rasa garam dan asam sesedap rasa. 4.Panaskan kuali dan masukkan bahan C.
5.Goreng tanpa minyak sehingga agak kering (jangan terlalu kering..biar lembap2 6.Angkat dan campurkan taugeh dan kacang kelisa. Gaul rata.
Catatan : kalau suka boleh masuk belacan. Bahan C tu boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Boleh digunakan untuk buat kerabu guna sayur lain seperti jantung pisang, pucuk paku , pucuk ubi dan kacang panjang . Semua sayuran ini dicelur terlebih dahulu.
Malam tadi nekad nak buat kek labu ni..perancangan awal nak buat pai labu tapi dah malas tahap gaban ni buat je lah yang senang sikit ....selepas akak skodeng kat umah Mat Gebu..dapat resepi kek labu ni..Rasanya kalau Mat tengok pun dia mesti gelak ni...potong pagi tadi..ni bukan kek ni bingka labu ni..Tengok teksturnya tu, macam kuih bakar je..Apapun geng2 keje cakap sedap..sedap...mau kata tak sedap ..mogok akak nak bagi makan free lagi hihihiii...Agaknya mungkin tak jadi macam kek Mat tu, sebab pandai2 ubahsuai .Akak tambah sukatan labu tu sebab sayang punya pasal..dah berubahlah sukatan sebenar kek tu ...sesiapa yang nak tengok resepi asal kek ni jenguk sini
Antara resepi kek yang senang je nak buat ..Labu dalam peti hampir 1 bulan dah.Sebelum berlaku pembaziran baik buat sesuatu dapat juga makan dan jamu kekawan..apapun memang sedap beb walaupun dah jadi bingka labu..sebab labu sememangnya sedapppp.....layan resepi di bawah ni . Sebelum tu terimakasih Cik Mat atas resepi ni...akak taip semula dari resepi asal..
BAHAN-BAHAN:
3 bijji telur gred A
1 cawan minyak jagung
11/2 cawan gula halus ( akak guna gula perang)
1 camt esen vanila
1/4 camt garam halus
450 gm labu ( kukus dan lenyek)
21/2 cawan tepung gandum
1/2 camt baking powder
1 camt baking soda
1/12 camb susu tepung ( tak letak..lupe)
langkah-langkah :
Sediakan acuan .lenser dan tabur tepung.Panaskan oven160-170
Satukan telur, minyak, gula, esen,garam dan labu . Kacau hingga sebati gunakan whisk.
Masukkan pula tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 50-60 minit.
Blog 'Cooking Time' untuk saya berkongsi tentang masakan tradisi kita samping mempelbagaikannya dengan masakan sekarang.. Segala yang dipaparkan semata-mata untuk berkongsi dengan semua masakan nenek moyang kita yang rata-rata anak2 muda kita terpisah dengannya ..untuk anak-anakku ..jangan dilupa yang lama..semoga dengan ilmu yang cetek ini dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada yang suka mencuba ...
~ Bot Rosa belayar dari Perak ke Pahang ~
-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
~ Gravy boat Rosa ~
Lamanya berpuasa PML ni. Hari ni dah buka puasa...apapun terimakasih pada
blogger otai PML ni *SHAS...
MAKAN DI BELLY TREATS
-
Assalamualaikum WBT
HUJUNG minggu kali ini nampaknya Sk melepek-lepek sahaja di rumah. Kain ada
dua bakul belum berlipat, tu tak termasuk kain yang ma...
TART NANAS HANTARAN DALAM BAKUL PASTRY
-
Tart Nanas Hantaran dalam Bakul Pastry
Order hanya melalui wasap sahaja ke 0132000318
Terima Kasih
*TART NANAS HANTARAN DALAM BAKUL PASTRY*
Nasi Ayam Khao Mok Thai
-
Assalamualaikum semua..pekabo? Lama kita tak bersiaran ye..ok kali ni baru
berkesempatan memasak menu istimewa Nasi Khao Mok Ayam Thai sempena besday
K...
Pinggan
-
Ada kat cb.
Sebenarnya ada dua pinggan di sini. Tapi saya sengaja tak tindan.. Biasa
buat macam ni.. Sebab saya rasa bawahnya tak kotor, 😄. Sayang kalau...
Apam Tapai Nasi
-
Assalamualaikum
Dunia hari ini, semua tanya chat GPT, tapi tak semua infonya betul. Tak
semua resepinya menjadi dan sedap. Dan kalau dia salah, dia menga...
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
Hello world!
-
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then
start writing!
Artikel Hello world! pertama kali tampil pada Potret Kasih.
SWEET & SPICY PRAWN
-
[image: Sweet & Spicy Prawn Recipe @ treatntrick.blogspot.com]
This *Sweet & Spicy Prawn* is absolutely delicious and popular when you
are eating out. I...
Peristiwa Pilu 11 April 2021
-
Assalamualaikum sahabat,
Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna
lillahi wa inna ilayhi raji'un (Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّٰÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا...
Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari
-
Kunyap-kunyap...hubs feveret...
*Bahan-bahan*
Kacang kuda...rendam hingga kembang
Kemudian rebus hingga empuk...
*Bahan tumis*
beberapa helai daun ...
Kek Lapis Pandan Cadbury
-
It has been quite a while not showing off my Kek Lapis (Sarawak Layered
Cake)... Today I just baked one... which am preparing for our family away
day th...
CUTI-CUTI SAMBIL MENYIAPKAN INI
-
*Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua.*
*Dah 2 hari cuti smata-mata nak siapkan benda alah ini..Syok sungguh
memecahkan "otak" untuk menulis dal...
Paket Brainking Plus Original dan Harganya [2019]
-
Kesehatan sangat penting bagi kita. Ketika tubuh dalam keadaan tidak fit,
maka hal ini dapat berpengaruh terhadap perkembangan daya pikir seseorang.
Sehing...
BAJA AB ELOK UNTUK SAYUR-SAYURAN
-
BIODATA BAJA AB
- Tarikh Beli : 28 September 2019
- Harga : RM8 (set)
- Tarikh Guna :
- Lokasi Beli : Pasar Tani Seksyen 17 Shah Alam...
A Mixed Feeling in Surabaya
-
Happy on arrival
the sky with cables
Blue minaret
modern section of business do
our first stop.
Tobacco place. I was like "Whattttt?!!!! Grrrrr...
...
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
~ Ulang tahun ke-8
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Agak lama tidak bersiaran di sini.. Terasa rindu sangat dengan semua
orang... Alangkah meriahnya suasana bloggin...
Puding Soya bersama Markisa dan Buah Naga
-
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Minggu lepas saya beli buah markisa, biasanya agak masam tapi kali ini
manis pulak. Dah la beli sampai 7 biji, k...
BISKUT FLORENTINE
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ermm, tahun ni baru mencuba buat biskut florentine yang dah famous 3-4
tahun lepas. Senang sangat membuatnya. Cuma,...
Ghetuk Pisang
-
*Assalamualaikum & salam Jumaat...*
Lama sungguh tak bersiaran. Hajat di hati nak update banyak2. Tapi apa
boleh buat. Sibuk sangat sekarang ni. Tak semp...
Nasi Lemak Birthday Cake 椰浆é¥ç”Ÿæ—¥è›‹ç³•
-
My son Lucas now can take over my place as Nasi Lemak Lover, Lolz ^_^. He
is now eating more nasi lemak than me. He is a junior of Nasi Lemak Lover.
So f...
Jellycream flowers Class
-
Assalam semua...
Sekali lagi kelas jellycream korean flowers akan di adakan di 2 tempat dan
2 tarikh berbeza
*Class alert!📣📣*
*🌼🌹*JELLYCREAM FLOWE...
Kari Kepala Ikan Istimewa
-
Alhamdulillah..hari ni masak kari kepala ikan, Ikan Merah. Alahai lama
sangat dah tak makan kari kepala ikan.jadi pagi ni tiba2 je teringat nak
mengari...
...
Mak pergi juaaa....
-
Assalamualaikum...
lamanya tak menaip di sini..
Sabtu lepas 25 Mac 2017, jam 4.00 petang,
mak telah pergi..
akhirnyaaa mak tinggalkan kami juga buat sel...
Resepi Aiskrim Vanila Mudah
-
Resepi Aiskrim Vanila Mudah Resepi aiskrim ini sangat mudah.Cuma perlukan 4
bahan sahaja: 1) 1 tin susu cair2) 1/2 tin susu pekat manis ...
Ini adalah ring...
Homemade Cream Of Mushrooms
-
Geram pulak bila nampak swiss black & white mushrooms ni kat rak2
supermarket..nampak fresh gitu..ada offer lagi..itu yang terus teringin nak
buat cream ...
Halalan Toyyiba
-
As Salam..
Salam ramadhan kareem..
menu iftar ke11..
Semenjak kebelakangan ini..akak memang tak/kurangkan makan ayam. akak lebih
suka mkn makanan laut, dag...
Talam Lapis Surabaya
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama dah teringin nak buat kuih talam
lapis surabaya resepi Chef Asma ni. Kebetulan ada stok keledek ungu, maka
tercap...
SLICE CHEDDAR CHEESE CAKE
-
Teringin nak makan Cheese Cake. Tapi bila check dalam peti ais.. cream
cheese pulak tak de.. nak keluar membeli cream cheese memang tidak la kan..
sem...
Puding Roti Tanpa Telur
-
Jom layan puding roti tanpa telur, cara penyediaanya sangat mudah! Main
campak - campak jaa dah boleh menjadi hidangan yang cukup sedap! Boleh di
makan ...
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015
-
Pulut kuning berhias dgn lapisan serunding daging
(SK TMN PASIR PUTIH, PASIR GUDANG, JOHOR)
Sempena sambutan HARI GURU - 16 MEI 2015
Pihak sekolah sibuk ...
Announcement
-
Recently a blogger posted a blog post about me stealing her recipes.
Here is my explanation on what are the steps that I had taken to ensure
that it i...
Musim
-
Assalamualaikum wbt,
Kehidupan yg banyak merubah kehidupan saya. Menjadi saksi kepada semua
kehebatan Allah❤️❤️ Setiap kejadian ada pengajaran yg Allah bg ...
Intai- Intai Blog tersayang :P
-
Assalamualaikum,
kepada semua sahabat dan pembaca yg KNJ homati... akk harap semua berada
dalam keadaan yang memuaskan belaka.... hihi.dah macam tulis...
TART NENAS
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Lainkali kecilkan saiz inti tu.. supaya tart awak comel lote.. hihihi..
Terima Kasih Ady Greatsword Empire Kitch...
VICTORIA SANDWICH CAKE
-
ASSALAMUALAIKUM...
Dah 2 minggu cuba nak mengapdet, tp masa sgt tak mengizinkan.. Pg ni,
dicelah2 masa yg suntuk dan padat, cuba jugak nak masukkan entri ...
Bertemu Kembali..................
-
Assalamualaikum semua....
Apa khabar?
Ribuan kemaafan chef pinta disebabkan lama menyepi dari dunia blogger.
Mungkin ini adalah kesan langsung dari kemunc...
My last post
-
I’ve tried but to no avail….
I thought that I could find my blogging mojo back by hibernating for a few
months and a few weeks….
I’ve searched high and ...
Siri Blogger Masakan - Nusantara Series
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua
teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT yang tersayang. Alhamdulillah,
sepert...
Jom Belajar Buat Roti...
-
Assalamualaikum semua
Ada ke yang masih ingat lagi dgn amida?
Alhamdulillah buku Variasi Roti kini berada di pasaran...
Buku ni menampilkan sebah...
T.H.I.N C.R.U.S.T P.I.Z.Z.A
-
Assalamualaikum,lebihan dari inti sardin roll tu cikmi buat pizza,kat rumah
ni kalau beli pizza suka yang Domimos dari PH ,tapi jarangggg sangat beli
.Pemi...
AWAL NYA....
-
Created by Photo Grid. Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.roidapp.photogrid iPhone
https://itunes.apple.com/us/app/photo-grid-coll...
Agar-Agar Vico
-
Assalamualaikum... & selamat malam...semua
Bersua lagi pada n3 di malam-malam hari ini...saja je nak bg semangat utk
berblog kembali...x tau lah kot hangat...
rindu
-
Tiba tiba terasa rinduuuu sangat nk berblog. Well inilah kejadiannya bila
dah mula bohsan dengan mukabuku dan instagram tu. Oh si mukabuku dah
ditutup...
Iftar 15 - Kuih Lesung Batu
-
Assalamualaikum salam besiaran...
Gara2 tegok majalah 3 isnin kemarin..terus teruja ingin tahu rasa kuih
tradisi pahang ni mcm mane..mmg 1st degar dan teg...
Russian Black & White Chocolate Cake
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... ini adalah kek yang menjadi idaman
dan angan-angan aku ingin mencuba. alhamdulillah terlaksana juga akhirnya.
n...
JAGUNG KUKUS
-
Salam buat adik-adik sekelian.. kakliza ni memang sukaaaaa benar dengan
jagung.. pantang nampak ada jualan jagung memang beli punya.. dan sungguh
tak sangk...
Kek Marie Koko
-
Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa teringin nak buat kek batik ni tapi tak tahu nak
buat ikut resipi mana. Bila nampak Kakak Kembar Secubit Garam syorkan
resipi ni...
Nasi Tomato VS Ayam Masak Merah
-
Dah pernah buat dah dalam n3 lepas2. Kali ni buat pun tak banyak, 2 mulut
saja nak makan. Tp ayam tu kiranya banyak ketui la jugak.....habuan nak
rat...
Kek Coklat Keju Kukus
-
Wahhh! Dah agak lama tak mengukus kek. Rindu pulak nak makan. Projek
mengukus ni pulak asyik tertangguh2 disebabkan kesuntukan masa dan
jugaaa...heheh.....
Raya 2012
-
Dah 11 hari syawal berlalu.. Semakin lama semakin hilang rasanya
kemeriahan hari raya... Aku jerr kot yang rasa camtu..
Takde persiapan ponn... beli baj...
Kuih Cara Berlauk
-
First day of work week in fasting month. Hopefully everything goes on
smoothly & I can go home cun2 at 5.00 to prepare for iftar. Tonight is
going to be a ...
Red Velvet Cake
-
All pics by my son, Ridzwan Hafidz Rosli. Please visit his website.
http://www.matboyot.com
Bahan & Cara :
1. Panaskan oven dan susun soufle' cup / cupcak...
RED VELVET CAKE
-
Ini kek harijadi Alya pada hampir ke penghujung tahun 2011. Dibuat kerana
nak tahu sangat apa sebenarnya keistimewaan kek ini sehingga menjadi buah
mulut. ...
Award dari Kak Jee...TQ So Much..muahsss
-
Versatile kah? mungkin tidak kot. Masih lagi belajar berblog, memasak dan
macam2 lagi...saya budak baru belajar..kalau salah tolong ajarkan. First
dapat ...
~ Almond London ~
-
Assalamualaikum semua
Almond London ialah biskut wajib dibuat selain tat nenas, cornflakes madu
dan choclote chips. Untuk cookies ini akak tetap pilih res...
salam ramadhan al mubarak
-
salam ramadhan al mubarak :-) lama tak update kat FP ni,sibuk sikit la
bulan puasa nih & susah sikit la kita nak masuk FP,kita pun tak tau
kenapa,tetapi se...
Happy Birthday Anne
-
Diam tak diam, puteri kesayanganku telah menginjak usianya ke dua angka.
Hehehe..... sebelas tahun sudah. Tinggi lampai dan lagi seinchi kalahkan
mamanya....
Thank you
-
“I can no other answer make, but, thanks, and thanks.” ~ William
Shakespeare I would like to take this opportunity to record my utmost
gratitude to the Amb...